Showing posts with label Jahat. Show all posts
Showing posts with label Jahat. Show all posts

Monday, May 31, 2010

Oh Palestin...

Salam...

Nampaknya sekarang ni, aku percaya ramai di antara kita semua tengah sedih & marah & meluat dengan tindakan israel laknatullah menyerang Freedom Flotilla yang cuma membawa orang awam yang terdiri daripada aktivis dan orang awam daripada pelbagai NGO yang termasuk di dalamnya mereka dari pelbagai negara dan agama, yang membawa bekalan makanan, ubat-ubatan & yang seumpamanya untuk penduduk Palestin.

Israel tu dah memang jahat kan, jadi diorang takde terkesan apa2 pun bila diorang serang orang awam yang tak bersenjata. Diorang tu kat akhirat memang sah2 la rugi (memang neraka itu destinasi terbaik untuk israel laknatullah), kat dunia pulak mungkin diorang untung untuk short term je. Long term, pasti merekalah yang rugi serugi-ruginya...

Tapi, macam mana dengan kita2 yang mengaku beragama Islam ni? Apa yang kita dah sumbangkan untuk saudara kita di Palestin? Adakah kita pun nak jadi orang yang rugi macam si israel tu?





Ya Allah Ya Tuhanku, Kau selamatkanlah mereka. Kau kuatkanlah semangat mereka sepertimana Kau menguatkan semangat rakyat Palestin yang diberkati. Kau kuatkanlah juga iman & semangat kami supaya sentiasa istiqamah dalam usaha kami menentang israel. Juga jadikanlah kami hamba yang mampu melawan hawa nafsu keduniaan yang sentiasa ada dalam hati kami. Ya Allah Ya Tuhanku, sesungguhnya kami ini hamba yang sangat lemah imannya...




Image Hosted by ImageShack.us

Monday, January 18, 2010

SMS terbodoh dari orang yang paling bodoh

Pagi ni aku dapat satu SMS dari 013-4867463 (sorry, aku memang sengaja nak tayang beso2 no dia kat semua orang yang terbaca entry ni) yang berbunyi:

'Sepi? Masa terhad shj. Nikmatilah video kejadian perhubungan pasangan yg aneh & hebat kawan saya semalam. Taip ON SIA htr msg ke 32688.'

Bodoh kan SMS tu?

Orang cakap jangan layan, buat bodoh je kat SMS ngarut camni. Memang aku buat bodoh je, tapi sebelum tu, aku kasi reply la sekali, hehehe...

'Wahai encik agen freemason-illuminati (Tah2 dia ni tak tau pun apa benda alah ni, haha! Biar dia study sikit, daripada dok menipu orang suruh tengok benda2 lucah kan), btaubat la. Dunia dh nk kiamat, msh xsedar2 lg? Aku dpt sms mcm ni lg, awas!! Buat report polis la jwbnya! Faham?!'



Image Hosted by ImageShack.us

Wednesday, October 14, 2009

Flag this blog please!!!

I've been very busy for a while... And still very busy at the moment :)

Cuma nak minta tolong rakan2 & sesiapa yang come across this entry to flag this blog --> http://nurrabecca.blogspot.com/.


Kenapa kena flag blog ni?

Sebab tuanpunya blog ni (yang in my opinion is a very mereng person) was stealing somebody else's daughter's picture to participate in an online contest. Dah tu, menang pulak tuh!!!

Orang mereng ni got ('stole' is more appropriate) the picture from this mama blogger. Click here to read about her disappointments, frustrations & anger about this incident. Pity her... :(

Geram je bila baca, grrrr..... Really unethical!

This is a lesson learnt for me as well as for all of you out there - please, please, pleaaaaase watermark all your posted pictures in your blog.

Huhuhu, sedih, sedih! Selama ni aku tak pernah terfikir nak watermark gambo2 aku, tapi lepas ni kena beringat selalu...

p/s: Untuk ibu kepada nur rabeca (wujud ke ko ni sebenonya haaaa?), kan dah free2 kena maki dgn blogger2 lain. Isk isk isk...

p/s/s: Untuk kawan2 yang menunggu resipi puding aritu, nanti la aku update ek. Ala... Bukan resipi aku pun, tapi resipi mudah yang aku dapat dari internet :)


Image Hosted by ImageShack.us

Bantulah Saudara Kita di Palestin. Boikot Israel!

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin