Minggu lepas demam...
Minggu ni demam lagi.
Tapi minggu lepas suhu tak berapa tinggi.
Minggu ni kena high fever pulak - 39.5 deg C.
Dr pun tak teragak2 bagi MC sampai 2 hari.
Dr siap pesan lagi, kalau2 rasa macam sesak nafas tu, cepat2 gi klinik atau hospital.
Siap takut2 kan aku lagi pasal cikgu taska selang satu rumah dengan rumah dia yang pengsan sebab high fever/hyperthermia sorang2 dalam bilik tingkat atas taska, pada hal taska tengah penuh dengan budak2 & cikgu2 taska yang lain, tapi diorang semua kat tingkat bawah la... Isk isk isk!
Minggu lepas aku keje hari Isnin je (Selasa & Rabu MC, Khamis & Jumaat memang dah lama apply cuti rehat...).
Minggu ni pun keje satu hari je - Hari Rabu (hari yang tak bermakna sebab tak larat nak buat apa2 pun, Khamis & Jumaat Dr bagi MC lagi suruh rest & minum air banyak2 kat rumah...).
Musim2 panas ni memang ramai orang demam kan? Aku pun tak ketinggalan nak demam jugak.
Orang kata demam atau apa2 jenis kesakitan tu sebenarnya kifarah terhadap dosa2 kita.
Aku memang banyak dosa, huhuhu...