Thursday, May 21, 2009

Hanya kerana sebuah komputer riba...

Pagi-pagi dah terkejar-kejar ke Poliklinik Bandar Baru Bangi untuk follow up checkup sebab demamku yang kononnya tak baik2 lagi ni. Untuk mengelakkan kebosanan, aku siap2 beli Kosmo! sebagai bahan bacaan masa nak tunggu turn (dah lama tak beli akhbar arus perdana sebab tak gemar berita & cerita kat dalam tu...).

Luruh jantung aku baca pasal seorang ibu, anaknya & orang gajinya mati dibunuh dengan kejam di rumah mereka di Ipoh pada siang hari. Mereka dibunuh oleh seorang penagih dadah yang berniat nak merompak rumah mereka. Yang lebih menyayat hati, si suami sempat mendengar jeritan isterinya apabila dihubungi oleh si isteri untuk memberitahu tentang kejadian tu sebelum si isteri, anaknya & orang gajinya ditetak berkali2 oleh si penagih dadah.

Semuanya hanya kerana sebuah komputer riba!!!

JAFRI memeluk anaknya Nur Afni manakala Nur Safura ditenteramkan seorang saudara selepas ibu dan adik mereka mati dibunuh di Taman Pinji Seni, Ipoh semalam.

POLIS memeriksa motosikal suspek kes bunuh di Taman Pinji Seni, Ipoh, semalam.

JAFRI (dua dari kanan) mententeramkan anaknya

(Berita lanjut di sini dan di sini)


Bahayanya hidup dalam dunia sekarang ni. Kat rumah yang kita rasa selamat pun dah jadi tak selamat. Memang betul2 buat aku takut tinggal kat rumah sorang2...

Apa manusia zaman sekarang ni dah berhati kering ke? Dah takde perasaan? Dah takde peri kemanusiaan sampai sanggup melakukan jenayah sehingga menyebabkan kematian?

Kepada semua mat ragut, mat samun, mat rompak, mat rogol, mat cabul, mat con dan semua mat2 yang lain (termasuk minah2 yang terlibat juga), insaflah! Bertaubatlah. Dunia ni hanya sementara. Kalau tak kena kat dunia ni, tunggu la di akhirat nanti.


Image Hosted by ImageShack.us

3 comments:

Sidratul Muntaha said...

mak moon
takut arr baca
tu dlm rumah tu
aduyaiii
naper ler jdi gitu
sedih arr
tkut plak sbb ayu selalu kat rumah dgn aqil jer

al-qamar said...

tu la, memang takut. masa baca paper tadi, mcm2 perasaan ada - sedih, kesian, marah, geram.
kalau hubby ayu takde kat rumah, kunci pintu, pagar semua. skrg ni dok mana2 pun tak selamat kan...

Anonymous said...

sedeyh...dah dekat je ngn kwn umah ju

Bantulah Saudara Kita di Palestin. Boikot Israel!

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin