Monday, June 22, 2009

Terbakar!!

Salam...

Lama dah rasanya tak update blog ni. Sibuk sikit, pastu terjangkit pulak angin malas, tah dari mana tah.

Ni nak cerita, tengah hari tadi, masa nak balik rumah sekejap konon2nya... ternampak hutan terbakar berdekatan dengan kawasan rumah aku. Biasa la, first thing terpikir mungkin dah ada orang yang tolong report kat bomba kot.

Tapi rasa tak sedap hati. Aku pun call my significant other tanya pendapat sama ada patut ke tak aku call bomba. Kata dia, MESTI LA PATUT!!! Mana kita nak tau ada sesiapa yang dah report? Lain la kalau kita nampak & dengar sendiri ada orang yang call bomba bagitau pasal kebakaran tu...

Tah hapa2 kan aku? Benda2 camni pun nak tanya laki dulu, kikiki...

So aku pun dail la 994, bagitau bomba kat mana yang terbakar. Aku tanya gak kot2 dah ada orang yang report pasal kebakaran kat kawasan yang sama, tapi bomba tu kata takde orang report, baru aku je (kalau aku tak report, memang lagi menjadi2 la api tu...).

Bomba siap call aku balik 2-3 kali tanya kat mana exactly tempat yang terbakar tu, siap kena bagi instruction lak cemana nak gi situ dari plaza tol, hehehe...

Dalam pukul 2 camtu, aku nak gerak semula ke pejabat (kantoiii!!!!!), lalu kat kawasan yang sama. Dah nampak sebuah lori bomba tengah padam api tu. Pastu nampak lagi sebuah lori bomba baru sampai.

Aku pun dengan tidak melepaskan peluang, terus park kete tepi jalan & capai kamera dalam handbag untuk amik gambar kawasan & pokok2 yang dah rentung tu. Ingat nak la jugak amik gambar brader2 bomba tengah padam kebakaran, tapi takleh la pulak sebab diorang dah masuk jauh dalam hutan semak samun tu, aku lak berhenti kat tepi jalan je. Gambar2nya sila tengok di bawah ye.








Masa balik dari pejabat tadi, ternampak 3 buah lori bomba, tapi my significant other kata dia nampak 4 buah.

Aku gembira sangat2 dapat menunaikan tanggungjawab untuk kawasan tempat tinggal aku. Cuba bayangkan kalau takde sesiapa pun yang tolong report kat bomba, cuba bayangkan kalau semua orang fikir dah ada orang yang dah report, mau merebak api tu sampai ke rumah2 orang, Nau'zubillah!


Image Hosted by ImageShack.us

Monday, June 15, 2009

100 truths about me, heh!

Rules: Once you've been tagged, you are supposed to write a note with 100 Truths about you.
At the end, choose 5 people to be tagged.


(To do this, copy and paste this note, erase my answers and enter your own, tag people then click publish post.)


WHAT WAS YOUR:
1. Last beverage: Air masak
2. Last phone call: My significant other
3. Last text message: Kak Noha
4. Last song you listened to: Mati Hidup Kembali by Butterfingers
5. Last time you cried: Last week, masa gaduh dengan my significant other

HAVE YOU EVER:
6. Dated someone twice: Err... Excuse me?
7. Been cheated on: Never
8. Kissed someone & regretted it: Hmmm, takde kot.
9. Lost someone special: Yeah, Tok...
10. Been depressed: Selalu la jugak.
11. Been drunk and threw up: Never!

LIST THREE FAVORITE COLORS:
12. Purple
13. Maroon
14. Olive

THIS YEAR HAVE YOU: (2009)
15. Made a new friend: Not really...
16. Fallen out of love : Sometimes, grrr....
17. Laughed until you cried: Yup, bila tengok cerita kelakar
18. Met someone who changed you: Yes
19. Found out who your true friends were: No, not yet.
20. Found out someone was talking about you: Yes! Why la people likes to do that?
21. Kissed anyone on your friend's list: Which friends list?
22. How many people on your friends list do you know in real life: Again, which friends list?
23. How many kids do you want?: 3 or 4 kids (jika diizinkan Allah...)
24. Do you have any pets: Did have 1, a hamster named Bros, tapi lama dah mangkat...
25. Do you want to change your name: Buat apa nak tukar, nama dah cun, hehe..
26. What did you do for your last birthday: Beli sepotong kek Secret Recipe pastu pi makan kat bulatan depan Masjid Putrayaja tu.
27. What time did you wake up today: 6.45 am
28. What were you doing at midnight: Last night ke? Already in bed, sleeping.
29. Name something/someone you CANNOT wait for: Someone yang dah janji kata nak jumpa pukul 10 pagi, tapi pukul 11.30 baru sampai. I hate janji melayu, aaaarrrrggghhhh!!!
30. Last time you saw your Mother: April lepas, masa KLIBF 2009
31. What is one thing you wish you could change about your life: Not to be too stubborn & hardheaded.
32. What are you listening to right now: Bitter Heart by Zee Avi
33. Have you ever talked to a person named Tom: Nope
34. What's getting on your nerves right now: My developing retail therapy habit. Habih duit oiii...
35. Most visited webpage: My blog, friends' blogs, wanitamelayu.com, myresipi.
36. Whats your real name: Munira bt S_ _ i_ _ N_s_ _ (fill in the blanks, hehehe...)
37. Nicknames: BIAH (ni aku bahasakan diriku kat Mak, Ayah & Makcik2, aku yang reka nama ni masa kecik2 sebab aku pelat sebut nama sendiri, heh!), MOON (ni senior bilik masa kat MRSM la yang suka2 letak nick ni sebab dia kata nama aku panjang [huh???], sampai sekarang lekat nick ni), ALONG (adik2 aku panggil aku kat rumah), MAKNGAH (family sebelah my significant other) & 'CIKMUN (family sebelah aku, huahuahua...)
38. Relationship Status: wife to my significant other.
39. Zodiac sign: Aries
40. Male or female?: Of course la female.
41. Primary school: Sek. Keb. Sri Skudai
42. Secondary school: Sek. Men. Skudai & MRSM Muar
43. High school/college/university? : UKM-KCKL
44. Hair color: Dark brown, almost black.
45. Long or short: Rahsia...
46. Height: 1.53m
47. Do you have a crush on someone? : Tahun ni takde, tapi tahun dulu2 masa budak2/muda2 tu biasa la...
48: What do you like about yourself?: Comel? Hahaha!!!
49. Piercings: Nope
51. Righty or lefty: I'm a righty!!!

FIRSTS :
52. First surgery: D&C after experiencing a misscarriage in 2007, huhu...
53. First piercing: Never.
54. First best friend: Rasanya macam Nur Hasanah, masa sekolah rendah dulu.
55. First sport you joined: Bola baling (main macam hampeh, tapi enjoy!!!)
56. First vacation: cameroon higland.1992
58. First pair of trainers: Kasut sekolah, kihkihkih!
59. Eating: Huh?
60. Drinking: Huh? lagi...
61. I'm about to: Finish this tag, sidai telekung kat ampaian, basuh langsir...
62. Listening to: Bunyi ceiling fan berputar mengikut arah jam.
63. Waiting : Dunno la...
64. What kids?: Not yet.
65. Get Married?: 2 years ago.
66. Career?: Kerja kat SPACE UTM, tolong sort out application forms sambil cuci2 mata tengok gambar2 brader hensem yang apply sambung belajar, hihihi!

WHICH IS BETTER :
67. Lips or eyes: Lips
68. Hugs or kisses: Can't make up my mind la ;)
69. Shorter or taller: Not too short, not too tall, but just nice...
70. Older or Younger: Older
71. Romantic or spontaneous: Spontaneous
72. Nice stomach or nice arms: Noce arms, so can help me with the heavy things, lol.
73. Sensitive or loud: Sensitive
74. Hook-up or relationship: Hook-up is a no-no.
75. Trouble maker or hesitant: Dua2 pun tak suka!!!


HAVE YOU EVER:
76: Kissed a stranger: Nope
77. Drank Hard Liquor: Never & not going to!!!
78. Lost glasses/contacts: Nope
79. Sex on first date: Berdosa la...
80. Broken someone's heart: Pernah kot, sorry...
82. Been arrested: Never
83. Turned someone down: Biasa... Especiaaly bila orang tu suruh buat benda bukan2.
84. Cried when someone died: Yes
85. Fallen for a friend?: Hmm, yes... :)

DO YOU BELIEVE IN:
86. Yourself: Tengok le keadaan macam mana.
87. Miracles: Yup. Walapun kadang2 kita rasa macam tak logik, tapi Allah tu Maha Berkuasa...
88. Love at first sight: Yes
89. Heaven: Of Course
90. Santa Claus: Nope. And I don't celebrate Christmas.
91. Kiss on the first date: Nope.
92. Angels: Yes.

ANSWER TRUTHFULLY:
94. Had more than 1 girlfriend/boyfriend at a time: Nope
95. Did you sing today?: Yes
96. Ever being cheated by somebody?: Nope
97. If you could go back in time, how far would you go?: Ke hari2 paling seronok masa zaman matrikulasi.
98. If you could pick a day from last year and relive it, what would it be?: Entah le... Tahun lepas macam tak best, so I don't want to relive any single day from last year.
99. Are you afraid of falling in love?: Nope
100. Posting this as 100 truths?: Yeah, ok, whatever... :D

Tatau nak tag siapa, tapi sesiapa nak buat tu dialu2kan sangat :)


Image Hosted by ImageShack.us

Wednesday, June 10, 2009

Rindunya kat UKM... (part 2 - edisi gambar)

Laluan depan library

Pintu kecik ni la yang menyambungkan UKM dengan IMR...

Yang warna oren kat atas jalan tu adalah exam hall

MPG (lab) tempat amali & practical exam

Surau siswi - takde orang sebab belum masuk waktu solat, lagipun ramai student tengah bercuti kot

Pondok tempat melepak sambil buat last minute study sebelum masuk exam hall

Kecut perut bila nak exam...

Sampai sekarang aku tak tau TIBE tu abbreviation untuk apa

Pintu masuk UKM-KCKL kat Jalan Raja Muda Abdul Aziz

Foyer TIBE

Aku lagi suka jalan kaki gi daripada naik bas gi kelas, hehehe...

Jambatan (ke jejantas ek?) yang menghubungkan blok2 yang ada DK & kafe dengan blok yang ada MPG/TIBE/blablabla...

Cute kan solar plant ni? Aku suka...


Image Hosted by ImageShack.us

Sunday, June 7, 2009

Rindunya kat UKM... (part 1)

Rabu & Khamis yg baru lepas ni, pi berkursus kat UKM-KCKL. Wahhhh!!! Tempat lamaku, rindunya!!!! It's been 8 years since I've graduated from university. Dah tua bangka dah rupanya... Bila la nak sambung master ni... Pemalas betul!

Taknak cerita pasal kursus. Ala, kursus biasa je, anjuran Fakulti Farmasi & DKSH (sambil2 company tu promote equipment).

Nak cerita pasal UKM-KCKL je. Sejak 8 tahun yang lepas:

1. Jabatan Farmasi yang dulunya di bawah FSKB, sekarang dah jadi FAKULTI Farmasi. Hebat!

2. Dekan FSKB ku yang terchenta pun sudah berubah. Time aku dulu Prof Azman (ajar subjek biochem) yang dekan, sekarang Prof Norhani (opto).

3. Pintu kecik dekat2 dengan kafe yang kitorang dulu2 selalu guna sebagai shortcut dari UKM ke IMR kat sebelah tu dah tutup. Kalau dulu, tu la jalan aku pi lab kat IMR masa final year project aku dulu, kawan2 aku pun selalu lalu situ je kalau nak pi animal house kat IMR.

4. Pintu belakang yang menghala ke HKL dah tutup untuk kereta. Aku perasan, cuma motosikal & pejalan kaki je yang boleh lalu situ.

5. Aku rasa time aku belajar dulu, macam takde je cat Blok A ke B ke C ke apa2 la kat setiap blok yang ada. Ke aku yang pelupa? Hmm...

6. Ada bangku untuk melepak2 berdekatan tangga utama kat foyer TIBE, dulu takde (kot...).

7. Pintu belakang kat DK4 dah tembus ke satu lagi lecture hall yang belum wujud semasa zaman aku belajar2 dulu.

8. Berhadapan blok opto & blok kafe ada satu kawasan tanah lapang yang berpagar yang tak dapat aku pastikan kawasan apakah itu. Kalau ada sesiapa student UKM-KCKL yang terbaca entry ni, jangan la segan silu bagitau aku apakah kawasan lapang itu ye...

9. Jabatan di bawah FSKB memang bertambah2 banyak.

10. Dah bertambah2 asrama luar untuk student sebab KTSN kat Taman Tasik Titiwangsa tu tak mampu nak tampung semua student.

11. Dr Ruzita dah jadi Pengetua KTSN ke? Laaa... Baru aku tau...

12. Yang lain2 tu, aku tak perasan apa lagi yang berubah.

Pernah pi UKM-KCKL lepas grad, kalau tak salah aku 2 kali - sekali masa pi meeting biomedic kat bilik mesyuarat FSKB, sekali masa nak jumpa member sebab nak bagi wedding present kat dia. Tapi dua2 kali tu pi sat sangat, tu yang tak perasan perubahan2 yang ada.

Ok la, tengok gambar pulak la, oke...

Blok yang menempatkan DK 1 & DK 2

Tengok jambatan ni teringat masa ternampak coursemate sendiri naik basikal tua sambil pegang henpon (time tu dia antara yang terawal la yang ada henpon, hehehe...)

Dulu kalau kitorang pi kelas jalan kaki, masuk ikut pintu pagar ni je. Lalu padang bola HKL, emergency dept, forensik sume...

DK 4 - tempat kursus berlangsung

Wah wah wah.. sedapnya cik adik berbaju purple tu makan...

Tempat menghilangkan lapar. Lepas OSPE (objective structured practical examination) Parasitologi, semua tak mau makan mihun/mee/laksa/spaghetti - geli tengok cacing, hehehe...

DK 4 - paling teringat muka Prof Rahim (Imunologi), Dr Rohi (Toksikologi), Dr Sharifa (Patologi) mengajar kitoraang kat dewan kuliah ni...

Library tempat menelaah/tidur/bertenet. Hai... macam2!

Kawasan lapang ni dulu tempat apa aaarrr??? Hilang ingatan terus!!


Image Hosted by ImageShack.us

Thursday, June 4, 2009

Meh makan meh!

Lauk untuk dinner hari dah siap. Lepas ni boleh makan :D

Masak simple2 je - udang supreme & sayur campur dalam sos tiram.

Resipi udang supreme dapat dari myresipi. Masa aku taip entry ni myresipi macam temporarily unavailable. Nanti bila dah boleh bukak, aku masukkan link yang sebenar.




Resipi sayur dapat dari Mak masa bujang2 dulu (lauk sayur kegemaran seisi keluargaku. My significant other pun suka!).




p.s: At last habis juga udang, kacang buncis, lobak merah & kobis dalam peti ais tu... Suka, suka!

p.p.s: Ni takde kaitan dengan makanan di atas, tapi cuba la visit ke sini, doodlets yang comel2... Geram betul!!! Rasa macam nak beli je, hihihi...


Image Hosted by ImageShack.us

Monday, June 1, 2009

Kuey Teow Goreng Doli

Aku tak tau apasal aku tak buat posting ni awal2 dulu. Masa pi Doli ni time PRK P059 Bukit Gantang hari tu. Takpe la, sekarang aku cerita.

Kuey Teow Goreng Doli ni memang fofular & feymes kat Taiping ni. Kalau siapa2 ke Taiping, kena makan sekurang2nya sekali kat sini. Lokasi Kuey Teow Goreng Doli ni betul2 berhadapan dengan Pusat Kesihatan Taiping.

Nak tau alamat? Sila lihat gambar di atas.

Aku memang teringin sangat nak makan kat Doli ni sejak my significant other dok kata kuey teow dia sedap. Menurut kata my MIL, Doli ni dah start wujud sejak my MIL belum kahwin pun lagi dengan my FIL (bujang trangtangtang lagi...). Lama betul bisnes Doli ni rupanya. Bermula dengan gerai kecik, sampai la ni, gerai tu dah ditransformasikan kepada kedai berhawa dingin, bermeja marmar. Fuiyoooo!!!

Killer menu kat sini of course la kuey teow goreng dia. Yang power tu sebab diorang tak goreng guna dapur gas biasa, tapi guna dapur arang, tu yang sedap sehingga menjilat pinggan tu...

Nasi ayam Doli pun best gak. Nasi dia lekit2 sikit, lepas tu sambal dia manis2 sikit, sambal kicap dia pedasss, ayam dia lembut. Sup dia pun ok gak la, berasa. Semua2 tu memang masuk sangat rasanya!!!

Mee rebus dia so so je. Aku pernah rasa mee rebus yang lagi sedap, iaitu Mee Rebus Haji Wahid kat JB, hehehe. Rindunya nak makan lagi...

Masa gi tu, aku gi dengan my significant other (of course la kan), my PIL, my SIL & my nephew yang sangat tak reti duduk diam (hahaha!!!). Kitorang semua bersempit2an dalam Kelisa comelku. Masa tu baru la terasa macam nak beli kereta baru yang besar sikit, hihi...

Sampai2 je kat situ, mak aiiii!!! Ramai gila manusia. Ni mesti penangan PRK Bukit Gantang yang happening tu. Nasib baik la ada gak satu dua meja yang vacant, so cepat2 la kitorang duduk sebelum orang lain duduk, hehehe...

Ni ler yang kitorang order hari tu...

Aku order nasi ayam, my significant other & my MIL order kuey teow goreng, my FIL order mee rebus & my SIL order kuey teow goreng special. Kuey teow goreng special berbeza dengan kuey teow goreng biasa dari segi portion of the meal. Makna kata, kerang, udang & telur pun lebih la, nyam nyam!!!

Kuey teow goreng Doli yang fofular lagi feymes itew...

The accompanying sambal kicap

Teh o ais limau yang sangat menyegarkan tekak...

Nasi ayam pun sedapppp!!!

Mee rebus ni biasa2 aje

Nanti bila Mak & Ayah datang Taiping, kitorang bawak pi makan kat Doli ek. Rugi kalau tak pi...

Ni mesti pernah ada kes budak tersepit atau meja pecah ni, hmmm...

Pintu masuk Doli

Akan kujejakkan lagi kakiku ke sini


p/s: Nak baca lebih lanjut tentang Kuey Teow Goreng Doli, bolehlah baca kat sini.



Image Hosted by ImageShack.us

kisah orang tak sayang nyawa

Kisah 1 - tiga orang budak lelaki dengan basikal mereka

Pagi2 tadi dah rasa macam nak kena sakit jantung. Mana taknya, ternampak 3 orang budak lelaki (mungkin dalam lingkungan umur 13-14 tahun) buat aksi stunt kat tengah2 simpang empat kat depan taman perumahan aku.

Budak2 tu semuanya naik basikal. Benda pertama yang aku terfikir adalah apa budak2 ni buat kat atas jalan/luar rumah pagi2 buta ni? Masa tu lebih kurang jam 7 pagi. Tau la cuti sekolah, tapi... Isk! Entahlah, tak tau nak kata apa...

Macam mana aksi stunt diorang? Mula2 ada 2 orang budak tiba kat traffic light simpang empat tu. Diorang stop sebab masa tu memang lampu merah dari arah diorang. Alih2 muncul seorang lagi budak (kawan budak2 dua orang tu la kot..) mengayuh basikal dengan sangat laju, melintas jalan tanpa tengok kiri dan kanan, Yang kawan2nya pulak ikut la si kawan yang konon2 'berani' tu melintas jalan.

Waktu pagi, tau2 aje la kan... Time orang keluar nak ke tempat kerja. Seorang budak tu (kawan kepada budak 'berani' tu) nyaris2 je nak kena langgar dengan oncoming car. Tu kalau kena langgar, cedera sikit2 ke, cedera parah ke, mati katak ke, siapa nak bertanggungjawab tu?

Isk... Tu kalau tegur budak2 tu sure kena sound balik dengan mak pak diorang tu. Jadi, kepada mak pak di luar sana, tolonglah nasihat anak2 supaya jangan buat benda bukan2, contohnya macam aksi dah tak sayang nyawa macam budak2 3 orang tu.

p/s: Susahnya jadi ibu bapa zaman sekarang ni...



Kisah 2 - seorang lelaki mereng dengan motosikalnya

Tadi cerita pagi masa nak gi kerja. Ni cerita time tengahari pulak, masa nak balik ke rumah sekejap.

Jalan dari tempat kerja ke rumah aku ada stretch yang berliku2, banyak selekoh. Dalam barisan kereta, van & MPV, Kelisa aku yang paling belakang. Aku drive pada kelajuan standard kat kawasan tu - about 50 km/h. Kenderaan2 lain kat depan aku pun macam tu jugak.

Tiba kat satu selekoh ni, ada sebijik motosikal yang ditunggang oleh seorang lelaki nak memotong Kelisa aku. Yang peliknya, masa dia nak memotong tu, dia makan jalan sebelah sana tu sampai ke tengah2 lane. Dah la masa kat selekoh tu ada lori pasir dari opposite direction. Mamat tu macam main acah2 pulak dengan lori pasir tu sampai lori pasir tu hon 2-3 kali. Lepas dah kena hon, baru mamat tu masuk lane yang betul balik, tu pun aku rasa mamat sipi2 je nak langgar lori tu. Aku perasan mamat tu boleh tersengih2 lagi lepas 'berjaya' mengelak lori pasir tu.

Dah lepas aksi mengelak lori pasir, mamat tu boleh pulak main acah2 dengan kereta2 lain dari opposite direction, jenuh la kereta2 tu dok mengelak mamat tu. Sakit hati je aku tengok...

Then dia potong lak kereta depan aku. Tiba2 kereta depan brek mengejut. Aku pun terpaksa la brek mengejut, kalau tak karang tercium bumper kereta depan pulak. Rupa2nya elok je si mamat biol tu overtake kereta depan, dia terus je ke bahu jalan sebelah kiri tanpa apa2 signal, and of course la secara mengejut kan. Lepas tu dia tersengih2 lagi macam kerang busuk.

Siapa la yang tak geram. Aku rasa macam nak je stop, lepas tu tampar muka mamat tu, bagi bekas tapak tangan aku ni lekat seminggu kat muka dia. Memang gila la mamat tu. Aku rasa mamat tu memang dah nak mati sangat dah tu. Tu kalau kena langgar depan mata aku tu, aku takkan berhenti untuk tolong, tapi untuk gelakkan je. Baru padan muka!!!

p/s: Life zaman sekarang ni boleh menyebabkan orang jadi tak betul...



Image Hosted by ImageShack.us

Bantulah Saudara Kita di Palestin. Boikot Israel!

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin