Friday, December 19, 2008

Kuantan Hatyai Pantai Timur???

Wednesday, December 17, 2008

Bongkar: Kuantan Hatyai Pantai Timur, Kegiatan Seks Dan Pelacuran Pelajar IPT Semakin Parah !!

KUANTAN - Pihak Jabatan Agama Islam Pahang dan Kerajaan Negeri menerusi exco Agama diminta untuk memantau beberapa buah hotel yang dikatakan menjadi lokasi kegiatan maksiatdi bandar itu. Ada sumber mengatakan kegiatan "seks terlarang" kini semakin menular di Kuantan setelah wujudnya banyak kolej-kolej swasta di sana. Laporan ada mengatakan, ramai pemimpin politik, orang kenamaan dan VVIP yang kini gemar melanggan para pelajar IPT terbabit. Ada yang dilanggan secara bulanan ada juga yang dilanggan secara harian. Mereka yang terlibat ini adalah terdiri dari kalangan anak-anak gadis orang Melayu yang beragama Islam. Mereka datang dari seluruh negara dan membawa budaya baru kepada .......

untuk baca lebih lanjut, sila klik di http://pahangdaily.blogspot.com/2008/12/bongkar-kuantan-hatyai-pantai-timur.html.


p/s: apa nak jadi dengan anak bangsaku kini??? dah tu, kat kampungku terchenta lak tu. huhuhu sedih la...

Thursday, December 18, 2008

makan time

dah lama tak makan yong tau foo, dah setahun lebih jugak la... at last petang tadi beli jugak yong tau foo kat pasar malam. kakak yang jual yong tau foo tu kat merata2 pasar malam dia ada, tapi kat area kitorang je la... kitorang pun suka jugak bertukar2 pasar malam, saje nak tukar angin... kakak tu pun pasan kitorang, sampai la satu hari tu dia tegur kitorang "jauh berjalan...". hehehe, sengih je la... setiap kali gi pasar malam, setiap kali tu la terserempak dengan kakak tu, tapi kitorang tak penah beli pun kat dia.

tadi beli yong tau foo kat kakak tu (at last!!!), macam mahal lak regenye - RM13.60. hmmm... ke memang standard rege tu? tah la, tatau nak kata sebab aku dah lama gile tak amik tau rege yong tau foo ni. dalam plastik nampak macam sikit, tapi bila dah masukkan dalam mangkuk, banyak rupanya...

mahal2 pun (at least for me), ramai gak customer dia. rupa2nya kuah dia sedap... superb! marbeless!! mamma mia!!!

aksesori yong tau foo
(ni separuh dah di transfer masuk dalam mangkuk, so nampak macam sikit)


lepas letak kuah, yummm!

ni kira dinner kitorang untuk malam ni la ni...

mencantikkan blog ku...

hari ni, disebabkan kekurangan kerja untuk disetelkan (sapa nak jadi buhsan gile macam aku, silakanlah menjelirkan lidah anda & menjadi jeles, otherwise jangan jeles oke...), aku pun mula la menggode layout blog aku, tengok kot2 ada page element yang aku boleh tukar/tambah/buang.

the latest page element yang aku baru tambah a few days ago adalah paparan waktu solat yang aku dapat dari www.islamicfinder.com. pun begitu, aku kurang paham dengan pelbagai prayer times calculation methods yang ada kat situ, so aku pun mula la search mana lagi aku boleh dapatkan paparan waktu solat untuk blog ku yang terchenta ni... aku jumpa kat website JAKIM, kat al-azim .com & kat waktusolat.net.

haaa.. yang tiga2 ni sume lagi ok daripada yang islamicfinder tu sebabnya sume ni tempatan punya. pastu aku pasan, ada perbezaan waktu solat di antara keempat2 islamicfinder, JAKIM, al-azim.com & waktusolat.net. tak caya? meh aku paste sket contoh jadual solat untuk kita bandingkan bersama...

waktu solat @ islamicfinder.com
(tengok yang kl nye)


waktu solat @ JAKIM


waktu solat @ al-azim.com


waktu solat @ waktusolat.net

kat atas tu sume waktu solat untuk hari ini, 18 Disember 2008 bersamaan 20 Zulhijjah 1429. kan ada beza waktu2 tu... so yang mana yang lebih tepat? aku pun tatau sbb aku bukan ahli falak hehehe... aku ikut yang JAKIM aje la sebab JAKIM tu kan gomen, so mesti (& sepatutnya) diorang dah consult dengan ahli falak seluruh mesia ni untuk tentukan waktu solat kan? kalau tak betul jugak, sendiri mau ingat la...

eh jap! tapi kan, kat website Persatuan Falak Syari Malaysia (PFSM), waktu solat yang diorang gunakan sama macam al-azim la. apsal tak sama dengan JAKIM punya ekk? hmm... kaedah pengiraan berbeza2 ni. tengok kat bawah ni pulak.


dari website PFSM

takpela... guna la yang mana2 pun. kalau taknak was2, make sure dah masuk waktu betul2, baru solat hehehe...

Tuesday, December 16, 2008

The Laws of Ultimate Reality

dapat ni kat dalam email. pasti majoriti manusia dalam dunia ni penah mengalami benda2 ni (i sure have!)

1. Law of Mechanical Repair
After your hands become coated with grease, your nose will begin to itch and you'll have to pee.

**penah kena - masa tu dah pakai cleanroom garment bagai, pastu macam2 la tempat kat badan ni yang mula rasa gatal, tapi takleh nak garu huhu...

2. Law of Gravity
Any tool, when dropped, will roll to the least accessible corner.

**penah kena - pen ke syiling ke biasanya kalau jatuh, mesti la nak tergolek masuk celah2 meja la, celah2 katil la...

3. Law of Probability
The probability of being watched is directly proportional to the stupidity of your act.

**penah kena tapi jarang2 (sebbaik...) - barang terjatuh, badan terjatuh kat tempai ramai orang, adehhh!!!

4. Law of Random Numbers
If you dial a wrong number, you never get a busy signal and someone always answers.

**penah kena - tapi kadang2 tu takde orang angkat pung (alhamdulillah...)

5. Law of the Alibi
If you tell the boss you were late for work because you had a flat tire, the very next morning you will have a flat tire.

**penah kena - kesimpulannya, jangan menipu! nanti betul2 kena...

6. Variation Law
If you change lines (or traffic lanes), the one you were in will always move faster than the one you are in now (works every time).

**slalu sangat kena - kesimpulannya, jangan dok gatai2 pi tukaq lane...

7. Law of the Bath
When the body is fully immersed in water, the telephone rings.

**penah kena - tapi jarang2

8. Law of Close Encounters
The probability of meeting someone you know increases dramatically when you are with someone you don't want to be seen with.

**penah kena - masa tu jalan2 dengan my significant other (time tu blom ada ikatan sah lagi, hehe...), terserempak pulak dengan si pembawa berita sensasi... adehhh!!!

9.Law of the Result
When you try to prove to someone that a machine won't work, it will.

**yang ni alhamdulliah blom penah kena lagi

10. Law of Biomechanics
The severity of the itch is inversely proportional to the reach.

**penah kena - gatal dalam lubang tinge yang paling dalam, cemana nak garu ek???

11. Law of the Theater
At any event, the people whose seats are furthest from the aisle arrive last.

**penah kena - tapi slalunya aku la orang yang sampai lambat tu, ngehehe...

12. The Starbucks Law
As soon as you sit down to a cup of hot coffee, your boss will ask you to do something which will last until the coffee is cold.

**penah kena - ni bila dapat bos yang jarang minum pagi, dia pedulik hapa orang lain nak minum ke tak.

13. Murphy's Law of Lockers
If there are only two people in a locker room, they will have adjacent lockers.

**yang ni tak penah kena sebab tak penah ada locker hehe, tapi situasi camni macam biasa je tengok dalam citer omputih kan...

14. Law of Physical Surfaces
The chances of an open-faced jelly sandwich landing face down on a floor covering are directly correlated to the newness and cost of the carpet/rug.

**yang ni tak penah kena sebab jarang makan atas kapet hahaha!

15. Law of Logical Argument
Anything is possible if you don't know what you are talking about.

**penah kena n penah buat - membebel je sampai tak tatau ke mana arah lagi dah...

16. Brown's Law of Physical Appearance
If the shoe fits, it's ugly.

**penah kena - tapi aku tak kisah sebab aku mementingkan comfort lebih daripada rupa.

17. Wilson's Law of Commercial Marketing Strategy
As soon as you find a product that you really like, they will stop making it.

**yang ni tak ingat penah kena ke tak, tapi ada contoh. contohnya, ada la sorang hamba Allah ni dah timbang2 nak beli kelisa kereta yang kiut lagi save minyak, masa tu la perodua announce kata kelisa takkan di manufacture lagi lepas tu...

18. Doctors' Law
If you don't feel well, make an appointment to go to the doctor, by the time you get there you'll feel better. Don't make an appointment and you'll stay sick.

**penah kena - sampai risau takut tuan lokter ingat aku ni buat2 sakit semata2 nak dapatkan mc, uwaaa!!!

Sunday, December 14, 2008

balik tepeng part 2


hari ahad (6/12/08), my significant other n i went to bukit larut a.k.a. maxwell hill. aku memang tak penah naik bukit larut ni, tapi yang lagi best, my significant other yang memang family nya menetap kat taiping pun tak penah pi, hehehe...

kitorang kuar umah lebih kurang jam 9 pagi. the journey from his parents' home to the foot of the hill (betul ke frasa ni foot of the hill ni? belasah je la...) only took about 20 minutes. see what i mean when i said i'm shocked about his nonexistent trip to bukit larut in his whole life before this??? sampai2 je kat situ, ramainya orang yang nak hike naik ke atas... kitorang ni bukan kaki hike (macam kureng je stamina), so terus la gi ke kaunter jual tiket, dengan harapan ada la trip dalam masa terdekat. incik kat kaunter tu bagitau, tiket yang paling cepat jam 2 petang nanti. sebelum jam 2 dah full sebab maklumla, musim cuti skolah... kitorang tanya incik tu, kalau ujan kul 2 nanti cemana dengan trip naik ke atas? dia kata, trip tetap akan diteruskan (aku macam ala2 seriau lak masa dia cakap ni). so sementara nak menunggu 2 petang, aku mintak my significant other bawak gi ronda2 kat taman tasik tepeng. aku memang suka scenenery kat situ, especially the trees along the road kat tepi tasik tu.

penjara tepeng yang berumur hampir 130 tahun


pokok2 cun


ramai orang benti untuk amik gambar & jalan2


tasik di sebalik pokok

pastu agak2 dah tatau nak buat apa, kitorang pun balik umah... sempat tido setengah jam, pastu lunch, baru kuar balik dalam 1.15 petang. naik landrover yang drebarnya sangat banyak cerita, seronok kitorang mendengar. pakcik landrover ni cakap, ada 93 corners along the road sehingga ke atas. memang curam gile la jalan naik atas (nama pun kat bukit...). aku tak dapat nak bayangkan cemana orang2 yang hiking tu dok memanjat bukit ni week after week. pakcik landrover cakap hikers tu memang orang yang dah biasa. ada satu group of hikers ni, namanya geng watermelon. kitorang tanya la kenapa. pakcik landrover cakap, jap lagi kita jumpa dengan group tu, nanti tau la kenapa namanya geng watermelon. selepas satu selekoh, terjumpa satu geng manusia ni tengah duduk sembang kat meja2 rehat yang ada tepi jalan tu. kat atas meja, penuh dengan watermelon yang dah siap potong. rupa2nya, diorang isi watermelons dalam knapsack memasing, sampai kat tempat biasa, diorang pun potong watermelon tu, pastu makan ramai2 la sambil borak2. hehehe, interesting sungguh! banyak lagi cerita pakcik landrover ni, antaranya kenapa jalan ke atas ni bengkang bengkok, kenapa omputih dok kat maxwell hill (selain alasan diorang nakkan tempat sejuk), kenapa dia tak glamer macam drebar F1, etc... on the way naik, selain daripada kumpulan hikers yang nampak macam dah biasa, ada gak terserempak dengan 3 orang budak laki (nampak macam sekolah lagi) pun tengah jalan ke atas. wahh... larat betul adik2 tu.

sejarah bukit larut (klik kat gambar untuk baca sejarah)


landrover yang kitorang naik

sampai kat atas, kitorang turun & jalan sendiri ke atas. kunun2nya nak tengok bunga tulips, tapi pakcik landrover kata la ni bukan musim ada bunga tulips kat atas sebab anak benih baru sampai. katanya kalau nak tengok tulips, datang time bulan 2 atau 3. huhuhu, sedih aku... nak jalan kaki ke cendana cafe (supposedly kat situ ada greenhouse yang ada tulips) punya la letih, padahal takde la jauh mana pun. nampak sangat kitorang ni dah lama tak exercise hahaha! kat cendana cafe tu, kitorang order air untuk hilangkan haus. after about 10 minutes, adik2 yang kitorang nampak tadi pun sampai kat situ. nampak gayanya diorang macam lapar gile (panjat bukit ni memang buat orang lapar gamaknya) sebab siap order nasi goreng, telur goreng, kopok, etc... macam menarik lak. pastu kitorang gi amik2 gambar bunga2 yang ada kat greenhouse tu.

tatau nama pokok ni, tapi wangi, bau limau
(bukan dalam greenhouse, tapi sebelah meja kitorang lepak2)


macam ros putih yang tertumpah sirap kat atas dia


pokok misai kucing (bagus untuk kesihatan...)


cute pink flowers


baby strawberry yang tak sabar2 nak membesar hehe


cactus forest


merah gile bunga nih!


burung cenderawasih???


cute blue hydrangeas


my favourite flowers in my favourite colour

malam, sume orang busy buat preparation untuk makan2 esok harinya. my in-laws nak buat ketupat pulut, nasi beriani & lauk2 yang seangkatan dengannya. tak amik gambar sebab macam lupa kewujudan kamera dalam henbegku huhu...

esoknya (8/12/08), raya... satu umah siap2 untuk kuar ke umah tok di beruas. yang tak syoknya, hampir sepanjang perjalanan pegi & balik, hujan... sebelum kuar umah, my in-laws pesan siap2 suh bawak selipar & sokkabar spare, sebabnya kawasan umah tok tu bertanah merah. musim2 hujan ni kasut kotor, lantai kete pun kotor... pun tak amik gambar sangat sebab sekali lagi terlupa kewujudan kamera dalam henbeg. pelupa!!!


masa on the way ke beruas, hujan...

selasa (9/12/08), hari balik ke kl. bertolak lepas lunch n solat zohor. sampai kat klang valley, gi anta adik iparku ke rumahnya kat ulu klang dulu (tempat dia macam dekat la jugak dengan bukit antarangsa yang runtuh aritu). masuk semula ke mrr2 dlm kul 5.30 petang, jem gila tak hengat sebab time orang balik keje kot. sampai umah dah kul 6.45 petang, letihnya... malam tu tido awal dari biasa.

Friday, December 12, 2008

Next Plane Home - Daniel Powter

Next Plane Home - Daniel Powter

I woke up early to baby blue eyes from afar
And when the sun comes through, lights you like the angel you are

I know I do you wrong
When I’m with you I’ve been gone

With every season change it looks the same
November to June
And on these empty streets I skip a beat the flowers don’t bloom

I can’t believe I missed your birthday again
And I want to come back but I just don’t know when

And I’m so lonely, you’re not here with me
That’s why I’m gonna be on the next plane home

The road that never ends round the bend I see you smile
I’d swim across the sea to be with you for awhile

Cause I made a life of being gone
Now the way that I feel is that I just don’t belong here

I stand around trying to make every moment and be somebody yeah anybody
It seems the whole world is taking me over I need somebody to help me get back to you

And I’ve always been a million miles away
But things are gonna change I just wanna come home

And you’re, you’re the only place I wanna see
That’s why I’m gonna be on the next plane home
Yeah I’m taking the next plane home
Now I’m getting the next plane home
Now I’m taking the next plane home

balik tepeng part 1

baru balik dari tepeng hari selasa. rabu pagi2 dah kuar umah gi utmkl attend workshop. semalam dok zzz seharian (tak senonoh!), tak sempat nak post apa2 kat blog. adehhh... letih tak abih lagi ni, gambo pun tak transfer ke pc lagi. nanti la....
----------------------------------------------------------------

so, balik tepeng hari jumaat 5/12/08. kali ni balik utara, kitorang lalu elite, then masuk ke guthrie expressway, pastu masuk PLUS highway. saje nak test jalan yang tak biasa lalu, nak tengok tol mahal ke tak. rupa2nya mahal dari jalan biasa, ada la beza dalam rm8 lebih... tapi, kalau nak elak jem, especially time raya, memang ini la laluan yang sesuai untuk dipakai. apatah lagi dapat tengok pemandangan yang sangat cantik masa lalu kat area putrajaya dan kawasan2 yang aku jarang lalu... tapi disebabkan aku tak reti amik gambo, so jadi macam kureng plak putrajaya ni hehehehe...

menuju ke PICC


trepik lite kat depan PICC


PICC


asap bas yang hitam...


construction di presint 1


jambatan seri saujana & bayang2 begku...


kat atas jambatan seri saujana


stadium shah alam

nothing interesting on the way back kat PLUS. seperti biasa, kitorang benti untuk menunaikan hajat kat R&R tapah. usually bila sampai tapah, driver akan bertukar, sama ada my significant other will drive for the first half of the journey and i for the second half, or the other way around. kali ni my significant other yang drive dulu, so aku pun offer la diri untuk drive pulak, kot2 dia nak rehat ke, ngantuk nak tido ke... tapi dia nak drive all the way to tepeng, just to see if he got the stamina to do it (ceh! macam nak lari marathon pulak...). aku pun ok je, tapi pesan jugak kalau ngantuk bagitau aku, so boleh la benti kat hentian yang terdekat.


R&R tapah


teramik gambo close-up, sungguh tidak sopan...


bukit2 batu kapur yang aku suka

cuma ada skali tu tetibe kete sume slow, pastu kete dari arah bertentangan dok beam lampu. ada speed trap kot... masa tu dah nak dekat dgn exit gopeng. kete bukan setakat menjadi slow macam siput, tapi sampai siap benti la, rasa macam berada kat jalan tun razak time peak hour lak hehehe... rupa2nya ada roadblock polis betul sebelum exit gopeng. polis bukit aman lak tu. ada kes ke? ntah, tak pasti pulak. yang aku pasti, polis yg dok menahan kete tu ada satu macam list kat tangan dia. list orang jahat ke? list orang speeding ke? ke list apa? ahhh!!! pening ah pikir. tapi aku nampak kete plet singapore depan kete aku kena tahan dengan polis tu. yang aku pasan, kete singapore tu memang speeding tak hengat nye (maklum la kat negara sendiri implementation of the law is very the kuat & tegas, so kat mesia la lepas gerammmmm...), tapi takkan la semata2 nak tahan orang speeding sampai polis bukit aman yang kena turun buat roadblock? ntah la, misterius sungguh roadblock pada hari itew...


roadblock yang menyebabkan jem...

seronoknye rasa bila dah kuar dari PLUS, lega gila...


landmark yang menandakan destinasi ada lebih kurang 7 km lagi (kot...), yeahaaa!!!

the next day (saturday) was my significant's other's birthday. he's 30 this year. family dia belikan dia sebijik kek pagi tu, siap dengan lilin lagik, siap nyanyi lagu Allah selamatkan kamu lagik. terasa macam jadi budak2 balik masa tu, ngehehe (walaupun aku & family aku kat kuantan tak penah skali pung sambut birthday sesapa...).


kek birthday blom taruk lilin


dah taruk lilin...


time to kill the cake, muahahahah!!!


anak menakan yang tak sabo2 nak menyerang kek :P

jari2ku sakit semua, kerna menaip hari2...
huih letih jugak dok tekan hurup kat keyboard ni, nanti la sambung...

Bantulah Saudara Kita di Palestin. Boikot Israel!

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin