Nampaknya sekarang ni, aku percaya ramai di antara kita semua tengah sedih & marah & meluat dengan tindakan israel laknatullah menyerang Freedom Flotilla yang cuma membawa orang awam yang terdiri daripada aktivis dan orang awam daripada pelbagai NGO yang termasuk di dalamnya mereka dari pelbagai negara dan agama, yang membawa bekalan makanan, ubat-ubatan & yang seumpamanya untuk penduduk Palestin.
Israel tu dah memang jahat kan, jadi diorang takde terkesan apa2 pun bila diorang serang orang awam yang tak bersenjata. Diorang tu kat akhirat memang sah2 la rugi (memang neraka itu destinasi terbaik untuk israel laknatullah), kat dunia pulak mungkin diorang untung untuk short term je. Long term, pasti merekalah yang rugi serugi-ruginya...
Tapi, macam mana dengan kita2 yang mengaku beragama Islam ni? Apa yang kita dah sumbangkan untuk saudara kita di Palestin? Adakah kita pun nak jadi orang yang rugi macam si israel tu?
Ya Allah Ya Tuhanku, Kau selamatkanlah mereka. Kau kuatkanlah semangat mereka sepertimana Kau menguatkan semangat rakyat Palestin yang diberkati. Kau kuatkanlah juga iman & semangat kami supaya sentiasa istiqamah dalam usaha kami menentang israel. Juga jadikanlah kami hamba yang mampu melawan hawa nafsu keduniaan yang sentiasa ada dalam hati kami. Ya Allah Ya Tuhanku, sesungguhnya kami ini hamba yang sangat lemah imannya...