Thursday, October 28, 2010

Facebook???

Tadi baru dapat benda2 ni dalam mailbox. kelakar gila, hehehehe... klik gambar untuk baca ye.

 





Terhibur hatiku petang ni :D :D


Image Hosted by ImageShack.us





Thursday, October 14, 2010

What's The Word Challenge

Tak sangka menang What's The Word Challenge anjuran NSTP, hehehe... Ek eleh, tak sangka konon. Padahal setiap Sabtu pukul 7 malam (pada suatu masa yang dulu, sekarang tak lagi...) dok tengok TV3 sambil mengadap PC, kononnya sebab nak cepat-cepat send jawapan la tu, hehehe... Jadi, sekarang inilah hasilnya!


Tapi kan, dalam satu Malaysia ni, ramai je pemenangnya sebenarnya. Mana taknya, untuk satu episod, NST akan select 10 orang yang paling cepat send jawapan yang betul. So bayangkan la kalau ada berbelas-belas episod? Mestilah ada seratus lebih pemenang kan?

Apa-apa pun, aku masih tetap bersyukur sebab menang. Dapat la baca NST free selama 3 bulan starting November ni, hehehe... Kepada pemenang-pemenang yang lain, aku ucapkan tahniah juga untuk korang ek! Selamat membaca suratkhabar free :D

Tapi.... voucher McD's tu cemana ek? Aku tengah memboikot, so tak boleh makan. Memula fikir nak sedekah kat orang, tapi nampak macam aku mempromosi McD's pulak, walhal aku tengah giat memboikot. Jadi aku dah tau apa akan aku buat dengan voucher tu... terpaksa la dit********hkan... Aku kena tabah! Chaiyok chaiyok!! You can do it bebeh!

Opps! Kalau korang tak perasan, What's The Word Challenge ni anjuran NSTP bersempena dengan National Spell-It-Right Challenge 2010. Ala, slot pukul 7 malam hari Sabtu kat TV3 yang Adibah Noor jadi host tu... Aku suka rancangan mengeja-ngeja ni sebab aku rasa aku terer (huahuahua... takdela, acah mak enon).





Image Hosted by ImageShack.us

Monday, September 6, 2010

Puasa dah nak habis...




Tolak hari ni, lagi tiga hari je lagi nak raya? Ish ish ish...



Image Hosted by ImageShack.us

Thursday, August 19, 2010

Fadhilat Solat Tarawih?



Asal masuk bulan Ramadhan je, pasti ramai yang akan email/sms/update status di FB berkenaan kelebihan solat tarawih kan? Meh kita baca sikit :)

sumber: website JAIS


HADITH PALSU KELEBIHAN TARAWIH

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Penyayang. Puji-pujian bagi Allah Subhanahu Wata'ala, Selawat dan Salam keatas junjungan kita Nabi Muhammad Sallaahu 'Alaihi Wasallam serta para sahabatnya.



SEJAK beberapa tahun kebelakangan ini satu hadis tentang kelebihan Tarawih pada malam-malam Ramadan telah tersebar dengan meluas sekali. Media elektronik, cetak serta media massa lain turut memainkan peranan menyebarkannya melalui akhbar, dairi Islam, TV, radio, risalah dan lain-lain dengan harapan semoga mereka mendapat saham dalam usaha menggalakkan umat Islam supaya rajin beramal ibadat, terutamanya dalam bulan yang diberkati itu. Hadis yang dimaksudkan itu ialah satu hadis yang agak panjang kononnya diriwayatkan oleh Sayyidina Ali r.a. yang sebahagian darinya adalah seperti berikut.


Diriwayatkan oleh Sayyidina Ali bahawa Rasulullah s.a.w. telah bersabda berkenaan dengan fadilat sembahyang Tarawih pada bulan Ramadan antaranya:
Malam Pertama: Keluar dosa-dosa orang mukmin pada malam pertama seperti mana dia baru dilahirkan (mendapat keampunan dari Allah Taala).

  • Malam Keempat: Mendapat pahala sebagaimana pahala orang-orang yang membaca kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.
  • Malam Keenam: Allah kurniakan pahala kepadanya pahala malaikat-malaikat yang tawaf di Baitul-Ma`mur (sebanyak 70 ribu malaikat sekali tawaf), serta setiap batu-batu dan tanah akan mendoakan supaya Allah mengampuni dosa-dosa orang yang mengerjakan sembahyang tarawih pada malam ini.
  • Malam Ketujuh: Seolah-olah dia dapat bertemu serta menolong Nabi Musa A.S. menentang musuh ketatnya Firaun dan Haman.
  • Malam Kelapan: Allah mengurniakan pahala orang sembahyang tarawih sepertimana yang telah dikurniakan kepada Nabi Ibrahim A.S.
  • Malam kesembilan: Allah kurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hambanya seperti Nabi Muhammad S.A.W.
  • Dan kelebihan-kelebihan seterusnya sehingga sampai kemalam yang ke-tiga puluh

Namun begitu setelah diajukan pertanyaan kepada beberapa tokoh agama tanah air mengenai kedudukan hadis ini, dari manakah ianya diambil, semuanya tidak dapat memberikan penjelasan. Dan setelah diteliti dalam kitab induk hadis seperti Sunah Sittah dan lain-lain kitab hadis lagi, ianya tidak ditemui. Begitu juga dalam kitab-kitab hadis palsu (maudhu`aat) sendiri pun tidak didapati hadis ini. Ini menunjukkan bahawa hadis ini merupakan satu hadis yang baru diada-adakan sehingga ulama-ulama hadis dahulu yang menulis tentang hadis maudhu` pun tidak mengetahui akan wujudnya hadis ini. Kita tidak menafikan kelebihan sembahyang Tarawih dan kedudukannya dalam sunnah. Namun begitu kita tidak mahu umat Islam tertipu dengan berbagai-bagai janji palsu yang menyebabkan umat Islam mengerjakan amalan kebaikan dengan mengharapkan sesuatu yang sebenarnya tidak akan diperolehinya. Dengan tersebarnya hadis-hadis palsu seumpama ini juga akan mencemarkan kesucian hadis Rasulullah s.a.w. yang dipelihara dengan dengan begitu baik oleh ulama kita dahulu.

Rasulullah S.A.W. telah pun memberikan amaran terhadap orang-orang yang mengadakan pendustaan atas namanya dengan ancaman yang berat sebagaimana sabdanya: Barang siapa sengaja mengadakan dusta atas namaku maka hendaklah dia menyediakan tempatnya dalam neraka. (Bukhori, Muslim)

Hadis ini diriwayatkan dengan banyak sekali sehingga sampai keperingkat Mutawatir. Ancaman ini merangkumi segala jenis pendustaan keatas Nabi S.A.W. sama ada dengan maksud memberi galakan supaya rajin beramal ibadat ataupun ancaman supaya menjauhi segala larangan Allah (targhib dan tarhib).

Mulla Ali Qari dalam Al-Asrarul-Marfu'ah selepas membawakan lebih dari seratus riwayat hadis mengenai pendustaan atas nama Nabi Muhammad s.a.w. menukilkan kata-kata Imam Nawawi dalam syarah Muslim. Kata Imam Nawawi: Haram meriwayatkan sesuatu hadis palsu (maudhu`) bagi orang yang mengetahui bahawa hadis itu maudhu` atau dia hanya menyangka hadis ini maudhu`. Siapa yang menceritakan hadis yang dia tahu atau dia sangka bahawa ianya maudhu` serta dia tidak menerangkan keadaannya maka dia termasuk dalam ancaman ini. Katanya lagi, tidak ada perbezaan dalam pengharaman pendustaan atas Nabi Muhammad s.a.w. di antara hadis tentang hukum-hukum dan hadis yang bukan berkenaan dengan hukum seperti hadis yang mengandungi dorongan serta galakan beramal ibadat, hadis-hadis nasihat dan lain-lain. Semuanya haram termasuk dalam sebesar-besar dosa dan sejelek-jelek perkara dengan ijmak ulamak Islam? seterusnya dia berkata: Ulama sudahpun sepakat mengenai haram berdusta atas nama orang-orang biasa. Bagaimana pula dengan orang yang kata-katanya adalah syariat, kalamnya adalah wahyu dan berdusta atasnya adalah pendustaan atas Allah juga. Firman Allah bermaksud: Tidaklah dia mengucapkan mengikut kemahuan hawa nafsunya. Apa yang diucapkan tidak lain melainkan wahyu yang diwahyukan. (An-Najm: 3-4).

Di dalam hadis tersebut nampaknya ada galakan supaya umat Islam rajin untuk melakukan amalan Tarawih dalam bulan Ramadan seperti kita sering dapati hadis ancaman terhadap orang yang meninggalkan sembahyang yang sebenarnya hadis itu pun direka atas nama nabi Muhammad s.a.w. seperti contoh satu hadis yang sebahagian darinya berbunyi: Jika seseorang itu meninggalkan sembahyang Zuhur dosanya adalah seperti dia berzina dengan ibunya sendiri. Jika dia meninggalkan sembahyang Asar dosanya adalah seperti meruntuhkan Kaabah.

Adakah tidak cukup dengan janji ganjaran dari Allah bagi orang yang menghidupkan malam Ramadan yang terdapat dalam kitab hadis shahih contohnya hadis yang bermaksud: Sesiapa yang menghidupkan malam Ramadan dengan penuh keimanan dan mengharapkan ganjaran dari Allah diampunkan dosa-dosanya yang lalu. (Al-Bukhari)

Dan adakah tidak cukup dengan ancaman terhadap orang yang meninggalkan sembahyang yang terdapat dalam al-Quran antaranya firman Allah yang bermaksud: Apakah yang menyebabkan kamu dimasukkan ke dalam neraka saqar? Mereka menjawab: Kami dahulu termasuk orang yang tidak mengerjakan sembahyang. (Al-Muddatsir)

Sebenarnya bagi mereka yang suka menghidupkan malam Ramadan tidak mesti dengan adanya hadis rekaan yang seperti ini mereka akan bersungguh-sungguh dalam menghidupkan amalan Tarawih ini. Dan orang yang malas bersembahyang bawalah hadis yang bagaimana teruk sekalipun seksaannya, namun mereka tetap tidak mahu mengerjakannya.


Antara ciri-ciri hadis maudhu`(rekaan) dari segi zahirnya selain dari meneliti sanad perawinya ialah :

1. Kelebihan yang disebutkan menyamai atau mengatasi kelebihan yang terdapat pada para sahabat nabi kita Muhammad s.a.w. atau orang yang berjuang bersama dengan nabi yang lain apatah lagi untuk menyamai atau mengatasi kedudukan nabi-nabi kerana umat yang datang kemudian walaupun setinggi-tinggi wali sekalipun tidak akan dapat mengatasi atau menyamai kedudukan sekecil-kecil sahabat apatah lagi untuk menyamai kedudukan seorang nabi.

2. Kelebihan yang terdapat didalamnya tidak sepadan dengan amalan yang dilakukan sedangkan ia menyalahi apa yang terdapat dalam syariat sebagaimana tersebut dalam Al-Qur'an dan hadis-hadis sahih.

3. Kandungannya serta ertinya rapuh, tidak menyerupai kalam Nabi Muhammad s.a.w. dan lafaznya tidak sesuai keluar dari mulut Nabi seperti yang terdapat dalam hadis-hadis sahih.

4. Dalam sesetengah risalah yang terdapat hadis ini, ianya dimulai dengan "Ya Ali" sedangkan ulama hadis sudah mengatakan bahawa hadis yang dimulai dengan kata-kata ini hanya dua atau tiga sahaja yang sahih. Yang lainnya palsu.

Oleh itu umat Islam sekalian, terutamanya pihak seperti institusi agama di peringkat negeri dan pusat, sepatutnya prihatin terhadap perkara seperti ini demi menjaga kesucian hadis Rasul yang menjadi pegangan Ahlus Sunnah Wal Jamaah. Umat Islam janganlah mudah tertipu dengan dakyah palsu yang dikaitkan dengan Rasulullah sedangkan ianya tidak ada hubungan langsung dengan Rasulullah s.a.w. Janganlah sampai masyarakat kita melakukan sesuatu amalan dengan harapan akan mendapat pahala sedangkan sebaliknya dosa besar pula yang diperolehi dengan menyebarkan dan seterusnya beramal dengan hadis-hadis palsu seperti ini.

Petikan dari terbitan dan edaran percuma:
DARUL QURAN WAS-SUNNAH
Lot 1499, Taman Seri Demit, Jalan Sultanah Zainab 2
Kubang Kerian , 16150 Kota Bharu, Kelantan.



Image Hosted by ImageShack.us

Saturday, August 14, 2010

Khemah terbang...

  Tragedi 3 Ramadhan 1431 di Jasin, Melaka. Tiga orang meninggal :(

Al-Fatihah buat yang pergi.


Untuk mangsa, moga bersabar dengan kejadian yang tak diduga ini.

video


Kita patut bersyukur kita masih bernafas, dapat beribadat &  menikmati keindahan dunia.
Mungkin Allah nak beri peringatan kepada kita, jadi kita perlu ambil pengajaran dari kejadian ini.


Ya Allah Ya Tuhanku, jauhkanlah kami dari bala bencana...




Image Hosted by ImageShack.us

Wednesday, August 11, 2010

Azam Ramadhan

Pejam celik pejam celik, dah masuk hari pertama Ramadhan dah kita ye. Zaman sekarang ni memang cepat je rasa masa tu berlalu kan?

Pagi tadi korang bersahur apa ek? Aku sahur capati dengan sambal sardin, sedap tau!!!

Aku memang tak pernah ada azam tahun baru, tapi azam Ramadhan memang tiap2 tahun ada. Cuma berjaya dengan tidak je (aku hamba yang lemah, huhuhu...). List aku basically sama je tiap2 tahun:

1. Menjaga deria dengan sesempurna yang boleh. Makna kata, jangan join gossip group kat office, jangan tengok rancangan2 gossip artis, cerita2 tahyul & yang seumpamanya, jangan bercakap2 kosong, etc. Eh korang, telan air liur, korek hidung & korek telinga tak batal puasa ek, hehehe...

2. Rajin2 menunaikan solat tarawih, tak kira la sama ada di masjid atau di rumah. Selama ni nak dapat solat tarawih at least 4 kali seminggu pun aku liat, uwaaaa!!!!! Kalau aku ada anak kecik, boleh la kata tuntutan menjaga anak kecik tu lebih afdhal daripada solat tarawih, ini aku cuma ada anak mata, anak tekak & anak rambut je, uhuk uhuk!!

3. Lipatgandakan masa untuk membaca Al-Quran. Kalau boleh nak khatam satu Al-Quran setiap kali Ramadhan, tapi kalau dapat baca 5-10 minit setiap kali sebelum/selepas solat pun dah rasa bersyukur sangat2 dah.

3. Berjimat dalam perbelanjaan makanan. Jangan ngada2 nak beli itu ini, especially masa kat pasar Ramadhan tu... itu nafsu je lebih, padahal masa berbuka tu nanti, makan kuih 3 ketul pun dah sendawa, burppp!

4. Jangan tido lepas bersahur & lepas solat Subuh, especially pada hujung minggu. Aku tatau la kenapa dengan aku ni, memang favourite activity aku adalah tido, hehehe...

5. Buat lebih kebaikan, sama ada terhadap diri sendiri, suami, keluarga atau orang2 yang tak dikenali. Kalau ada orang mintak sedekah tu, jangan banyak soal, bagi je seberapa yang ikhlas & termampu. Kalau dia tipu kita, itu hal dia dengan Allah (Statement ni aku pinjam dari status update seorang rakan di FB. You know who you are friend. If you read this, please leave a comment ya :D).

6. Banyakkan bersabar, especially kalau dilanda musibah, atau kalau terjumpa driver yang bawak kete macam orang tak tahan nak terberak, atau terjumpa driver yang suka potong queue, atau 'ter'bersembang dengan officemate yang tak tau bila nak stop & benda2 yang seangkatan dengannya...

7. Buang rasa benci di hati & maafkan orang2 yang buat silap kat aku. Tapi bila aku dah maafkan tu, jangan la pulak amik kesempatan lagi, kang ada yang kena luku kepala tu kang! Kurang kualiti la pahala puasa aku nanti :(


Untuk kawan2, marilah kita meningkatkan tahap & kualiti puasa kita tahun ni. Manalah tahu Ramadhan yang ni jadi Ramadhan terakhir utk kita, so we should make the best of it!

Apa yang penting, kita kena konsisten supaya amalan baik yang kita dok buat masa bulan Ramadhan tu berkekalan kita buat sampai ke anak cucu bila2. Amiinnnnn....



Image Hosted by ImageShack.us

Tuesday, August 10, 2010

Ahlan wa Sahlan Ya Ramadhan...






Kian berlabuh tirai Syaaban

Lambaian Ramadhan kian dinanti
Luhur hati ikhlas amalan
Semoga segala ibadah Allah berkati


..:: SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAK ::..



Image Hosted by ImageShack.us

Friday, July 30, 2010

Setelah sekian lama...

Salam....

Ntah tak tau kenapa semenjak dua menjak ni macam takde mood je nak update blog. Tapi nak blogwalking tu memang sentiasa ada mood, cuma malas nak tinggalkan jejak je :D

Semalam aku sudah gaduh sama satu mamat sengal (MS) di alam maya. Gaduh pasal apa tau? Gaduh pasal infinity downline (ID) a.k.a. login FB dapat RM100, hahaha! Korang yang ada akaun FB sure pernah dengar kan pasal benda alah ni? Mesti ada je kawan2 di alam maya yang cuba nak tag nama korang kat gambar duit berkepuk2 la, gambar simbol dollar tu la, etc etc...

MS tu bukannya aku tak kenal, my significant other pun kenal. Kalau dengan orang aku tak kenal, tak kuasa aku nak berdebat poyo2 nih.

Tapi kenapa aku mau gaduh sama itu MS? Sebenarnya aku bukan nak gaduh sangat pun, just nak bagi reminder je kat dia pasal keraguan yang dipraktiskan dalam sistem ID tu, jadi lebih baik dielakkanlah. Yelah, kononnya kan kawan2, so kita wajib ingatkan orang2 sekeliling kita especially family members & friends pasal baik buruk sesuatu benda jika kita dah tau. Tapi yang jadi gaduh tu sebab mungkin ayat2 aku 'mengguris' hati & perasaan MS, dan telah 'mencalar' maruah & ketinggian akal fikirannya yang dia sanjung tinggi selama ni, hehehehe...

Aku lupa lak nak print screen sesi 'pergaduhan' (Macam poyo je aku ni, uweekkk!) aku dengan itu MS. Kalau tak, boleh la tayang kat sini kan :p

My significant other tak cakap apa2 ke? Bila dah tau, dia just geleng kepala je. Tak marah aku pun, cuma mengingatkan lain kali jangan layan orang sengal macam tu (See??? My significant other pun ada sikit tak suka sama itu MS sebab pernah ada pengalaman buruk dengan dia sebelum ni).

Nak tahu lebih lanjut tentang keraguan dalam sistem ID, boleh rujuk di sini, sini dan sini ek.


Haaa.... Ada satu lagi hal yang menyebabkan MS tu sangat bengang sama aku. MS tu ingat aku tak tau ke hutang lapuk dia kat my significant other yang tak langsai2 lagi tu, dah berapa tahun dah ni??? Nilainya memang tak seberapa, tapi hutang tetap hutang, cuma my significant other tu dah letih dengan perangai MS sekor ni, jadi dia senyapkan aje.

Cerita pasal hutang tu macam ni. MS ni berhutang dengan my significant other dalam beberapa ratus ringgit (tapi tak sampai RM500). Konon2 nya nak bayar full cepat2, tapi harammmmm... Dia bayar sikit, pastu senyap, bayar lagi sikit, pastu hilang. Nak kata orang tak berduit, tengok dressing macam stylo gitu, kete pun boleh tahan gak hebat.

Last2 MS tu buat apa tau? Dia suruh my significant other kutip balance hutang dia (si MS tu) kat dua orang mamat lain, aku gelar mamat A & mamat B. Kebetulan mamat A & mamat B ni berhutang dengan si MS ni & jumlah hutang mamat A & mamat B sama macam jumlah hutang si MS kat my significant other. Eh, boleh paham ke ayat aku nih?

So, nak dijadikan cerita, mamat A memang terus bayar kat my significant other. Tapi mamat B pulak yang bertangguh2 bayar sampai la sekarang.

Yang aku geram tu, ada ke patut MS yang hutang kat orang, tapi dia boleh pulak main suruh2 orang yang bagi hutang kat dia (my significant other la tu) supaya gi kutip hutang kat orang yang berhutang dengan dia. Waaa.... Ayatku sudah jadi ayat pening2 lalat gitu.

Masa nak balik rumah tengahari tadi (hari ni kan Jumaat, rehat lama), my significant other bagitau aku si MS tu mintak no akaun dia, dia nak transfer amaun yang dia hutang tu ke akaun my significant other. Aku angguk je, tapi memang puas hati aku. So lepas ni my significant other tak payah nak tagih2 hutang kat mamat B tu lagi, pandai2 la si MS tu nak mintak balik duit dia kat mamat B :D

Teruk ke aku buat macam tu ek?



Image Hosted by ImageShack.us

Thursday, July 8, 2010

Sticky Post: Firdanii Online Shop's Give-Away


Adusss... bercinta betul nak update blog, tapi kerana give-away Firdanii ni aku gagahkan jua... ;)

Begini ceritanya (macam nak bergosip lak gayanya, cewah!), Firdanii Online Shop or F.O.S. menjual t-shirt muslimah & handmade bags secara online (macam le korang tak tau, ye tak?). Aku ni pulak memang sucker for anything & everything handmade (buatnya tak reti, membeli reti le, hahaha!), especially handmade bags & wallets la... Nak tengok contoh2 handmade bags yang boleh ditempah dengan Firdanii? Ni contohnya ya...






backpack pun ada tau!!

Perghhh... Banyaknya gambar aku letak. Nak buat cemana kan, I like almost every one of the bags, hehehe... And the one I like the most are in the picture below, the black bag with the flower in the blue circle & the butterfly bag, so cute...




Firdanii Online Shop
nak buat give-away. Nak join tak? Mudah je kekdahnya...

KATEGORI 1: BLOGGERS
1. Link kan blog kami di blog anda.
2. Be a follower.
3. Buat post (satu entry) bertajuk ''GIVEAWAY at F.O.S'', pastikan anda letak gmbr di atas itu, dan ajak ramai2 masuk... =) Jangan lupa letakkan link blog http://firdaniionlineshop.blogspot.com/ pada entry tersebut.
4. Lastly, email kami( firdanii88@gmail.com), untuk kami linkkan blog anda juga, dan beri komen/pendapat anda tentang barang jualan dan design blog kami ...


3 bloggers bertuah akan menerima hadiah bernilai RM 60 seorang.



KATEGORI 2: BUYERS AND OTHERS
*yang xpenah bli pun boleh join..
1.Be a follower.
2. Then email kami ( firdanii88@gmail.com) untuk beri pendapat/komen anda terhadap barang jualan dan design blog kami.

3 orang bertuah akan menerima hadiah bernilai RM 20 seorang.


Pemenang dipilih berdasarkan cabutan bertuah,dan namanya akan diumumkan di blog ini nanti.
Sekiranya anda bertuah dan menjadi pemenang, sila emailkan kami nama dan alamat untuk tujuan ''pos hadiah'' .. =)


Senang je kan? So apa lagi, moh le join give-away Firdanii ni ramai2!

Oh BTW, give-away kini bermula dari 24 JUN 2010 sampai la 8 JULAI 2010. Banyak masa lagi ni...



Image Hosted by ImageShack.us

Thursday, July 1, 2010

Handmade wallet from Tote Boutique...

Aku shopping lagi!!!

Kali ni beli handmade wallet dari Cik As kat Tote Boutique.

Aku ni memang pencinta anything & everything handmade kan, hehehe...

Aku adalah customer pertama yang beli & terima wallet dari Cik As, so aku nak bagi sedikit feedback.

Wallet ni aku dapat semalam. Yang bestnya membeli dengan Cik As ni, with every purchase one will get one coin purse for free!!! Tu yang kat centre yang ada bunga kecik-kecik warna pink tu coin purse la tu. Kat bawah dia adalah wallet yang aku tempah. Aku terasa seperti ada orang bagi aku hadiah belated birthday pulak sebab wallet & purse berikat kemas dengan riben, me likey!!!

masih dalam bungkusan plastik

dah buang plastik...

Firstly, I'm soooooo in love with the fabric design (dah aku yg pilih sendiri, takkan la tak suka kot kan, hehehe...). Rupa-rupanya designer fabric ek Cik As, saya baru tau ni :D

Saiz wallet, standard macam long wallet yang lain. Satu kelebihan pakai long wallet - banknotes tak berlipat, amat memudahkan kalau kita nak guna cash deposit machine. Kekurangannya pulak - susah mau sumbat dalam poket baju kurung/jeans, hehehe...

pandangan hadapan

pandangan belakang wallet

Sweet tak warna dia? Wallet yang cun ni ada 1 zippered compartment untuk simpan syiling, 2 cash compartments & 8 card compartments, menggunakan magnetic snap closure.

pandangan dalam wallet

Ada tiga je yang nak komen (jangan marah haaa Cik As...)

Satu - Card compartments yang paling atas tu rasanya boleh diperelokkan lagi. Sebabnya bila letak kad kat compartment atas tu, kad-kad tu akan tenggelam sampai ke dasar, hehehe... Aku bukan apa, bila kad atau apa-apa je dah tenggelam kat dalam tu, aku takut aku lupa terus yang sebenar-benarnya ada benda kat dalam tu :D

Dua - If only the button is a designer button or a decorative button, pasti lebih mengancam! Aaahhhh... Demand lelebih pulak aku ni.

Tiga - Kalau ada label mesti lagi best kan Cik As, nampak lebih eksklusif gitu. Tapi menurut Cik As, label Tote Boutique dah lama tempah, cuma belum dapat je lagi... Takpe Cik As, maybe next time saya boleh dapat label Cik As tu :D

dah start dah isi apa-apa yang patut :)

tunjuk duit le konon...

yang merah tu buku derma darah aku

Apa-apa pun, aku memang tak menyesal menempah dengan Cik As kat Tote Boutique. Memang sejak pertama kali aku terserempak dengan blog Cik As ni, terus jatuh chenta dengan hasil kerja tangan Cik As. Kira macam love at first sight jugak le ni...

Untuk Cik As, keep up the good work! :D :D


Image Hosted by ImageShack.us

Saturday, June 26, 2010

Image Hosted by ImageShack.us


I'm still alive, thank God!

p/s: menaip sambil mendengar lagu thriller Michael Jackson sambil teringat video clip lagu itu, muahahahahaha!!!!

Monday, May 31, 2010

Oh Palestin...

Salam...

Nampaknya sekarang ni, aku percaya ramai di antara kita semua tengah sedih & marah & meluat dengan tindakan israel laknatullah menyerang Freedom Flotilla yang cuma membawa orang awam yang terdiri daripada aktivis dan orang awam daripada pelbagai NGO yang termasuk di dalamnya mereka dari pelbagai negara dan agama, yang membawa bekalan makanan, ubat-ubatan & yang seumpamanya untuk penduduk Palestin.

Israel tu dah memang jahat kan, jadi diorang takde terkesan apa2 pun bila diorang serang orang awam yang tak bersenjata. Diorang tu kat akhirat memang sah2 la rugi (memang neraka itu destinasi terbaik untuk israel laknatullah), kat dunia pulak mungkin diorang untung untuk short term je. Long term, pasti merekalah yang rugi serugi-ruginya...

Tapi, macam mana dengan kita2 yang mengaku beragama Islam ni? Apa yang kita dah sumbangkan untuk saudara kita di Palestin? Adakah kita pun nak jadi orang yang rugi macam si israel tu?





Ya Allah Ya Tuhanku, Kau selamatkanlah mereka. Kau kuatkanlah semangat mereka sepertimana Kau menguatkan semangat rakyat Palestin yang diberkati. Kau kuatkanlah juga iman & semangat kami supaya sentiasa istiqamah dalam usaha kami menentang israel. Juga jadikanlah kami hamba yang mampu melawan hawa nafsu keduniaan yang sentiasa ada dalam hati kami. Ya Allah Ya Tuhanku, sesungguhnya kami ini hamba yang sangat lemah imannya...




Image Hosted by ImageShack.us

Thursday, May 20, 2010

Yeay, menang!!!

Salam...

Dah berabuk2 dah blog ni. Bukan setakat berabuk, tapi bersawang2 jugak. Nak kena vacuum agaknya nih.

Tengah banyak benda yang sedang difikirkan dalam kepala ni, tak menyempat2 nak update blog (tapi blogwalking sempat la pulak, hehehe...).


**pause jap, ada keje yang maha penting sedang memanggil...**


Hmmm... Aku tak reti la nak berkias2, cakap berbunga2 ni, so straight to the point aje la ye - AKU MENANG CONTEST TENUNKAPAS!!!!

Yabedabedu!!!

Aku dapat tau aku menang tu Jumaat lepas lagi. But actually Aishah from Tenunkapas dah send email kat aku days earlier, cuma aku je yang lambat check email.

Apa dia ek yang aku dapat? Aku dapat shopping voucher worth RM250 (sponsored by Tenunkapas) & cupcakes worth RM50 (sponsored by Cikpuan Cuppies). Berbaloi2 I tell you... :)

Tengahari tadi, masa lunch time aku pi amik baju2 yang menjadi kesukaan keminatan aku serta cuppies di Tenunkapas yang bertempat di Sungai Merab, Bangi.

Sooooo... sekarang aku sedang berada dalam mood yang sangat2 happy (walaupun angin dalam perut masih tamau hilang). Cuppies ada 25 biji, of course aku & my significant other tak mampu nak abiskan skali hadap kan. Jadi, aku pun bagi la budak2 opis aku sorang sebijik. Apa orang kata tu? Sharing is caring? Kitorang berdua cuma amik beberapa bijik je, hehehehe...

Ni dia gambo cuppies yang aku dapat dari Cikpuan Cuppies.

cuppies kat dalam kotak...


comel kan cupcakes ni? :)

Aku mintak dua jenis: Choc moist with choc ganache topping & oreo filling; & choc moist with cream cheese topping & blueberry filling.

Dua2 pun sedap!!! Boleh order la lepas ni, kalau ada apa2 special occasion la kan.


Nak tengok ke baju apa yang aku pilih tadi? Kau pilih 4 helai blaus labuh & sepasang jubah mini. Ni la baju2 nye...

jubah mini kaler coklat...


blaus kaler purple...


blaus tanah cream bunga kaler turqouise...

blaus kaler pink...

blaus kaler biru...


Semua gambo baju2 ni aku amik dari website Tenunkapas. Segan le nak letak gambo sendiri jadi model baju, wehehehe...

Aku masih tersenyum sorang2 mengenangkan akhirnya aku menang jugak something :)

Terima kasih Tenunkapas & Cikpuan Cuppies!

Image Hosted by ImageShack.us

Friday, April 30, 2010

Sticky Post: Tenun Kapas' Share & Win Contest

Ini adalah sticky post. Sila scroll ke bawah untuk membaca entry terbaru ;)

Dah lama tak buat keje2 masuk contest ni, ni nak try balik, hehehe...
Kali ni contest by Tenun Kapas.
Sonang yo nak join... Baca kat bawah ni ek. Agak2 kurang nampak, right-click kat gambar, pastu pilih 'View Image' (macam la korang tatau kan, ahahaha!).


Sebenarnya, Tenun Kapas ni nak kata dekat dengan rumah aku, takde la sangat, tapi nak kata jauh pun tidak jugak. Tapi aku ter'discover' Tenun Kapas ni kat online dulu, pastu baru la aku tau rupa2nya takde la jauh mana dengan rumah & opis aku... Nampak sangat aku ni bukan kaki explore kan, hehehe... Tapi online aku suka la explore merata2 tempat :D :D

Penah jugak beli baju kat sini. Order online, pastu aku datang sendiri amik kat kedai (jimat kos pos ooo...). Banyak jugak baju2 yang menarik perhatian, kesukaan & keminatan aku kat Tenun Kapas ni, contohnya macam baju2 kat bawah ni:







blaus yang ni aku dah beli tahun lepas, sangat best!

Yang bestnya contest ni, kita boleh pilih 'pakej' hadiah yang kita suka, i like....

Oleh itu, kepada puan/cik admin Tenun Kapas, jika saya terpilih menjadi pemenang, saya teringin sangat nak 'pakej' yang no 3 tu, iaitu baucer tenun Kapas bernilai RM250 + 1 kotak cupcakes bernilai RM50 dari CikPuan Cuppies. Yummy!!!


Image Hosted by ImageShack.us

Bantulah Saudara Kita di Palestin. Boikot Israel!

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin