Showing posts with label Acara. Show all posts
Showing posts with label Acara. Show all posts

Friday, March 19, 2010

Jom serbu Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2010!!!!
Hari ni dah start dah kat PWTC.

Tengok banner kat sebelah ek :)
(itu adalah banner utk salah satu booth yg wajib ku kunjungi di PBAKL'10 ni)

Image Hosted by ImageShack.us

Friday, October 2, 2009

Openhouse hujung minggu ni

Tak, tak... Bukan aku yang nak buat openhouse. Aku cuma nak cakap pasal jemputan openhouse yang aku terima untuk hujung minggu ni je, hihi!

Aku ada 4 jemputan openhouse & 1 jemputan potluck, sampai tak tau boleh gi semua ke tak.

Ye la, majoriti openhouse buat time lunch sampai petang. Kalau serentak, takleh nak gi semua la kan, huhuhu...

Last2, lepas dah dipikir2, ditimbang2, diejas2, cuma dapat gi yang potluck tu & 2 openhouse je. Potluck tu kat Shah Alam. Dua bijik openhouse tu pulak kat Batu 6 Bangi & Salak Tinggi.

Lagi pulak hari Ahad ni aku kena keje la pulak (aku sendiri yang pilih nak on duty wiken ni, padan muko!!!), tu pun salah satu sebab kenapa takleh nak gi semua.

Apa aku nak bawak untuk potluck nanti? Memula dah pikir nak bawak kuah lontong, tapi disebabkan tuan rumah kata ada ada beberapa orang yang nak bawak makanan berat, so aku tukar la nak bawak rich chocolate pudding je, hehehe! Senang keje aku...

Lepas Isyak jap lagi, nak mulakan operasi nak buat puding.


p/s: Sedih aku baca blog kawan aku pasal dia takde jemputan ke openhose hujung minggu ni. Sabo je la, mana la tau tetibe ada orang jemput ko last minit ke. Takpun tetibe wiken depan ko dapat byk jemputan sampai tak cukup masa, tangan, kaki & perut nak gi ke kan :)


Image Hosted by ImageShack.us

Wednesday, July 1, 2009

Pesta Buku Karnival Kesenian & Keilmuan Islam

Pesta buku kembali lagi!!!

Sesiapa yang berdekatan, bolehlah merajinkan diri ke Kompleks PKNS Bandar Baru Bangi dari 30 Jun hingga 15 Julai 2009.

Walaupun tak sebesar KLIBF '09 atau Read Malaysia, tetapi tetap ada buku2 menarik yang dijual kat sini.

Untuk melihat jadual penuh aktiviti di pesta buku ni, sila klik di sini.

p/s: Aku sendiri belum berpeluang pergi ke pesta buku ni, insyaAllah akan ku pergi jua sebelum pesta buku ni berakhir... :)



Image Hosted by ImageShack.us

Thursday, March 19, 2009

mari kita tengok hot air balloons!

Nampaknya terlepas la aku untuk tengok International Hot Air Balloon Fiesta 2009 di Putrajaya, bermula hari ini 19/3/09 sehingga Ahad 22/3/09. Bukan sengaja nak lepaskan peluang tapi petang ni, lepas habis kerja, nak bertolak pulang ke Kuantan.

Untuk dapatkan maklumat, sila klik di sini.

Sesiapa yang ada kesempatan, jangan lepaskan peluang untuk tengok hot air balloons secara dekat. Bukan selalu kita ada peluang camni kan :D

Tapi cedeynye saye tak dapat tengok, huhuhu...


Image Hosted by ImageShack.us

Saturday, February 21, 2009

Pesta Buku Bangi '09




Pesta Buku Bangi '09:
Membudayakan Amalan Membaca

18 Februari 2009 - 1 Mac 2009
Kompleks PKNS, Bandar Baru Bangi
10 pagi - 10 malam



Antara aktiviti-aktiviti yang dianjurkan:

1. Majlis Perasmian oleh YB Dr Halimah Ali, Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan, Selangor, pada 19 Februari 2009, 5.00 ptg

2. Brilliant Students Skill Seminar, 21 Februari 2009, 11.00am-1.00pm

3. Bicara & Pelancaran Buku " Smart Mental Arithmentik" oleh YB Puan Rodziah Ismail, Exco Kebajikan, Hal Ehwal Wanita, Sains, Teknologi & Inovasi, Selangor, 28 Februari 2009, 4.00 ptg

4. Seminar Pemikiran Bangi, Tajuk: Peranan Surau dan NGO di Dalam Merealisasikan Bangi Sebagai Bandar Ilmu, 1 Mac 2009, 8.30 pg

5. Demonstrasi Aikido, 28 Februari 2009

6. Pertandingan Futsal, 28 & 29 Februari 2009

7. Pemeriksaan Kesihatan & Khidmat Nasihat Diet PERCUMA, 28 Februari & 1 Mac 2009

8. Pertandingan Pengucapan Awam, 1 Mac 2009

9. Pertandingan Meneka Tebal Buku, Setiap Hari

10. Promosi Album Kumpulan nasyid Rabbani

11. Pertandingan Mewarna Kanak-kanak

12. Pelancaran Buku-buku Baru

13. Ceramah Motivasi

14. Cabutan Bertuah

15. Spelling Bee Contest

16. Beramah Mesra dengan Penulis Buku

17. Pelbagai lagi aktiviti menarik menanti


Anjuran:

1. Persatuan Penduduk Bandar Baru Bangi

2. Mini Kabinet Bangi

3. PKNS

4. MPP Zon 22, 23, 24 MPKj

5. Jaringan Siswazah Malaysia (JASA)

6. Ikatan Studi Islam Universiti Kebangsaan Malaysia (ISIUKM)

7. Az-Zahrah Multi-Intelligent Academy (AMPAC)

8. Galeri Buku Syabab

9. Persatuan Peniaga PKNS


Disertai oleh:

1. PTS Publication Sdn Bhd

2. McGraw Hill (M) Sdn Bhd

3. Cengage Learning Pte Ltd

4. John Wiley & Sons Pte Ltd

5. Taylor & Francis Asia Pacific Pte Ltd

6. Telaga Biru Sdn Bhd

7. Al-Hidayah Publishers Sdn Bhd

8. Pearson Education (M) Sdn Bhd

9. Sarjana Media Sdn Bhd

10. Ana Muslim Sdn Bhd

11. Alaf 21 Sdn Bhd

12. Dewan Pustaka Fajar Sdn Bhd

13. Buku-buku rujukan sekolah

14. Buku-buku kanak-kanak

15. Pelbagai penerbit buku yang lain...


sumber maklumat: Jaringan Siswazah Malaysia & saudara Aman's blog.


Bantulah Saudara Kita di Palestin. Boikot Israel!

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin