Tuesday, September 29, 2009

Sengal otak

Ntah la, tatau kenapa, dah seminggu lebih Ramadhan berlalu, otakku masih la sengal2 sampai tatau nak update apa kat blog ni, hehehe...

Orang lain semua sibuk letak gambo raya memasing. Aku je yang tak amik gambo.

Tahun ni aku beraya kat rumah mertua kat Taiping. Oke la.. Nak kata meriah sangat, takde la. Tapi kakak ipar aku bersalin anak kedua betul2 lepas azan maghrib hari Sabtu. Baby girl. Baby 1 Syawal 1430H, hehe... Best kan? Every year dapat cuti masa birthday :)

Nak amik gambo baby pun terlupa (segan pun ye jugak), tu yang sedih tu... Kalau tak, boleh tepek kat blog. FYI, setakat raya keempat aritu, baby belum ada nama lagi. Maybe sekarang dah ada nama...

Antara sebab2 tak amik gambo masa raya adalah:
  1. Aku adalah agak2 pelupa nak keluarkan kamera dari tempat persembunyian dia sejak akhir2 ni.
  2. Family mertua aku ni bukan pesen suka2 nak amik gambo (tak macam family aku, orang baru bangun tido pun boleh di 'candid camera' kan).
  3. Mak pak baby girl tu takde plak nak excited2 amik gambo baby. Kalau aku yang ter'over' excited, tu apa maknanya tuh? Huahuahua...

Oleh itu, disebabkan kehadiran baby baru, kitorang pun tak banyak beraya. Lagi ramai orang yang datang beraya (sebab nak tengok baby baru).

Ingat nak pi umah Tok (ibu kepada mak mertua) kat Beruas, & bawak dia ke Taiping, tapi belum pun sempat kitorang nak gerak ke sana, Paksu call kata dia akan amik Tok & hantar ke rumah mak mertua aku...

Yang aku pasan kat Taiping ni, time raya2 pun Tesco & Taiping Sentral boleh penuh, majoriti pakai baju raya lip lap lip lap...

Aik??? Orang dari bandar balik kampung pun nak pi Tesco gak ke? Tempat korang takde shopping complex beso2 agaknya kot... (eleh, aku pun pi Tesco gak, kalau tak cemana boleh tau ramai orang pakai baju raya kat Tesco tu, tapi aku pi Tesco tak pakai baju raya la, hihihi...).

Teringat lak raya 2 tahun lepas, kat Taiping, aku ternampak ada satu family 4 orang, makan kat KFC masa lunch, siap berbaju melayu bersamping bagai!!! Pelik betul aku menengoknya. Ye la, takkan takde orang masak rendang ke, ketupat ke, laksa ke, apa2 ke kat rumah diorang ek?

Ntah le...

Udah2 le setakat ni. Kepala dah sengal balik.

Esok2 update lagi...


Image Hosted by ImageShack.us

Wednesday, September 16, 2009

Selamat Hari Raya Aidilfitri


Image Hosted by ImageShack.us

Thursday, September 10, 2009

Apa yang sampai hari ni ek?

Hari ni dapat posto kat opis.


Nak tau apa isinya? Jeng jeng jeng...


Tadaaaa!!!!!

Ni sebenarnya beg comel atau tas syawal (bak kata Cik As, si penjahit & penjual beg). Untuk dijadikan hadiah utk my MIL sempena raya ni. Asyik2 bagi kuih raya je, bosan la, hehehe...

Beg ni memang cute. Walaupun beg ni cute, tapi macam2 boleh isi kat dalam tawww.... Cuba tengok bawah ni.

Ni gambar dalam beg. Ada 3 poket kat dalam tu...

Boleh isi long wallet, henpon, sampul duit raya, losyen, bedak & lipstick. Nak letak notebook kecik & pen pun buleh sesangattttt.... Best kan?

Thank you card ni pun comel...

Kalau nak usha beg2 yang Cik As buat, boleh gi ke blog macam dalam gambar kat atas tu. Takpun, korang klik je kat sini ek.


p/s: Hmmm... Menyesal pulak tak beli satu untuk diri sendiri. Tapi kan Cik As, jangan lupa order saya untuk 4 totebags tu ek. Dapat lepas raya pun saya tak kesah... :)


Image Hosted by ImageShack.us



Saturday, September 5, 2009

Di sini Kisah Coklatku Bermula


(Untuk pengetahuan semua, posting kali ini adalah untuk masuk contest yang dibuat oleh Puan Siti Sifir. Hadiah coklat weiii!!! Rugi tak masuk tawww... Sape nak tengok atau nak join sila klik kat sini ek. Tarikh tutup 13 September ni, so marilah kita join beramai2...)

Puan Siti Sifir, inilah dia entry saya untuk Kategori 2 ye...


Aku memang cintakan coklat sejak azali lagi. Kalau nak diikutkan, hari2 nak makan coklat, hehehe... Tapi everything must be taken in moderation, including chocolates, ye tak? :)

Ingat lagi masa kecik-kecik dulu, asyik dok makan coklat je (sekarang pun sama je...). Mak aku selalu buat lawak gigi susuku reput jadi hitam2 kurus2 sebab tak stop2 makan coklat. Siap berebut dengan adik2 lagi, muahahaha! Gigi adik2 aku elok2 lagi, gigi aku je dah hitam berkarat, huhu! Nak gi skolah pun malu tapi buat bodo je la. Takkan nak ponteng skolah sebab gigi buruk kan :p

Bila mak aku pi supermarket, mesti nak mintak jajan coklat. Kalau tak dapat, merajuk. Mak aku kata otak aku dah penuh dengan coklat, tu yang asyik pikir coklat je. Haduiii.... memang betul kot cakap mak aku tu.

Sekarang ni, bila dah dewasa, dah kawen, pun masih kekal kesukaanku pada coklat. Tak kira la coklat jenis apa - milk chocolate, dark chocolate, bittersweet chocolate, white chocolate, cooking chocolate - semua aku tibai tanpa belas kasihan (Bunyi macam kejam jek kan, kehkehkeh!). Yang beli sendiri ada, yang orang bagi ada, yang dapat free gift pun ada.

Last year, masa attend family day kat Langkawi, akulah orang yang paling banyak shopping coklat, hehehe... Orang lain dok sibuk2 beli pinggan mangkuk la periuk kuali la sudu garpu la kain baju la, yang aku ni sibuk menghabiskan masa kat kedai coklat. Tak ingat dah berapa RM aku dah sedekah kat tokei kedai tu...

At this very moment, berlambak2 chocolate dalam fridge aku tu. Yang plain ada, yang ada fruits & nuts ada, yang bentuk macam cendawan ada, yang saiz mini ada.

Raya tahun lepas, adik aku ada beli praline chocolate dari Tasneem Coklat Halal bawa balik ke kampung. Perggghhh!!! Sekelip mata je licin! Yang aku tak puas hati tu, aku dapat makan berapa ketul je! Tapi memang sedap la. My significant other yang bukan pencinta tegar coklat pun boleh kata coklat tu syangat syedaaappp....

Bulan2 puasa ni, nak berbuka pun mesti kena jamah coklat sikit :D

Nasib la sekarang ni tengah puasa, kalau tidak mesti sekarang ni aku tengah bongkar fridge, dok memilih mana satu coklat yang aku nak makan sambil update blog atau tengok tv. My significant other yang memang bukan hardcore chocolate lover macam aku kurang paham apasal la aku ni suka sangat makan coklat. Tapi yang bestnya, dia tak pernah larang aku tambah stok coklat kat rumah. I lap u la laling!!!

Oke, untuk meliurkan korang2 yang baca entry ni supaya sama2 join contest coklat ni, kat bawah ni aku paste gambo coklat2 yang menjadi rebutan contestants, hehehehe...



Apa lagi ek nak story? Hmmm... ni je la kot ek Puan Siti Sifir... :D


p/s: Tak sangkanya dapat setelkan dua contest dalam masa satu hari. Mana taknya, hari ni baru rasa free sikit, hehehe...


Image Hosted by ImageShack.us

Yang mane nampak paling sedap


Wahhhh!!! ni first time nak mencuba nasib masuk online contest yang dianjurkan oleh blogger tegar, iaitu Miszmama. Nama contest ni 'YANG MANA NAMPAK PALING SEDAP'. Tatau la ada ong ke idak nih, tapi tak salah nak mencuba kan, hehehe...

Pemenang contest ni boleh pilih hadiah sendiri tau. Hadiah2 boleh dipilih kat http://busana-lovelyshop2u.blogspot.com atau http://little-gugugaga.blogspot.com. Best kan? Aku sangat sukaaaaaaa.... :D

Siapa2 yang nak join, sangat2lah dipersilakan. Mari kita memeriahkan contest ni, bagi terliur semua orang yang tengok gambo2 makanan tu :)

Cemana nak join? Sonang jo milah oiii... Kat bawah ni aku quote kata2 Miszmama.

"Uols masaklah makanan..ape jenis pun untuk berbuka puasa. Lepas tu uols hias cantik2 untuk serving time berbuka tu. Uols letaklah rumput2 sikit guna parsley ke, salad ke, timun ke, carrot ke, tapi yang penting mesti cantik dan nampak menyelerekan.. Sampai orang yang tengok pun boleh meleleh air liurnye...puasee weh!!!"

Sudah baca? Senang je kan? Apa tunggu lagi, join la cepat2!!! Tarikh tutup 10 September minggu depan. Tinggal lagi 5 hari je weiii!!! Nak tau lebih lanjut2 syarat2 contest ni, korang boleh klik kat gambo contest kat atas tu ek.


Oke, sekarang ke gambo makanan. Nyum nyum!!!

Sebenarnya ni menu berbuka masa first day puasa hari tu. Takpe kan Miszmama? Asalkan dalam bulan puasa, ye tak... :)

Menu simple je nih - Nasi minyak bersama ayam masak merah & acar kobis.



Petang tu macam ala2 confuse sikit nak masak apa. Tapi my significant other bagi idea supaya masak special sikit, maklumlah first day puasa, & weekend lak tuh. So terhasil la nasi berlauk ayam & acar macam dalam gambo kat atas nun...

Saya memang le tak reti nak menghias2.. Lagipun masa tu last minit dah dekat berbuka baru siap masak, so memang tak sompek la nak decorate beria2, setakat tabur bawang goreng je... Tu pun nasib baik sompek snap gambo sebelum selamat ditelan, hehehe... Adakah gambo ini nampak menyelerakan? Rasanya marbeles la yang pastinya (Eh, ni masuk bakul angkat sendiri nih!), paling2 tidak pun untuk tekak kitorang berdua la...

Kalau saya menang kan Miszmama, boleh tak saya nak tudung ni sebagai hadiah? :D

Tudung hitam senang masuk dengan mana2 baju...

Pastu kan, saya rasa lagi mudah kalau buat 100% pilihan penganjur. Kalau idak, penat jugak nak berkempen :D


Image Hosted by ImageShack.us

Friday, September 4, 2009

Upin & Ipin menyerang Indonesia!!!!

Filem animasi Geng: Pengembaraan Bermula akan mula ditayangkan di pawagam-pawagam di Indonesia pada 5 September 2009 (Sabtu) ni.

Boleh tengok link pawagam Indonesia tu kat sini & boleh tengok tentang waktu tayangan siri animasi Upin & Ipin di Indonesia di sini.

Baru ku tau rupa2nya tinggi jugak rating Upin & Ipin ni kat Indon sana, hikhikhik!

Suka suka!!!



Image Hosted by ImageShack.us

Tak puasa dengan selambanya...

Tadi, dalam pukul 2.30 aku ternampak ada sorang mamat ni hisap rokok betul2 dalam van kat sebelah kete aku. Masa tu aku & my significant other nak ke tempat keje (Jumaat kan rehat panjang sikit...). Tiba kat traffic light simpang empat depan taman perumahan aku, red light so kitorang berenti la.

Sebelah kete kitorang, ada sebuah van warna kelabu yang sarat dengan muatan untuk berniaga di bazaar ramadan. Ada 4 orang semuanya dalam van tu - 3 lelaki & seorang pompuan (bertudung). Aku agak diorang ni nak berniaga kat bazaar ramadan lebih kurang 3 km je dari umah aku...

Mula2 aku dok perati pompuan tu dok repair dia punya lipstick kat cermin powder dia. Alih2 ternampak pulak mamat sebelah pompuan tu dok hembus asap rokok. Selamba katak betul mamat ni I tell you! Muka tak tau malu betul!!!

Aku bagitau kat my significant other. Kebetulan masa aku tengah tuding jari dok tunjuk ke mamat tu, mamat tu pandang kat aku. Dia pun pandang aku tak lepas. Aku pun apa lagi, balas balik la... Dia ingat aku takut sangat ke dengan mata dia tu? Badan dah la kurus kedengking, muka cekung, rambut highlight sana highlight sini, nampak macam penagih dadah pun ada.

Tak semenggah betul rupanya.

Pompuan tu pun satu hal, takde ke rasa nak tegur orang yang sama2 keje dengan ko kalau orang tu tak puasa? Terang-terangan pulak tu tak puasanya! Aku agak2 pompuan tu tokey budak2 tu, & stail dia "aku tak kesah korang nak puasa ke tak, yang penting korang keje dengan aku baik2". Silap2 dia pun tak puasa, huahuahua...

Isk... Nasib baik le aku lambat kuarkan kamera, kalau tak, aku snap 3-4 keping gambo buat tatapan korang kat sini.

Pasni, kalau ke bazaar ramadan ke pasar malam ke, sori la aku nak beli kat budak2 tak semenggah ni (selama ni aku tak penah beli pun dgn diorang, diorang jual apa pun aku tatau).

Aku harap aku takkan lupakan muka diorang sampai bila2, so that aku tak terbeli makanan berbuka daripada orang yang tak puasa dengan selambanya...


Image Hosted by ImageShack.us

Bantulah Saudara Kita di Palestin. Boikot Israel!

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin