Monday, January 18, 2010

SMS terbodoh dari orang yang paling bodoh

Pagi ni aku dapat satu SMS dari 013-4867463 (sorry, aku memang sengaja nak tayang beso2 no dia kat semua orang yang terbaca entry ni) yang berbunyi:

'Sepi? Masa terhad shj. Nikmatilah video kejadian perhubungan pasangan yg aneh & hebat kawan saya semalam. Taip ON SIA htr msg ke 32688.'

Bodoh kan SMS tu?

Orang cakap jangan layan, buat bodoh je kat SMS ngarut camni. Memang aku buat bodoh je, tapi sebelum tu, aku kasi reply la sekali, hehehe...

'Wahai encik agen freemason-illuminati (Tah2 dia ni tak tau pun apa benda alah ni, haha! Biar dia study sikit, daripada dok menipu orang suruh tengok benda2 lucah kan), btaubat la. Dunia dh nk kiamat, msh xsedar2 lg? Aku dpt sms mcm ni lg, awas!! Buat report polis la jwbnya! Faham?!'



Image Hosted by ImageShack.us

Friday, January 15, 2010

Pergi - Aizat (OST Talentime)

Sayu terpisah
Hikayat indah kini hanya tinggal sejarah
Berhembus angin rindu
Begitu nyamannya terhidu wangian kasihmu

Hujan lebat mencurah kini
Bagaikan tiada henti
Kaulah laguku kau irama terindah
Tak lagi kudengari

Kau pergi... pergi...

Sepi tanpa kata
Terdiam dan kaku tak daya kau kulupa
Apa pun kata mereka
Biarkan kenangan berbunga di ranting usia


Best pulak lagu ni.

Frankly, aku tak pernah dengar lagu ni except for the 'kau pergi...' part.

And to be more frank, 1st time aku dengar lagu ni secara penuh masa Anugerah Juara Lagu 2009 hari tu, hahaha!!! Menang pulak tu lagu ni. FYI, aku bukannya tengok betul2 AJL ni, tengok sambil buat keje kat laptop, pastu ada gak tukar2 ke channel2 lain.

In fact, citer Talentime tu pun aku tak penah tengok, sama ada kat wayang atau kat mana2 pun..

Tapi apa2 pun, memang sedih la lagu ni, macam ala2 meremang bulu roma pun ada gak. Berhantukah lagu ini???? Hmmm...

Yang ni lirik untuk english version plak.

I Go - Aizat

So long, fare thee well
The dancer and the dancing days have taken leave and fell
So turn down this bed of stone
Quench me with the deadly nightshade from the rose that you belong

The long December rain is falling now
Running down on streets to nowhere
Music is my life, you're my sweetest nightingale
But I can't hear it here no more

And I go...
I go...

Hush now, don't shake or break
Words have fallen silent like soldiers to the grave
No matter what they do or say
Lay me on the sleepy meadow by the tracks upon your face


Speaking of berhantu kan, baru terbaca pasal kejadian mistik (tak tau tahap kesahihannya) masa AJL aritu. Nak tau lebih lanjut, klik kat sini & kat sini ek.

Pastu lagi, untuk sesapa yang tengok secara live, tak kisah la kat stadium ke, kat tv ke... adakah anda perasan beberapa secret signs bagi persatuan elit (Freemason & Illuminati) yang tengah mengawal ekonomi dunia & minda kita sekarang ni? Contohnya, lambang the all-seeing eye kat logo kumpulan Search tu (yang ni memang aku perasan sebab obvious sangat). Nak tau yang lain2, boleh klik kat sini & kat sini pulak.

Tak tau apa itu Freemason & Illuminati? Korang boleh baca kat dua link terakhir yang aku bagi kat perenggan kat atas tu. Pastu try jugak search for The Arrivals kat youtube. Tak salah aku ada berpuluh siri The Arrivals.

Buka minda... Baca... Tonton... Pastu korang fikir & nilaikan sendiri...

Wallahua'lam.


Image Hosted by ImageShack.us

Wednesday, January 13, 2010

~ R.E.D ~

Rasa macam dah lama tak update blog, hehehe...Tapi takde la lama sangat kan?

Anyway, lepas office hour petang tadi aku pi makan kat Kenny Rogers kat Metro Point, Kajang dengan my significant other. Dah lama gila tak makan kat Kenny Rogers. Last hari tu makan kat Jusco Taman Equine.Tu pun rasanya awal tahun lepas atau akhir tahun 2008, ntah tak ingat lak. Yang membuatkan kitorang tergerak nak gi makan kat situ sebabnya hari ni Roasters Eating Day!!!

Apekebende Roasters Eating Day ni? On this day (and on this day only!!) kita boleh beli satu set quarter chicken meal tu, pastu dapat 1 set lagi for free! Syaratnya kena la pakai baju merah ke, tudung merah ke, kasut merah ke, bawak beg merah ke, apa2 la yang ada unsur merah...

So tadi aku pun pakai la tudung merah... order la 2 set, pastu order air. Tak salah aku, kalau makan 2 orang, harga biasa dalam RM40 lebih sket, tapi tadi sume skali RM29.80 je, jimat la dalam RM10+, ok la tu kan?

Ramai betul orang berbaju merah tadi, macam nak hampir2 sama dah dengan staf kat situ. Siap ada satu family tu, sume pakai baju merah, daripada bapak, mak, sampai la ke anak2, hehehe... Macam kitorang, aku je yang ada unsur merah. My significant other pakai pakaian biasa dia je...

Lagi satu aku perasan, kedai2 lain kat dalam Metro Point tu nampak macam tak meriah je. Mana taknya, sume orang bertumpu kat Kenny Rogers je :) Kat depan restoran ramai jugak la yang tengah queue tunggu meja kosong. Kitorang ni nasib baik je. Kalau lambat 5 minit, alamatnya kitorang pun kena beratur panjang macam orang2 tu...

So apa lagi, gi la Kenny Rogers cepat2 wei!!!

Eh, silap lak... By the time this entry is published, the kedai is nearing its closing time oredi, wehehehe...

Well...Maybe next time kot...



Image Hosted by ImageShack.us

Sunday, January 10, 2010

Entry bergambar versi TC

lebih kurang pukul 9.00 pagi, orang masih belum ramai.

my own private muara, hehehe...

pepagi lagi mamat ni dah layan blues...

minah ni pun sama...

bersiar2 nak jambatan

dah tak layan blues dah :)

picnickers dah semakin ramai, masa ni rasanya lebih kurang pukul 9.45 pagi.

colourful kan mainan budak kecik ni, suka tengok :D

encik monyet ni tengah cari kutu member dia gamaknya...

aktiviti mewarna batik dengan anak2, best kan?

yang ni maknya tolong warna, anaknya tolong tengok je...

antara painting batik yang siap untuk dijual, suka yang kiri bawah tu...

yang ni pulak gambar pemandangan.


Image Hosted by ImageShack.us

Sunday, January 3, 2010

Entry video versi miau miau...




Image Hosted by ImageShack.us

Bantulah Saudara Kita di Palestin. Boikot Israel!

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin