Wednesday, March 11, 2009

Laboratory Animal Workshop - Part 2

Praktikal hari pertama dengan tikus & mencit. Praktikal hari ketiga dengan arnab. Praktikal hari kedua takde sebab ada masalah teknikal, tapi oke la untuk semua orang, ada break sekejap...

Arnab2 ni dipinjamkan oleh UPM kepada kitorang. Kenapa sampai kena pinjam? Sebab animal house kitorang takde arnab, hehehe...

Arnab ni tengok je manusia2 yang jakun dengan dia, hehehe...

Kalau nak angkat arnab, jangan pegang telinga dia (cian dia sakit..), tapi pegang belakang tengkuk dia pastu sokong bahagian punggung dia (nak elak daripada spine dia patah). Ini satu fakta baru bagiku...

Nak elak arnab meronta2? Senang je, kepit kepala dia bawah ketiak, hehe... Serius ni!

Don't know why, but rabbits seem to like small spaces. Dia senyap je duduk dalam kotak putih tu.

Cakkk!!! Lalalala...

Isk isk isk... tak habis2 menyembang ek korang ni...

Sebelum ni aku pernah handle arnab sekali je. Masa tu tahun lepas, officemate mintak aku tolong jaga arnab dia bernama Mary. Mary bukan jenis yang besar macam dalam gambar kat atas tu, tapi bersaiz comel & berwarna kelabu asap. Mary ni punya perangai, dia suka gigit muncung botol air dia sampai tercabut2 muncung tu, pastu tumpah air, adehhh...

Pastu dulu2 aku & family pernah bela hamster. Yang paling aku ingat adalah hamsterku (dah arwah dah...) yang bernama Bros. Aku bela dia secara illegal kat hostel masa kat UKM, tapi alhamdulillah tak penah kantoi walaupun bilik kena spot check, terer kan aku? Hehehe... Masa 1st year bela sekor (tak ingat nama dia apa), masa 3rd year bela Bros pulak. Family aku pulak (especially mak), bela sepasang kot, sampai beranak pinak la hamster tu. Pastu cari la sapa2 yang minat nak bela, mak bagi free je, tapi sebelum tu mak bagi crash course cara2 nak jaga hamster dulu kat pemilik baru.

Tau cemana aku bawak Bros balik kampung naik bas? Aku letak cage dia dalam paper bag besar, pastu tutup dengan kain lembab (takut dia kepanasan), pastu paper bag tu aku letak kat sebelah aku. Bros ni memang baik, dia senyap je dalam paper bag tu, hehe... Sekarang dia dah takde, mati sebab old age, masa tu umur dia 3 tahun kalau ikut human age la. Kalau ikut umur hamster, agaknya dah 70 tahun kot.

Hmm.. rindunya rasa nak bela hamster lagi, tapi nampaknya my significant other macam kurang sokong hasratku itu, huhu... Takpe, kalau ada rezeki nanti, terbuka la hati dia untuk bagi aku bela hamster semula :)

p/s: Terima kasih buat Fiza, En. Mirul, Hanaffi & Kak Zizah kerana banyak membantu saya sepanjang bengkel berlangsung.

Image Hosted by ImageShack.us

Laboratory Animal Workshop - Part 1

Aku gi Lab Animal Workshop pada 24 - 26 Feb baru2 ni. Ala bukan jauh pun, kat tempat keja aku jugak, hehe... Aku memang wajib gi sebab keje2 aku akan melibatkan lab animals, especially rats & mice. Dan aku gi bengkel ni sebagai peserta merangkap urusetia bidan terjun, memang meletihkan...

Macam mana boleh jadi urusetia ni? Sebenarnya aku yang buat paperwork untuk di submit kepada human resource department (aku ni yang menurut perintah bos aku je...), so aku expect aku ni akan jadi peserta biasa je. Tapi tengok2, budak2 HR masukkan nama aku sebagai urusetia. Adehhh la... Tu nak memudahkan kerja diorang la tu.

Pada pagi hari pertama, mestilah ada participants' registration bagai kan. Dan aku ditinggalkan terkontang-kanting sorang2 untuk uruskan registration diorang, budak2 HR M.I.A.! Dalam pada tu, aku sempat bukak pintu & lampu bilik kuliah yang aku book seminggu sebelum bengkel bermula. Tengok2 rupa2nya takde PC mahupun laptop, dan juga takde LCD projector dalam bilik tu. Berderau darah aku! Last2 mintak tolong sorang kawan aku ni tolong tengok2kan registration sementara aku sprint ke pejabat HR.

Macam agak bengang di situ sebab diorang tak sediakan peralatan yang sepatutnya. Pastu diorang boleh kata bilik kuliah yang aku book tu bukan atas tanggungjawab diorang, so diorang tak sediakan benda2 tu. Diorang ingat semua orang tau ke benda2 yang diorang cakap tu, kenapa tak cakap awal2??? Panas betul hati aku pagi tu. Last2 aku cari sendiri department mana ada laptop & LCD projector yang boleh aku pinjam untuk pagi tu. Nasib baik la jumpa orang yang sudi nak pinjamkan.

Sesampai je kat bilik kuliah, rupa2nya dah start perasmian. Apa lagi, berebut2 aku pasang laptop & LCD projector. Nasib baik juga ada orang yang sudi tolong aku lagi. Tapi nasib baik bengkel tu cuma untuk staf kat tempat aku je, so takde la yang gah2 kat atas pentas (eh, mana ada pentas kat bilik kuliah, hehehe...).

Bengkel 3 hari tu merangkumi sesi kuliah pada waktu pagi & sesi praktikal pada waktu petang. Pensyarah2nya pula seramai 4 orang, dijemput khas dari Fakulti Perubatan Veterinar UPM. Sesi kuliah macam biasa la, ada tajuk yang sangat menarik, & ada juga tajuk yang membosankan. Standard la kan...

Yang best, masa praktikal waktu petang. Ye la, dapat pegang tikus, mencit & arnab, hehehe... Aku macam agak takut nak pegang arnab, maybe sebab dia besar kot. Yang paling senang nak handle mestilah mencit, sebab sangat kecik dan comel.

kenapa la engkau comel sangat wahai mencit?

ni pulak tikus dewasa. nampak gak comel sebab warna putih, kalau warna lain aku rasa aku geli kot...

cian tikus2 ni, agaknya diorang gabra sebab tengok ramai sangat manusia dok jenguk2 cage diorang

helo, ni tengah sesi praktikal ke sesi menyembang ni?


bersambung pada episod akan datang...

Image Hosted by ImageShack.us

Tuesday, March 10, 2009

Selera Jaya 223

Jumaat 6 Mac aritu saja2 gi jalan2 cari makan kat PJ. Kitorang gi lepas maghrib, time dinner.

Destinasinya? Selera Jaya 223.

Cemana nak gi? Senang je... Lalu Federal Highway, pastu masuk susur ke Jalan Templer tu, belok kanan. Foodcourt ni Jalan 223, area kat belakang stesen minyak Petronas kat sebelah kanan, berdepan dengan bangunan HQ lama Amway. Hmmm... Cemana ek nak cerita? Tengok sendiri la kat Wikimapia ek.

Kenapa tetiba jalan2 cari makan sampai sana? Sebab aritu tengok kat satu rancangan TV ni, hos rancangan gi dinner kat situ, hehehe...

Oke la jugak tempatnya. Biasalah, macam foodcourt. Ada macam2 gerai jual macam2 makanan kat situ. Ada nasi lemak daun pisang. Ada otak2. Ada western food. Ada masakan panas. Ada laksa. Ada sup kambing. Ada hotplate & claypot. Ada telur separuh masak (macam sarapan di waktu pagi lak, hehe). Minuman? Standard la macam tempat2 lain. Senang cakap, macam2 ada...

Yang seronoknya, walaupun majoriti pelanggan kat situ adalah pelanggan Melayu, tapi ada jugak nampak pelanggan berbangsa Cina & India. Masyarakat majmuk sungguh!

haiya amoi... apa pasai lu pakai seluar pendek amoi?

Kitorang dah la first time datang tempat tu, so macam blur2 la pulak. Masa nak order makanan pun macam tak reti, huhuhu... Sementara layan blur cemana nak order makanan, kitorang pun hentam la sorang sebungkus nasi lemak yang memang dah ada kat atas meja kitorang. Panas lagi nasi lemak tu oke! Aku try yang ada cop merah kat kertas nasi lemak, my significant other try yang ada cop biru. Yang ada cop merah tu tandanya sambalnya kering sikit & kurang pedas, yang cop biru lak sambalnya basah, pedas & ada sedikit manis. Lepas habis sebungkus nasi lemak, last2 kitorang tanya la sorang brader yang ke hulu ke hilir kat area tu (kitorang suspek dia kerja kat foodcourt tu) cemana nak order makanan kat situ.

nasi lemak cop merah


nasi lemak cop biru, nyam nyamm...

Dia pun tanya la nak order apa. Kitorang pun bagitau la nak order laksa satu, fish & chips satu. Brader tu kata dia keje kat gerai lain, tapi dia boleh tolong orderkan. Kitorang pun orait je la, hehehe...

Aku order air teh o ais limau, minuman kegemaranku di waktu panas & haus. My significant other order jus epal. Nak order air senang je - duduk je kat meja, sure akan ada orang tanya nak order air apa, takyah susah2 bangun, pastu sampai 3-4 orang datang nak amik order air tu, hehehe... Tapi ada satu benda yang kitorang terlupa. Ada orang rekemen order milo ais kat situ. Kenapa? Sebab milo ais kat situ pekat kaw2 punya. Agaknya boleh lawan tak milo ais kaw yang aku buat sendiri? Hehe... Hmm, takpela, ada rezeki akan kujejakkan kakiku lagi ke Medan Selera 223.

teh o ais limauku... jus epal tak sempat nak snap gambo

Makanan pun tiba... Kitorang pun makan dengan khusyuknya. Untuk aku, laksa oke gak la, sedap! Fish & chips lak, penah rasa yang lagi best kat Kg Baru (kat Kg Baru ni sedap, tapi servis lembab yang amat!).

laksa yang di order oleh my significant other (dia tak suka otak udang, tu yang elok je otak udang tu dok kat tepi pinggan sampai dia abis makan)

fish & chips ku, so-so la...

Dah abis makan, makan lagi, hehehe... Order otak2 Kempas pulak. Bagi aku, sedap gak la, tapi otak2 Gelang Patah yang mak kadang2 beli masa aku dok Skudai 11 tahun yang dulu lagiiiii sedap. Tapi untuk my significant other, tu dah sedap sangat dah tu, sebabnya dia penah ada pengalaman buruk makan otak2 yang tak best 2-3 tahun lepas. Kiranya malam tu dia baru try makan otak2 balik la, cian kan...

Dah abis melantak, tetiba aku terfikir apasal kuat sangat aku makan malam tu? Selalunya kalau dah makan nasi lemak sebungkus, mesti aku surrender takleh masuk yang lain dah (kecuali air...). Tapi malam tu, aku makan banyak la jugak sampai terkejut my significant other, haha! Dah tu, siap rasa macam tak berapa nak kenyang lagi. Perutku dah mengembang ke? Oh no!!!! Tapi tah la, tatau nak cakap, dah masa tu memang teringin nak makan banyak, so makan je la :D

Time nak bayar, lagi sekali blur... Cemana ek nak bayar? Tadi brader tu yang tolong order kan, so kitorang tak sure la nak gi bayar kat gerai mana. Mujur brader tu lalu lagi kat meja kitorang, so terus panggil & tanya cemana nak bayar pulak. Masa tanya tu sambil tersengih2 oke... Maklumlah malu sebab macam tak reti apa2...

Brader tu kata dia boleh tolong bayarkan kat gerai2 yang kitorang order tu. Oraittt!!! Memang pemudahcara sungguh la brader tu. Nasib baik takde Employee-Of-The-Month Award kat situ, kalau tak, mesti aku vote untuk dia, hehehe...

pemandangan di luar foodcourt

Oke, bayar sudah!!! Mari kita pulang dengan hati yang gumbira....

Image Hosted by ImageShack.us

Saturday, March 7, 2009

aku pencinta bahasa ibundaku...

Apa ke hal gi tembak ke dalam kawasan masjid? Nak jadi Yahudi dah ke mereka2 ni? Even dalam peperangan sebenar pun, tentera tak boleh serang orang2 awam yang sedang berlindung dalam rumah ibadat, apatah lagi dalam demo biasa macam ni.

Aku takleh cerita, aku tengah bengang (dari siang tadi bengangnya, sabo sabo...).

For pics, click here and here and here.

"Rupa-rupanya begini caranya untuk menyelamatkan bahasa,"-A Samad Said


p/s: Walaupun kadang2 Bahasa Melayuku broken, tapi aku pencinta Bahasa Melayu. Aku taknak Bahasa Melayu pupus macam Bahasa Latin & Sanskrit, huhu...

Image Hosted by ImageShack.us

Geng yang paling best dalam Malaysia


Salam semua.

Semalam sempat jugak meluangkan masa gi tengok Geng: Pengembaraan Bermula kat GSC Alamanda Putrajaya. Selama2 hidup aku lebih suku abad ni, tak pernah terlintas di kepala otakku untuk gi tengok filem melayu kat wayang. Bila tengok petikan atau di sebalik tabir filem2 melayu kat TV, aku tak rasa teruja pun nak gi tengok kat wayang. Kalau nak tengok pun, tunggu ada orang nak belanja, tak pun beli DVD pirate kat pasar malam. Oleh itu, di sini aku mengaku yang aku salah seorang daripada mereka yang menyumbang ke arah kelembapan suasana perfileman tempatan, muahahaha!!!

But, for once, filem animasi yang ini sangat2 mengujakan aku. Ye la, mana tak teruja, tengok di sebalik tabir dia pun dah lawak gila. Tengok 2 kali pun aku masih boleh gelak sakan. Punya lah bersungguh2 aku pujuk my significant other nak ajak dia gi tengok filem ni. Aku siap offer diri untuk belanja tiket wayang, hehehe.. Last2 dia setuju. Gembira tak terkira la aku (macam budak2!).

Aku pun cepat2 la call GSC untuk book tiket. Pastu, semalam, tergerak lambat sikit dari rumah. Punya lah aku gabra... Ye la, kalau lambat kang, pihak wayang mestilah open seats yang diorang reserve untuk phone or online reservation kepada walk-in customers pulak. So nanti kitorang pun kena beli tiket secara walk-in macam orang2 lain jugak, huhu! Tapi, memang cun2 je kitorang sampai kat kaunter, masa tu tinggal lagi 2 minit je sebelum diorang akan open seats tu untuk orang lain. Fuuhhhh, lega!!!

Dan filem Geng memang tak menghampakan aku & my significant other. Tak menyesal gi tengok. Lawak2nya sungguh refreshing, & ada jalan cerita yang boleh diikuti (walaupun mungkin sedikit berat untuk budak2 kecik).

Kisahnya begini... Eh, aku nak kena cerita ke? Takyah la ek? Spoil la nanti kalau dah tau cerita sebelum gi tengok kat wayang kan, hehehe... Lagipun mesti korang dah tau kan jalan cerita Geng ni. Jadi, aku rekomen korang gi la tengok filem Geng ni kat wayang yerrr...

Cuma ada beberapa la komen yang aku boleh buat tentang filem ni:

1. Cemana Badrol boleh tatau rumah atuk dia kat mana? Kata rapat dengan atuk... :)

2. Part yang seram agak berlebihan dalam filem ni. Masa tengah tengok wayang semalam, ada beberapa orang budak yang duduk berdekatan kitorang, ngadu kat mak pak diorang yang diorang takut. Cian aku dengar...

3. Bahasa si Oopet ada sedikit pelik, seolah2 dia sedang berdialog macam manusia. Tapi takpela, sebab dia kan haiwan imaginasi, datangnya pun dari dunia imaginasi juga kan...

4. Audio ada sedikit kureng. Tapi selepas membaca penerangan Atuk Ranggi (yihaa!!!) kat blog Les Copaque, aku dah faham sikit2 kepayahan yang mereka lalui.

Teringat lak, semalam masa part nyanyi2 ala Hindustan dalam filem ni, ada beberapa orang budak2 kecik yang sangat enjoy, sampai sanggup pi depan skrin tu berjoget. Seronok tengok gelagat budak2 tu :D

Apa2 pun, syabas buat krew Les Copaque kerana berjaya memikat hati rakyat Malaysia!

Lepas ni aku akan tunggu korang keluarkan DVD filem ni pulak, takkan kulepaskan peluang untuk memiliki yang original (please don't support piracy *insaf...*).

Diharap juga para pembikin filem tempatan yang selama ni dah rasa hebat sangat dapat membuka mata anda seluas2nya, jangan jadi bodoh sombong ye... Tak semestinya orang yang dah berpengalaman tidak boleh belajar dari orang2 yang baru bermula.

To Les Copaque crews, keep up the good work! Jangan lupa generate idea yang lagi best untuk filem2 seterusnya :)

Image Hosted by ImageShack.us

Mansuhkan PPSMI!!!

Salam... Ada ke antara korang yang sertai perhimpunan mansuhkan PPSMI kat Sogo & Masjid Negara hari ni? Aku macam nak gi tadi, tapi atas alasan2 yang tidak dapat dielakkan, so tak dapat gi...

Apa2 pun, kalau nak download e-book percuma berkenaan PPSMI ni, boleh download di sini (but somehow at this moment, e-book tu dah tak available publicly, nasib baik aku sempat download tadi).

Butir2 buku adalah seperti berikut:

Judul: Mengapa Kami Bantah PPSMI (Edisi Kedua)
Penyusun: Profesor Emeritus Dr. Abdullah Hassan
Saiz: 6" x 9"
Penerbit: Persatuan Penterjemah Malaysia
Pengedar: PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd. (Tel: 03-6188 0316; Emel: sales@pts.com.my)
Format Buku:
Fizikal - RM15 (Beli dengan PTS di www.bookcafe.com.my);
E-book: Percuma

sumber maklumat: Blog Prof Abdullah

Image Hosted by ImageShack.us

Friday, March 6, 2009

busy

a busy week.

weekend nanti update pasal:
1. jalan2 cari makan di PJ yang best! - done on 10/3/09 @ 8:07 AM
2. laboratory animal workshop yang best juga... - done on 11/3/09 @ 9:01 PM
3. dinner kelab yang kureng... :(
4. tgk geng malam ni... yihaa!!! - done on 7/3/09 @ 2:49 PM

ni je yang aku sempat taip, hehehe...

Image Hosted by ImageShack.us

Bantulah Saudara Kita di Palestin. Boikot Israel!

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin