Showing posts with label Video. Show all posts
Showing posts with label Video. Show all posts

Tuesday, March 30, 2010

Kemalangan di BHPetrol Jalan Cheras

29 Mac, 2010 14:04 PM

Maut Apabila Dilanggar Ketika Sedang Mengisi Minyak


KUALA LUMPUR, 29 Mac (Bernama) -- Seorang lelaki tempatan yang sedang mengisi minyak keretanya maut apabila dilanggar sebuah kereta yang terbabas akibat satu kemalangan di sebuah stesen minyak di Jalan Cheras, Taman Midah dekat sini Ahad malam.


Pegawai Turus Siasatan dan Perundangan Trafik Kuala Lumpur DSP Abdullah Roning berkata mangsa, Mohd Yusri Abdul Wahab, 32, dibawa ke Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) dan disahkan meninggal dunia 2.15 pagi tadi akibat kecederaan parah di kepalanya.

Dalam kejadian yang berlaku kira-kira pukul 10.30 malam itu, mangsa baru sampai ke stesen minyak itu dan kemudian keluar untuk mengisi minyak keretanya jenis Proton Iswara.

"Sedang mangsa mengisi minyak, tiba-tiba datang sebuah kereta jenis Hyundai Getz yang merempuh mangsa dan mengakibatkan mangsa cedera parah di keseluruhan badannya."

"Siasatan awal mendapati Hyundai Getz yang dipandu seorang perempuan berusia 23 tahun itu terbabas setelah terlibat dengan sebuah kereta di jalan raya berhampiran stesen minyak itu namun hanya mengalami kecederaan ringan," katanya.

Polis sedang mengambil keterangan dari pemandu kereta jenis Hyundai Getz itu dan kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

-- Bernama




Innalillah...
Arwah mangsa maut di tempat yang tak disangka2...

Tapi memang g*****g sungguh lady driver tu. Ada yang claim that lady driver was DUI. Ada jugak terdengar/terbaca si pompuan tu konon2 nak mengelak a small accident right outside of the gas station (kat jalan besar tu), tup2 dia pulak menyebabkan accident kat tempat lain.

Sedih kan tengok tangan anak arwah menggapai2 (mungkin dia nampak ayah dia terbaring?) sambil dipegang oleh ibunya.

Apa2 pun, semoga roh arwah dicucuri rahmat dan semoga family arwah tabah dan sabar menghadapi dugaan yang menimpa...


Image Hosted by ImageShack.us

Friday, January 15, 2010

Pergi - Aizat (OST Talentime)

Sayu terpisah
Hikayat indah kini hanya tinggal sejarah
Berhembus angin rindu
Begitu nyamannya terhidu wangian kasihmu

Hujan lebat mencurah kini
Bagaikan tiada henti
Kaulah laguku kau irama terindah
Tak lagi kudengari

Kau pergi... pergi...

Sepi tanpa kata
Terdiam dan kaku tak daya kau kulupa
Apa pun kata mereka
Biarkan kenangan berbunga di ranting usia


Best pulak lagu ni.

Frankly, aku tak pernah dengar lagu ni except for the 'kau pergi...' part.

And to be more frank, 1st time aku dengar lagu ni secara penuh masa Anugerah Juara Lagu 2009 hari tu, hahaha!!! Menang pulak tu lagu ni. FYI, aku bukannya tengok betul2 AJL ni, tengok sambil buat keje kat laptop, pastu ada gak tukar2 ke channel2 lain.

In fact, citer Talentime tu pun aku tak penah tengok, sama ada kat wayang atau kat mana2 pun..

Tapi apa2 pun, memang sedih la lagu ni, macam ala2 meremang bulu roma pun ada gak. Berhantukah lagu ini???? Hmmm...

Yang ni lirik untuk english version plak.

I Go - Aizat

So long, fare thee well
The dancer and the dancing days have taken leave and fell
So turn down this bed of stone
Quench me with the deadly nightshade from the rose that you belong

The long December rain is falling now
Running down on streets to nowhere
Music is my life, you're my sweetest nightingale
But I can't hear it here no more

And I go...
I go...

Hush now, don't shake or break
Words have fallen silent like soldiers to the grave
No matter what they do or say
Lay me on the sleepy meadow by the tracks upon your face


Speaking of berhantu kan, baru terbaca pasal kejadian mistik (tak tau tahap kesahihannya) masa AJL aritu. Nak tau lebih lanjut, klik kat sini & kat sini ek.

Pastu lagi, untuk sesapa yang tengok secara live, tak kisah la kat stadium ke, kat tv ke... adakah anda perasan beberapa secret signs bagi persatuan elit (Freemason & Illuminati) yang tengah mengawal ekonomi dunia & minda kita sekarang ni? Contohnya, lambang the all-seeing eye kat logo kumpulan Search tu (yang ni memang aku perasan sebab obvious sangat). Nak tau yang lain2, boleh klik kat sini & kat sini pulak.

Tak tau apa itu Freemason & Illuminati? Korang boleh baca kat dua link terakhir yang aku bagi kat perenggan kat atas tu. Pastu try jugak search for The Arrivals kat youtube. Tak salah aku ada berpuluh siri The Arrivals.

Buka minda... Baca... Tonton... Pastu korang fikir & nilaikan sendiri...

Wallahua'lam.


Image Hosted by ImageShack.us

Sunday, January 3, 2010

Entry video versi miau miau...




Image Hosted by ImageShack.us

Sunday, December 27, 2009

Entry video versi Adhwa' Adib




Image Hosted by ImageShack.us

Bantulah Saudara Kita di Palestin. Boikot Israel!

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin