Sunday, May 31, 2009

Seminggu yang membosankan...

Dua minggu lepas, seminggu duduk saja di rumah. MC sebab denggi. Bosan. Walaupun begitu, bersyukurnya sebab tak perlu masuk wad. Kalau tak, mesti lagi bosan. Dah la tak tahan sejuk aircond kat hospital. Tidur malam pun boleh menggigil2 walaupun pakai stokin tebal & berselubung bagai.

Nak solat dengan jarum di tangan pun mesti susah sikit daripada biasa. Aku akui aku memang kurang arif tentang solat orang sakit. Ada beli VCD ceramah tentang kaedah2 solat orang sakit, tapi malangnya VCD player (zaman tok kadok punya) kat rumah tu rosak pulak tiba2. Tak tau la kenapa dengan player tu, merajuk kot sebab kitorang ada cakap depan2 dia pasal nak beli DVD recorder yang canggih, hehehe... Nak play kat PC, macam tak support je format dalam VCD tu, huhu!

Huh! Banyak pulak alasan aku ni. Takpe, akan aku usahakan untuk dapatkan info tentang solat orang sakit secepat mungkin. Mana tau, esok lusa, minggu depan, bulan depan atau tahun depan, aku atau ahli keluarga atau kawan2 kena masuk hospital. Sekurang2nya ada sedikit ilmu yang boleh aku ajarkan kepada mereka & diri aku sendiri.

Berbalik kepada duduk saja di rumah selama seminggu, memang membosankan. TV & internet la yang aku layan masa kat rumah, sampai dah tak tau nak tengok cerita apa, nak search tentang apa kat internet (eh, cubalah search pasal solat orang sakit, aparaaa!!!). Minum 100 Plus berbotol2 sampai kembung perut aku ni. Tak tau la berapa kali aku masuk toilet menunaikan hajat yang tak boleh tak ditunaikan. Letih jugak.

Apa2 pun, alhamdulillah sebab sekarang dah sihat semula... :)


Image Hosted by ImageShack.us

Sunday, May 24, 2009

Zee Avi - Live from & above the Solar Powered Plastic Plant

Terjumpa pasal Zee Avi ni secara tak sengaja. Anyway, lagu & suara dia memang best.
Enjoy!!



Honey Bee
Bitter Heart
Kantoi
Monte



Image Hosted by ImageShack.us

Thursday, May 21, 2009

Sejak bila Sophia jadi glamer kat TV Korea nih???

Tak sangka, tak sangka.... Sejak bila la si Sophia Ridza ni jadi glamer ni, hehe. Masuk rancangan Chit Chat with Beautiful Ladies lagi.

Kenapa la aku tak pernah tengok rancangan ni kat KBS World kat Astro tu? Aku rasa sebab rancangan tu takde english subtitle, tu la pasal... Tapi sekarang dah ada subtitle dah.

For those of you who don't know, I got the opportunity to know this Sophia girl about 4 years ago when she was a Malaysian student in Seoul & when I was attached for a 3-month training there. Sekarang si Sophia ni dah balik Malaysia, dapat kerja dengan LG.

Oke la, bukan dapat kenal Sophia sorang je, malah dapat kenal ramai lagi kawan2 dia. Yang paling diingati adalah Basz, Syifak, Maria, Yasmin, Che Norm, Mastura, Haaziq, Nana, Ira, Pidot (son of one of my co-workers) & Ratna. The others tu, ingat muka, tapi nama dah bercampur aduk, hehehe... Sorry ye adik2 (kalau ada yang terbaca entry ni la...). Sempat la berbuka puasa, bertarawih, bertadarus, beraya & jalan2 dengan diorang...

Macam mana boler 'ter'tau pasal ke'glamer'an budak ni? Mula2 aku ronda2 kat blog si gediks ni. Dari situ, masuk lak blog budak hisyam ni, teruslah ternampak muka si Sophia ni. Isk isk isk...

Kat bawah ni, aku paste kan petikan interview si budak Sophia ni.

----------------------------------------------

Tuesday, May 12, 2009

Sophia Ridza of Chit Chat With Beautiful Ladies talks to K-popped!

K-POPPED! EXCLUSIVE

Sophia Ridza from the KBS talkshow, Chit Chat With Beautiful Ladies, is back home in sunny Malaysia. She shares with K-popped! her experiences on the show.

Sophia Ridza from Malaysia on the set of Chit Chat With Beautiful Ladies.

Let's get to know sweet Sophia in this EXCLUSIVE K-popped! interview...

Name: Sophia Ridza
Date of birth: 30th March 1985
Height: 168cm
Weight: 55kg
Blood type: O...or A....or AB.....erk...i don't know :p
Hobbies: Backpacking and outdoor activities
Family: Number 2 out of 4 siblings
Education: B.S in Electronic Electrical Engineering, Korea University

You went to Seoul to study Electrical Engineering at the University of Korea. Why did you choose Seoul and what do you like most about the city?
After graduating high school, I received a full scholarship from the JPA (Jabatan Perkhidmatan Awam) to study in South Korea under the Look East Policy (Dasar Pandang ke Timur) program. Our former Prime Minister, Tun Dr. Mahathir Mohamad, launched the Look East Policy program in 1989. Coming to Korea under this program is a dream come true for me.

What I like most about Seoul would be its transportation system. It’s really easy, fast and punctual... no pressure for wanting to buy a car. :p


Where is your hometown and while you were away, what did you miss most about it?

I was born in Johor, but grew up mainly in Subang Jaya (and Korea..hehe). While I was away, what I missed most was my family and last but not least...roti canai la.


How did you get on the KBS talk show, Chit Chat with Beautiful Ladies?

I was working part-time with Malaysia Tourism when they introduced me to the talk show. I went for an interview and got in! ^_^ It’s a new show and they wanted to educate their viewers about foreign cultures and share the experiences of a foreigner living in Seoul. I joined the show for 2 years.


Tell us a funny incident that happened to you while you were on the show.
Well...since I joined the show for 2 years, there are lots of beautiful memories I have with the whole team. I bet most Malaysians noticed my appearance when I got a blind date proposal by too-handsome-to-be-true Mr. Jong… hehe. It was really funny as all of us did not know anything about what was going to happen on the show. So everyone just 'kacau-kacau' (tease) the guy la...handsome maahh *wink*!!! It turned out to be "ME" who got the proposal. I was REALLY REALLY surprised!!! Since it’s a TV show, I had to calm myself down soon after…rite? hahaha.


To be on Chit Chat with Beautiful Ladies, you had to be fluent in Korean. Where did you learn Korean and how long did it take you to master the language?

All students under the JPA program had to undergo a one and a half year language course at the Seoul National University before pursuing a degree in any selected engineering course. We did not only learn conversation skills, we had to learn engineering terms in Korean as well. It is important that we are able to read and write fluently in order to take engineering exams in Korean for later degree courses.

Mastering a language is not an overnight skill, the learning process continues even after we graduate from the language courses. Socializing with Korean home-stay families and friends help us improve our conversation skills as well as give us a better understanding of Korean culture.


Now that the show is over, do you still keep in touch with the other women who appeared with you on the show?

They were not only ‘co-workers’; they are also my friends. We do still keep in touch. Not as frequent as when I was in Seoul, but these days, with facebook and the internet, the world has become a smaller place. ^_^ I miss hanging out with them though.


Being on a TV show must be an interesting experience. What memories of the show do you take with you?

Well... being on the show for almost 2 years, there are lots of interesting experiences that I dare not begin to talk about (I may need weeks to tell you all of it :p).

Anyway, part of it would be meeting people from all over the world, understanding their culture, and most of all TEACHing them Malaysian culture. It was so much fun and a headache at the same time...hahaha. Explaining why I can’t drink alcohol or why I can’t eat pork to a society that doesn’t have a Muslim community in the country was very educating. Not just for them, but for me as well.

Last but not least, introducing Malaysia’s developments (I told them about Malaysia and its tallest tower, KLCC) was also one of my most proudEST moments. MALAYSIA BOLEH!!!

------------------------------------
Kalau nak baca lagi panjang2, sila baca di sini ek.

p/s: untuk adik Sophia, all the best. Kehidupan berkerjaya adalah sangat2 mencabar berbanding kehidupan sebagai pelajar.

p/p/s: I will definitely try my hardest to find a copy of LIBUR May 2009 issue to read about their interview with Sophia Ridza!

kenangan menyambut Aidil Fitri 2005 di Malaysian Embassy, Hannam-dong, Yongsan-ku, Seoul, Korea bersama2 adik2 student.
(l-r): tak ingat nama, Pidot, Nana, tak ingat nama jugak, Mokmeng, tak ingat nama lagi, Ira, aku & Sophia (semua ni geng berbaju raya warna hijau je, hehehe...)

Image Hosted by ImageShack.us

Hanya kerana sebuah komputer riba...

Pagi-pagi dah terkejar-kejar ke Poliklinik Bandar Baru Bangi untuk follow up checkup sebab demamku yang kononnya tak baik2 lagi ni. Untuk mengelakkan kebosanan, aku siap2 beli Kosmo! sebagai bahan bacaan masa nak tunggu turn (dah lama tak beli akhbar arus perdana sebab tak gemar berita & cerita kat dalam tu...).

Luruh jantung aku baca pasal seorang ibu, anaknya & orang gajinya mati dibunuh dengan kejam di rumah mereka di Ipoh pada siang hari. Mereka dibunuh oleh seorang penagih dadah yang berniat nak merompak rumah mereka. Yang lebih menyayat hati, si suami sempat mendengar jeritan isterinya apabila dihubungi oleh si isteri untuk memberitahu tentang kejadian tu sebelum si isteri, anaknya & orang gajinya ditetak berkali2 oleh si penagih dadah.

Semuanya hanya kerana sebuah komputer riba!!!

JAFRI memeluk anaknya Nur Afni manakala Nur Safura ditenteramkan seorang saudara selepas ibu dan adik mereka mati dibunuh di Taman Pinji Seni, Ipoh semalam.

POLIS memeriksa motosikal suspek kes bunuh di Taman Pinji Seni, Ipoh, semalam.

JAFRI (dua dari kanan) mententeramkan anaknya

(Berita lanjut di sini dan di sini)


Bahayanya hidup dalam dunia sekarang ni. Kat rumah yang kita rasa selamat pun dah jadi tak selamat. Memang betul2 buat aku takut tinggal kat rumah sorang2...

Apa manusia zaman sekarang ni dah berhati kering ke? Dah takde perasaan? Dah takde peri kemanusiaan sampai sanggup melakukan jenayah sehingga menyebabkan kematian?

Kepada semua mat ragut, mat samun, mat rompak, mat rogol, mat cabul, mat con dan semua mat2 yang lain (termasuk minah2 yang terlibat juga), insaflah! Bertaubatlah. Dunia ni hanya sementara. Kalau tak kena kat dunia ni, tunggu la di akhirat nanti.


Image Hosted by ImageShack.us

Dan Sebenarnya - Yuna

Really love this song by Yuna. It's very light & easy to the ears, & her voice is hauntingly beautiful, similar to that of Lily Allen's & Corrine Bailey Rae's...


Dan Sebenarnya - Yuna

Oh bulan
enggan melayan diriku lagi
pabila,
air mata membasahi pipi
dan lagu2 di radio seolah2 memerli aku
pabila,
kau bersama yg lain

Adakah perasaaan benci ini sebenarnya cinta
yang masih bersemadi untukmu
dan sebenarnya ku mengharapkan
di sebalik senyuman mu itu
kau juga merindui aku

Ku enggan
berpura-pura ku bahagia
ku enggan
melihat kau bersama si dia
oh ku akui cemburu
telah menular dalam diri
pabila
kau bersama yang lain

Adakah perasaaan benci ini sebenarnya cinta
yang masih bersemadi untukmu
dan sebenarya ku mengharapkan
di sebalik senyuman mu itu
kau juga merindui aku

Pabila kau merenung matanya
ku rebah,
jatuh ke bumi
di saat kau benar-benar mahu pergi
seperti ku bernafas dalam air
adakah perasaaan benci ini sebenarnya cinta
yang masih bersemadi untukmu
dan sebenarya ku mengharapkan
di sebalik senyuman mu itu kau juga merindui aku
oh


Image Hosted by ImageShack.us

Monday, May 18, 2009

Kedemaman di hari Isnin

Haishhh!! Apa la nasibku ini asyik demam saja... Baru letak artikel pasal A H1N1 kat blog, ters la demam. Tapi aku bukan kena demam yang tu yerrr...

Demam mula dari Jumaat lepas lagi, tapi bukan la demam sampai takleh gerak. Makan masih berselera, badan pun takde la lenguh2, cuma suhu tinggi & sakit kepala (sebab kepala panas sangat la ni!). Berapa banyak panadol dah aku telan...

Hari ni, EL, duduk saja di rumah. Nak gi klinik ambik MC macam segan pulak sebab dalam pukul 11 tadi, badan macam dah berpeluh2, nak kebah la tu kot. Kalau gi jumpa doktor, karang doktor kata kita tipu dia lak, huhu!

Walaupun badan dah kebah, kepala masih lagi sakit2, pastu asthma pun datang jugak. Biasa la, aku ni kalau demam, tak sah kalau tak kena asthma jugak.

Harap2 esok pagi badan jadi sihat seperti sedia kala.


Image Hosted by ImageShack.us

Friday, May 15, 2009

Kes pertama flu A(H1N1) di Malaysia

Kes pertama flu A(H1N1) di Malaysia
May 15, 09 1:40pm
kemaskini 4.26pm


Seorang pelajar 21 tahun mangsa pertama disahkan positif dijangkiti wabak influenza A(H1N1) atau selesema babi - kes pertama di Malaysia, demikian diumumkan oleh Kementerian Kesihatan hari ini.

"Kementerian ingin memaklumkan mengenai satu kes yang dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh dan telah disahkan positif influenza A(H1N1) melalui ujian makmal yang dilakukan hari ini," kata Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Tan Sri Dr Mohd Ismail Merican.

"Ia merupakan kes yang pertama influenza A(H1N1) dikesan di Malaysia."

Pelajar itu, yang baru pulang dari Amerika Syarikat pada Rabu lalu, mula mengalami demam, sakit tekak dan sakit badan semalam
dan dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh pada hari yang sama.

"Beliau telah diberi rawatan antivirus dan berada dalam keadaan stabil," kata Dr Mohd Ismail dalam satu kenyataan di laman web rasmi kementerian berkenaan.

(Baca seterusnya di sini.)



Malaysia confirms first H1N1 flu case
Posted: 15 May 2009 1432 hrs

KUALA LUMPUR: Malaysia confirmed on Friday its first case of H1N1 flu, the country's top health official said.

"I can confirm (that it) is the first case in Malaysia," Health Director General Ismail Merican told AFP. His confirmation followed a statement from the health ministry giving details of the country's first case.

"The patient is a 21-year-old male student who had just returned from the United States on May 13, 2009 and who was down with fever, sore throat and body aches on May 14," it said.

"This is the first A (H1N1) flu case found in Malaysia," the statement added.

(Read the rest of the story here.)


Nota: Ni yang rasa taknak keluar rumah ni. Ada siapa2 nak volunteer jadi orang pertama nak mulakan kempen guna face/surgical mask???



Image Hosted by ImageShack.us

Sunday, May 10, 2009

Ibu

Selamat Hari Ibu kepada semua ibu & bakal ibu di luar sana...

Selamat Hari Ibu yang paling istimewa buat ibu di Kuantan & ibu mertuaku di Taiping.
Maafkan anakmu ini jika ada salah silap, terkasar bahasa...
Terima kasih kerana melahirkanku & membesarkanku dengan penuh kasih sayang.
Tidak dapat kubalas jasamu walaupun aku hidup 1000 tahun...



~ I LOVE YOU ~




Image Hosted by ImageShack.us


Tuesday, May 5, 2009

Aku & Kura-kura

Menakjubkan! Aku telah melihat 3 kejadian yg hampir serupa dalam masa 3 hari berturut!

Aku telah menyaksikan kura2 melintas jalan 3 hari berturutan, tapi di tempat2 berbeza la. Kat bawah ni kronologi kejadian, hehehe:

  1. Ahad, 3/5/09 - Ternampak kura2 melintas jalan di Jalan Kajang-Dengkil. Masa tu on the way nak hantar adikku sekeluarga ke Subang Airport.
  2. Isnin, 4/5/09 - Ternampak kura2 melintas jalan di Jalan Bangi ke arah pekan Bangi Lama. Masa tu tengah drive nak balik ke rumah sebab demam.
  3. Selasa, 5/5/09 - Ternampak kura2 melintas jalan di Jalan Bangi dari arah UKM. Masa tu baru je lepas minum pagi kat Unikeb.
Apa la agaknya maksudnya tu kan? Pendapat aku - aku rasa kebetulan je nak nampak, tapi kebetulan yang menakjubkan! Adakah ketiga2 kura2 itu adalah kura2 yang sama? Hahahaha!!!

Since dah cerita pasal kura2 ni, apa kata kita tambah pengetahuan pasal kura2...


Kura-kura (bahasa Inggeris: tortoise) ialah salah satu daripada haiwan yang terdapat di Malaysia.

Malaysia merupakan salah satu daripada 12 negara yang telah diiktiraf sebagai kepelbagaian raya (mega diversity) dari segi bilangan dan kepelbagaian flora dan fauna dengan 15,000 spesies pokok berbunga yang diketahui, 286 spesies mamalia, lebih 1,500 vertebrata darat, lebih 150,000 spesies invertebrata, lebih 1000 spesies rama-rama dan 12,000 spesies kupu-kupu, dan lebih 4,000 spesies ikan laut.

Pengkelasan saintifik:

Alam: Haiwan

Filum: Kordata

Kelas: Replitia

Order: Testudines

Famili: Testudinidae

Genus: Chersina, Cylindraspis (pupus), Dipsochelys, Geochelone, Gopherus, Homopus, Indotestudo, Kinixys, Malacochersus, Manouria, Psammobates, Pyxis, Stylemys (pupus) & Testudo


Untuk tahu lebih lanjut tentang kura2, gi kat sini:

http://ms.wikipedia.org/wiki/Kura-kura & http://en.wikipedia.org/wiki/Tortoise.

gambar kura2 ini adalah bersumber dari sini.


Image Hosted by ImageShack.us

Saturday, May 2, 2009

Belum habis penat lagi nih!

Salam.

Dah lama tak update blog.

Penat tak abis lagi ni.

Since posting selamat hari jadi tu, aku makin busy kat opis menguruskan perkara2 last minute untuk berbengkel di Awana Genting Highlands, maklumlah, aku satu2nya wakil urusetia (juga merangkap peserta & pembentang) dari bahagian aku...

Tengah2 dok sibuk setelkan benda2 last minute tu, sempat la jugak aku isi e-filing untuk taksiran cukai pendapatan aku. Alamak! tahun ni kena bayar RM205 la. Aku lupa lak aku letak mana resit2 yang aku dok beli buku tu, kalau tak sure takyah bayar, huhuhu!!! Sedihnya, sedihnya...

Dah abis perkara2 last minute, terus la ke Genting Highlands hari Selasa lepas. Orang lain naik bas, tapi aku drive. Bukan boleh claim pun (sebab transport dah disediakan) tapi habis bengkel aku nak ke kedai coklat berdekatan dengan Hotel Seri Malaysia Genting Highlands, hahaha! Nasib baik ada gak member yang nak jadi penumpang aku, takde la bosan sangat kan...

Kat bengkel lak, para peserta (termasuk bos aku) asyik la dok cari aku. Budak urusetia dari HR asyik la menghilangkan diri, adehhhhh!!! Dari sekecil2 benda sampai sebesar benda, semua la dok tanya kat aku. Yang mana boleh jawab tu jawab la, yang aku takleh jawab, terpaksa la cari jugak budak HR tu, hehehe... Dah tu, ada la beberapa hamba Allah ni dok komplen pasal rooming list, tak puas hati dengan roommate la ini la itu la... Macam2 la diorang ni!

Bos aku ni pulak, manja tak tentu pasal. Setakat nak menaip tak sampai 50 perkataan pun dok panggil aku suruh taipkan untuk dia. Adehhhh, lomah den! Takkan le setakat nak taip benda sikit tu pun nak suruh aku? Aku ni urusetia, bukan typist la!!! FYI bos aku tu adalah seorang perempuan. Bila aku bising2, kang balik opis kang mesti dia cerita kat orang lain aku ni suka bising & suka komplen (tapi memang pun, haha!)...

Pastu bos aku ni suka2 hati lak menukar aturcara program, tak pasal2 program Selasa malam Rabu tu jadi padat semacam (habis dekat tengah malam) semata2 sebab nak bagi para peserta masa lapang untuk Rabu malam Khamis, konon2nya nak bagi diorang bersuka2 nak cable car naik ke puncak Genting Highlands. Hishhhh!!! Tak kuasa la aku melayan karenah bos aku ni! Kita ni nak berbengkel ke nak berpoya2????? Tapi kan, malam tu aku demam selsema, so aku minta excuse untuk balik awal ke bilik untuk makan ubat & berehat sambil tengok Desperate Housewives (tapi yang ni aku tak bagitau la kat bos aku hehehe...).

Hari Khamis tengahari lepas check out & lunch sikit2, bertolak balik ke Bangi. Tapi sebelum tu singgah le ke kedai coklat kat Hotel Seri Malaysia tu. Beli la sikit untuk rasa2... Tiba kat Bangi, menyinggah pula ke Unikeb sebab nak memborong tshirt labuh untuk adik iparku. 3 helai RM50, kalau 10 helai RM150, sapa tak mau kan :D

Tiba di rumah jam 4.30 petang hari Khamis.

Jumaat sempat la berehat, tapi tak puas.

Sabtu lak (hari ni la tu!), tunggu orang pasang window film. Dari pagi buat kerja sampai hampir jam 4 petang. Saat ini, my significant other dah lena diulit mimpi sedangkan aku baru je siap2 pasang balik langsir, vakum lantai, lap habuk, dsb.

Esok, adikku sekeluarga nak sampai rumah aku pagi2, dihantar oleh parents adik iparku dari Putrajaya. Tengahari kena masak. Petang lak kena hantar diorang sekeluarga ke airport Subang sebab diorang nak balik ke Kuantan.

Isnin kena kerja. Uwaaaaa!!!!!!!


Image Hosted by ImageShack.us

Bantulah Saudara Kita di Palestin. Boikot Israel!

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin