Rasa macam dah lama tak update blog, hehehe...Tapi takde la lama sangat kan?
Anyway, lepas office hour petang tadi aku pi makan kat Kenny Rogers kat Metro Point, Kajang dengan my significant other. Dah lama gila tak makan kat Kenny Rogers. Last hari tu makan kat Jusco Taman Equine.Tu pun rasanya awal tahun lepas atau akhir tahun 2008, ntah tak ingat lak. Yang membuatkan kitorang tergerak nak gi makan kat situ sebabnya hari ni Roasters Eating Day!!!
Apekebende Roasters Eating Day ni? On this day (and on this day only!!) kita boleh beli satu set quarter chicken meal tu, pastu dapat 1 set lagi for free! Syaratnya kena la pakai baju merah ke, tudung merah ke, kasut merah ke, bawak beg merah ke, apa2 la yang ada unsur merah...
So tadi aku pun pakai la tudung merah... order la 2 set, pastu order air. Tak salah aku, kalau makan 2 orang, harga biasa dalam RM40 lebih sket, tapi tadi sume skali RM29.80 je, jimat la dalam RM10+, ok la tu kan?
Ramai betul orang berbaju merah tadi, macam nak hampir2 sama dah dengan staf kat situ. Siap ada satu family tu, sume pakai baju merah, daripada bapak, mak, sampai la ke anak2, hehehe... Macam kitorang, aku je yang ada unsur merah. My significant other pakai pakaian biasa dia je...
Lagi satu aku perasan, kedai2 lain kat dalam Metro Point tu nampak macam tak meriah je. Mana taknya, sume orang bertumpu kat Kenny Rogers je :) Kat depan restoran ramai jugak la yang tengah queue tunggu meja kosong. Kitorang ni nasib baik je. Kalau lambat 5 minit, alamatnya kitorang pun kena beratur panjang macam orang2 tu...
So apa lagi, gi la Kenny Rogers cepat2 wei!!!
Eh, silap lak... By the time this entry is published, the kedai is nearing its closing time oredi, wehehehe...
Well...Maybe next time kot...
Showing posts with label Jalan-jalan cari makan. Show all posts
Showing posts with label Jalan-jalan cari makan. Show all posts
Wednesday, January 13, 2010
~ R.E.D ~
teh o limau suam best
al-qamar
pada
9:51 PM
~ R.E.D ~
2010-01-13T21:51:00+08:00
al-qamar
Jalan-jalan cari makan|
Comments
Labels:
Jalan-jalan cari makan
Friday, October 2, 2009
Openhouse hujung minggu ni
Tak, tak... Bukan aku yang nak buat openhouse. Aku cuma nak cakap pasal jemputan openhouse yang aku terima untuk hujung minggu ni je, hihi!
Aku ada 4 jemputan openhouse & 1 jemputan potluck, sampai tak tau boleh gi semua ke tak.
Ye la, majoriti openhouse buat time lunch sampai petang. Kalau serentak, takleh nak gi semua la kan, huhuhu...
Last2, lepas dah dipikir2, ditimbang2, diejas2, cuma dapat gi yang potluck tu & 2 openhouse je. Potluck tu kat Shah Alam. Dua bijik openhouse tu pulak kat Batu 6 Bangi & Salak Tinggi.
Lagi pulak hari Ahad ni aku kena keje la pulak (aku sendiri yang pilih nak on duty wiken ni, padan muko!!!), tu pun salah satu sebab kenapa takleh nak gi semua.
Apa aku nak bawak untuk potluck nanti? Memula dah pikir nak bawak kuah lontong, tapi disebabkan tuan rumah kata ada ada beberapa orang yang nak bawak makanan berat, so aku tukar la nak bawak rich chocolate pudding je, hehehe! Senang keje aku...
Lepas Isyak jap lagi, nak mulakan operasi nak buat puding.
p/s: Sedih aku baca blog kawan aku pasal dia takde jemputan ke openhose hujung minggu ni. Sabo je la, mana la tau tetibe ada orang jemput ko last minit ke. Takpun tetibe wiken depan ko dapat byk jemputan sampai tak cukup masa, tangan, kaki & perut nak gi ke kan :)

Acara,
Jalan-jalan cari makan
Thursday, August 20, 2009
Restoran Haji Hassan (Ayam Kampung)
Best jugak kedai ni. Sesiapa yang tak pernah try, sila le cuba ke restoran ni ek. Letaknya kat Seksyen 7 Bandar Baru Bangi.
Masa kitorang pi tu, kitorang makan lauk2 simple je. Mula2 ingat mesti mahal, tapi bila dah bayar, harganya tersangatlah berpatutan... Lepas2 puasa & raya nanti, boleh gi makan kat sini lagi :D
Bulan puasa tak kuasa nak makan kat luar, ramai sangat orang. Makan kat rumah boleh lepak2. Lagipun tak elok musim2 H1N1 ni kita asyik keluar tanpa alasan kukuh, baik dok rumah je.
Penuh orang kat kedai ni. Lauk boleh tahan, banyak gak choice. Pastu ada laksa lemak kelantan, laksa penang & nasi kerabu, nyam nyam...

Kayu2 gitu...
Labels:
Jalan-jalan cari makan
Wednesday, August 19, 2009
Semangat tul!
Aku dah dapat biskut raya!!!
Gila betul! Dah le puasa pun belum lagi, tapi biskut raya dah ready tu...
Bukan apa, sebenarnya malas nak bersusah2 cari biskut raya time bulan puasa nanti. Tu yang cepat2 cari tu... Lagipun, bulan puasa ni, boleh la concentrate kat mana2 tempat yang lebih penting.
Hehehe!
Tapi yang bestnya, biskut 3 jenis yang aku beli ni, semuanya sedap2. Rasanya lain dari biskut2 yang kita biasa jumpa time raya. Kat bawah ni aku tepek gambo biskut2 raya yang aku baru self-pickup tadi.
Lagipun kerepek 2-3 jenis pun aku dah beli kat Sg Buah. Kenapa beli kerepek awal2? So boleh rasa mana yang best, pastu boleh la beli lagi sekali sebagai buah tangan masa balik kampung nanti...
p/s: To see what other cookies which are sold by puan penjual biskut raya, hesitate no more & please click here :D
p/s/s: Masz, dah promote ada komisen tak? Hehehe, acah je...

Khas untuk peminat kuih tat (macam aku), memang terangkat rasa blueberry tart ni. First time beli dah jatuh chenta...
Almond slice ni pun sedap gak, especially kalau makan kat depan TV. Punya la tak sabar2 nak rasa, tak sempat sampai rumah dah bukak satu botol dalam kete :p
Sikit ke biskut yang aku beli? Memang malas nak beli banyak2 sebab kalau ikut pengalaman, mesti biskut2 yang banyak tu boleh makan sampai raya haji, hihi!Self-pickup kat rumah puan penjual biskut raya. Ada beberapa biskut lagi yang aku test tadi, semuanya sedap2. Antaranya chocolate heaven (what to say? I AM A CHOCOLATE LOVER!), gajus turkish & mexico brownies (rupa dia macam jemput2 ikan bilis, tapi cedapppp...). Tak terbeli la pulak tadi yang dah test2 tu, tapi insyaAllah akan beli gak nanti (kalau ada rezeki...).
Lagipun kerepek 2-3 jenis pun aku dah beli kat Sg Buah. Kenapa beli kerepek awal2? So boleh rasa mana yang best, pastu boleh la beli lagi sekali sebagai buah tangan masa balik kampung nanti...
p/s: To see what other cookies which are sold by puan penjual biskut raya, hesitate no more & please click here :D
p/s/s: Masz, dah promote ada komisen tak? Hehehe, acah je...
Labels:
Jalan-jalan cari makan,
my simple life
Friday, July 10, 2009
Nasi Ayam Mancongkam
Last Saturday, gi ke KTM KL hantar motor untuk adik ipar yang bongsu kat JB. Lepas hantar motor tu, tah cemana, jalan punya jalan punya jalan punya jalan, sampai le ke Gombak. Dah sampai kat Gombak, ada la orang tu ajak pi makan nasi ayam. Oke gak tu, memandangkan masa tu pun dah tengahari & perut pun dah shuffling, hehehe...
Aku pun tatau Nasi Ayam Mancongkam tu kat jalan apa, tapi satu jalan la dengan Pasar Besar Gombak. Punya la ramai manusia kat situ. Beza betul dengan kedai mamak kat sebelah - kosoooong je....
Aku order nasi ayam garing, adik ipar pun sama, my significant other order nasi goreng hailam ayam garing.
Personally, aku lebih suka nasi ayam kat Doli. Nasi ayam kat Mancongkam ni biasa je aku rasa, tak cukup mancongkam, tapi ayam garing dia best gilerrr!!! Siap ada kulit ayam goreng garing2 tuhhh.... best, tapi kurang sihat, hehehe...
Nasi goreng hailam dia pulak, biasa2 je, macam nasi goreng biasa (tapi aku rasa nasi goreng bodo yang aku buat sendiri lagi sedap).
Sos yang bersekali dengan nasi ayam adalah sangat tidak pedas, siap kena mintak cili potong pulak kalau nak rasa pedas.
Apa2 pun, harga makanan kat situ memang sangat berpatutan.
Labels:
Jalan-jalan cari makan
Monday, June 1, 2009
Kuey Teow Goreng Doli
Aku tak tau apasal aku tak buat posting ni awal2 dulu. Masa pi Doli ni time PRK P059 Bukit Gantang hari tu. Takpe la, sekarang aku cerita.
Kuey Teow Goreng Doli ni memang fofular & feymes kat Taiping ni. Kalau siapa2 ke Taiping, kena makan sekurang2nya sekali kat sini. Lokasi Kuey Teow Goreng Doli ni betul2 berhadapan dengan Pusat Kesihatan Taiping.
Aku memang teringin sangat nak makan kat Doli ni sejak my significant other dok kata kuey teow dia sedap. Menurut kata my MIL, Doli ni dah start wujud sejak my MIL belum kahwin pun lagi dengan my FIL (bujang trangtangtang lagi...). Lama betul bisnes Doli ni rupanya. Bermula dengan gerai kecik, sampai la ni, gerai tu dah ditransformasikan kepada kedai berhawa dingin, bermeja marmar. Fuiyoooo!!!
Killer menu kat sini of course la kuey teow goreng dia. Yang power tu sebab diorang tak goreng guna dapur gas biasa, tapi guna dapur arang, tu yang sedap sehingga menjilat pinggan tu...
Nasi ayam Doli pun best gak. Nasi dia lekit2 sikit, lepas tu sambal dia manis2 sikit, sambal kicap dia pedasss, ayam dia lembut. Sup dia pun ok gak la, berasa. Semua2 tu memang masuk sangat rasanya!!!
Mee rebus dia so so je. Aku pernah rasa mee rebus yang lagi sedap, iaitu Mee Rebus Haji Wahid kat JB, hehehe. Rindunya nak makan lagi...
Masa gi tu, aku gi dengan my significant other (of course la kan), my PIL, my SIL & my nephew yang sangat tak reti duduk diam (hahaha!!!). Kitorang semua bersempit2an dalam Kelisa comelku. Masa tu baru la terasa macam nak beli kereta baru yang besar sikit, hihi...
Sampai2 je kat situ, mak aiiii!!! Ramai gila manusia. Ni mesti penangan PRK Bukit Gantang yang happening tu. Nasib baik la ada gak satu dua meja yang vacant, so cepat2 la kitorang duduk sebelum orang lain duduk, hehehe...
Aku order nasi ayam, my significant other & my MIL order kuey teow goreng, my FIL order mee rebus & my SIL order kuey teow goreng special. Kuey teow goreng special berbeza dengan kuey teow goreng biasa dari segi portion of the meal. Makna kata, kerang, udang & telur pun lebih la, nyam nyam!!!
Nanti bila Mak & Ayah datang Taiping, kitorang bawak pi makan kat Doli ek. Rugi kalau tak pi...
p/s: Nak baca lebih lanjut tentang Kuey Teow Goreng Doli, bolehlah baca kat sini.

Monday, April 13, 2009
Mee Banjir Udang Mak Teh
Korang tau tak Mak Teh dan warung mee udangnya dah tiga (3) kali masuk tv?
Sekali masuk Majalah 3 (TV3).
Sekali masuk Warung Kita (Astro Prima).
Sekali masuk Talian Hayat (NTV7).
Pastu dah berkali2 beredar dalam kitaran email kita, sure ada yang penah dapat email pasal warung mee udang kat Kuala Sepetang kan?
Hah!!! Tak glamer tu namanya? Mestilah glamer you.....
Aku rasa amat bertuah dapat makan kat warung Mee Banjir Udang Mak Teh baru2 ni, hehehe... Memang dah berhajat dah, balik Taiping masa PRK tu nak pi makan kat situ. Tertunai jua akhirnya.
Kitorang pi situ konvoi dua biji kereta. Along the way tu, cuci2 mata la tengok bendera2, banner, dsb oleh parti2 politik yang bertanding di sepanjang jalan ke pekan Kuala Sepetang.
Sebenarnya kan, warung Mak Teh ni bukanlah betul2 dalam pekan Kuala Sepetang, tapi sebelum sampai ke pekan lagi. Sebelum jumpa warung Mak Teh, akan jumpa beberapa lagi warung mee udang kat jalan yang sama. Tapi yang lain ramai gila orang mestilah kat warung Mak Teh! Memang tak ingat punya ramai la, sampai traffic jam la bila dah dekat2 nak tiba dengan warung Mak Teh tu. Mula2 kitorang semua tak tau kenapa la tiba2 boleh jem sampai kereta tak bergerak, rupa2nya, kiri kanan jalan kat area warung Mak Teh tu penuh dengan kereta yang tengah parking.
Masa sampai tu, hujan renyai2, pastu ada budak2 kecik seramai 3 orang dalam konvoi kitorang. So si jejaka2 tampan dalam family kitorang pun pi la berlari2 anak mencari meja kosong sementara wanita2 ayu menunggu dalam kereta. Meja dah dapat book, my significant other pun call aku suruh panggil yang lain2 & datang ke meja cepat2.
Ramai gila orang, adehhh!!! Kitorang 'terpaksa' order mee udang yang harganya RM10/pinggan sebab yang RM6/sepinggan dah takde stok untuk hari tu. Yang RM12/pinggan pun ada gak, tapi yang RM10 tu pun oke la kot, hikhikhik!
Orang ramai tengah beratur - ada yang baru nak order, ada yang dah nak bayar. Apa2 pun, brader yang tengah makan tu memang oblivious terhadap persekitarannya :D
Tapi disebabkan orang yang teramatlah ramai, makanan memang sampai lambat gila. Kesian kat budak2 la sebab budak2 mana boleh dok diam kan, bosan la gitu. Terpaksa la mak pak diorang bawa pi jalan2 keliling tempat tu (masa ni hujan renyai2 dah stop).
Order sampai, semua orang makan dengan khusyuk. Mee udang RM10 ni ada 10 ekor udang semuanya. Makan udang sampai muak2 dibuatnya. Untuk aku & my significant other, rasa mee udang Mak Teh ni agak sedap. Tapi ada juga yang kata mee udang Mak Teh ni rasanya biasa2 aje. Sedap2 tak sedap ni ikut tekak masing2 kan... Untuk aku, aku bagi 8.5/10, hihi...
Kitorang ni adalah manusia yang berkulit agak tebal. Selamba je mintak beg plastik sebab nak isi udang2 yang kitorang tak larat nak makan, hahahahaha!!! Lantak la orang nak tengok ke apa ke, yang penting kitorang taknak membazir. Udang2 tu kitorang bungkus elok2 pastu bawak balik rumah, then MIL aku buat mee udang version dia lak. Sedap jugak, nyum nyum!!!
Adik perempuanku dah sampai warung Mee Banjir Udang Mak Teh ni lagi awal dari aku, bulan Mac lepas masa dia ada trip bawa student untuk field trip ke Taiping/Kuala Sepetang. Adik aku sempat rasa yang RM6/pinggan, ada 13 ekor udang semuanya.
Menurut adikku ni, orang local tak makan sangat kat warung Mak Teh, tapi diorang lebih suka makan kat satu warung mee udang betul2 dalam pekan Kuala Sepetang, tak ingat lak nama dia. Pastu dia & kawan2nya beli udang fresh kat pekan untuk dibawa balik ke Jengka (adik aku kerja kat Jengka). Sesampai je kat Jengka, udang tu tak busuk langsung, warna pun merah, bukan kelabu macam udang yang kita biasa jumpa tu.
Menurut adik aku lagi, masa dia pi dulu pun, ramai customer kat warung Mak Teh, tapi takde la sampai jalan jem. Teori aku, PRK P059 Bukit Gantang telah membawa banyak manusia ke kawasan tu.
Rezeki Mak Teh anak beranak melimpah-ruah agaknya hari2 sebelum PRK tu kan.
Alamak panjangnya cerita. Macam karangan sekolah la pulak...
Labels:
Jalan-jalan cari makan
Sunday, March 29, 2009
Warung Otak2 Che Wan
Kitorang ke Kemaman untuk lunch. Sambil2 tu, cari sikit buah tangan untuk dibawa balik & membeli pesanan Kak Long yang sedang mengidam, hehehe...
Kat Kemaman, kitorang makan di Warung Otak2 Che Wan kat Pantai Teluk Mok Nik (a.k.a. D'Monica Bay, wakaka!). Nak tau tempat, korang tengok dalam Wikimapia ek, ada bertanda 'the best sata in the world', haaa... Yang tu lah dia warung ni... Punyalah ramainya orang.
Apa ye yang di order? Mestilah sata! Sebagai tambahan, kitorang order jugak otak2, pais ikan & sotong celup tepung. Yang best kat sini, korang order la berapa banyak pun, tapi apa yang kita tak makan, diorang tak kira, wahh!!

Yeaahhhh... inilah dia kedainya, silalah menyinggah jika ke Kemaman ye.
Otak2 kat Pantai Timur ni lain sikit, tak macam otak2 dari Johor. Yang kitorang makan kat Kemaman ni, otak2nya rupanya isi ikan yang dihiris cantik kemudian disalut dengan rempah2 otak2 yang sedap tu, pastu dibungkus dalam daun, pastu dibakar.
Selesai memenuhkan perut, haruslah menapau untuk oranag2 kat rumah kan, kang kata kita tak ingat orang belakang lak, hehehe... Owh, kat warung ni jugak ada jual pulut panggang yang sedap, at least untuk tekak aku & my significant other.
Pastu kitorang membeli belah jap kat kedai2 yang berdekatan dengan Warung Che Wan.
Pastu kitorang gi jenguk2 pantai kat situ. Ronda punya ronda, akhirnya kitorang plan nak berenti jap kat pantai yang berdekatan dengan bangunan INTAN sebab area situ banyak pokok, redup...

Jalan-jalan,
Jalan-jalan cari makan
Subscribe to:
Posts (Atom)