Friday, February 27, 2009

rakanku dalam kepayahan...

Hari ini, aku dapat tau yang rakan sekolahku masa form 4 & form 5, berada di dalam wad disebabkan kanser. Namanya Nurul Izzati. Aku takdelah rapat sangat dengan dia, tapi kitorang boleh la kalau nak bersembang ke buat lawak ke...

Masa kat sekolah dulu, kelas Izzati sebelah kelas aku, roommate dia kat asrama pulak adalah ex-classmate ku, jadi ada masanya aku datang melepak di bilik dia. Lagi, dia belajar satu universiti dengan aku, di dalam fakulti yang sama walaupun jabatan berbeza - dia farmasi, aku sains bioperubatan. Selama yang aku kenal dia, dia memang seorang yang tough, bukan tough as in kasar tau, tapi tough as in tabah & sangat2 penyabar orangnya. Dia bernikah dengan suaminya semasa masih menuntut, sewaktu kitorang2 yang lain ni masih huhahuha tak tentu hala. Dia memang seorang yang jauh lebih matang berbanding aku & kawan2 yang lain.

Rasanya kali terakhir berjumpa (lebih kepada terserempak) dengan Izzati adalah dalam 3-4 tahun lepas atau 2-3 tahun lepas. Masa tu berselisih kat pasar malam dekat2 dengan rumah aku. Aku tengok dia macam kurus sikit, jadi aku tanya la dia sihat ke tak. Dia kata dia kurang sihat, tapi dia tak kata sebab apa. Aku lak, not wanting to be nosy, takdelah tanya dia sakit apa. Cuma lepas2 tu barulah dapat tau daripada kawan2 yang rakanku itu rupa2nya mengidap barah payudara. Tak lama lepas tu ada kawan yang bagitau yang Izzati dah buat surgeri buang sel2 jahat itu, & dah buat chemo & all. Lepas tu dia sihat... Alhamdulillah.

Tak sangka pulak sel2 jahat tu masih ada di dalam badannya dan telah merebak ke vital organ yang lain. Sekarang Izzati telah 2 minggu berada di Wad Surgeri, Tingkat 3, Hospital Putrajaya.
Aku ingin mendoakan yang terbaik untuknya.

Untuk semua yang membaca posting ini, harap dapat juga mendoakan Nurul Izzati walaupun kalian tidak mengenalinya. Terima kasih banyak2 ye...

~Izzati, bersabarlah menghadapi dugaan Allah untukmu ini. Setiap dugaan kesakitan yang engkau hadapi adalah penghapus dosa. Pasti ada hikmah di sebalik segala yang berlaku, baik untuk dirimu juga untuk diriku dan semua orang yang mengenalimu. ~

Image Hosted by ImageShack.us

2 comments:

yana said...

aku selalu terfikir..
org yg kena kanser ini orang-orang yang terpilih,
org2 ini tahu bila masanya utk mereka menemui-Nya...
doktor biasanya akan bg estimation utk diorng,tgk thp mcm mana..
Jadi mereka2 ini dpt mempersiapkan diri msg2 dgn bekalan yg mencukupi..
tak macam kita2..kita x tau bila mati dtg menjemput,bagi yg ada iman,kita akan selalu menjaga amal ibadat,bg yg x,biasanya enjoy dulu,lps tu nanti dh tua baru bertaubat(sbb kebanyakan org mati masa tua!)..tp alangkah sedih jika ditadkirkan mati tiba2..disaat tgh bermaksiat pulak..Ya Allah..jauhkanlah aku dn Muslim yg lain dr kehinaan itu..
Apapun..selagi hidup..usaha kenalah diteruskan..ko kena bg semangat pd kawan ko..ikut pengalaman aku dgn kawan yg ada kanser ni,mereka ni suka kalu dilayan mcm org yg sihat..
Kawan aku aritu didiagnos..sel kanser dah masuk hati dn tulang belakang..skrg dok mkn ubt..tp aktiviti2 rutin sibuk memanjang..anak dia 3 org..mmg tabah betul..
Masalah skang ni,kebanyakan dari kita kurang kesedaran ttg kanser,mostly,bila dh bsr sel tu baru tau..jd aku rasa kempen pencegahan kena kuat dr skang.Lebih2 lagi tren skang umur late 20s dh kena..biasanya late 30s ke atas..
So..Puan Munira kena wat kajian lebih mendalam psl pemakanan,gaya hidup dan persekitaran pesakit2 ni..adakah ianya mempengaruhi kadar pesatnya pertumbuhan sel2 tersbut,NOKTAH

al-qamar said...

betul, mereka2 ni dah sgt beruntung sebenarnya berbanding kita yg tidak tahu lgsg bila kita akan meninggal dunia. prognosis doktor tentang tempoh hidup seseorang pesakit tak semestinya tepat, tapi sekurang2nya mereka (pesakit2) dpt merapatkan kembali hubungan dgn Allah dalam tempoh masa yg diberikan tu.

tu la, aku rasa terpanggil utk lebihkan R&D utk cari anti-cancer ni...

Bantulah Saudara Kita di Palestin. Boikot Israel!

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin