Sunday, June 7, 2009

Rindunya kat UKM... (part 1)

Rabu & Khamis yg baru lepas ni, pi berkursus kat UKM-KCKL. Wahhhh!!! Tempat lamaku, rindunya!!!! It's been 8 years since I've graduated from university. Dah tua bangka dah rupanya... Bila la nak sambung master ni... Pemalas betul!

Taknak cerita pasal kursus. Ala, kursus biasa je, anjuran Fakulti Farmasi & DKSH (sambil2 company tu promote equipment).

Nak cerita pasal UKM-KCKL je. Sejak 8 tahun yang lepas:

1. Jabatan Farmasi yang dulunya di bawah FSKB, sekarang dah jadi FAKULTI Farmasi. Hebat!

2. Dekan FSKB ku yang terchenta pun sudah berubah. Time aku dulu Prof Azman (ajar subjek biochem) yang dekan, sekarang Prof Norhani (opto).

3. Pintu kecik dekat2 dengan kafe yang kitorang dulu2 selalu guna sebagai shortcut dari UKM ke IMR kat sebelah tu dah tutup. Kalau dulu, tu la jalan aku pi lab kat IMR masa final year project aku dulu, kawan2 aku pun selalu lalu situ je kalau nak pi animal house kat IMR.

4. Pintu belakang yang menghala ke HKL dah tutup untuk kereta. Aku perasan, cuma motosikal & pejalan kaki je yang boleh lalu situ.

5. Aku rasa time aku belajar dulu, macam takde je cat Blok A ke B ke C ke apa2 la kat setiap blok yang ada. Ke aku yang pelupa? Hmm...

6. Ada bangku untuk melepak2 berdekatan tangga utama kat foyer TIBE, dulu takde (kot...).

7. Pintu belakang kat DK4 dah tembus ke satu lagi lecture hall yang belum wujud semasa zaman aku belajar2 dulu.

8. Berhadapan blok opto & blok kafe ada satu kawasan tanah lapang yang berpagar yang tak dapat aku pastikan kawasan apakah itu. Kalau ada sesiapa student UKM-KCKL yang terbaca entry ni, jangan la segan silu bagitau aku apakah kawasan lapang itu ye...

9. Jabatan di bawah FSKB memang bertambah2 banyak.

10. Dah bertambah2 asrama luar untuk student sebab KTSN kat Taman Tasik Titiwangsa tu tak mampu nak tampung semua student.

11. Dr Ruzita dah jadi Pengetua KTSN ke? Laaa... Baru aku tau...

12. Yang lain2 tu, aku tak perasan apa lagi yang berubah.

Pernah pi UKM-KCKL lepas grad, kalau tak salah aku 2 kali - sekali masa pi meeting biomedic kat bilik mesyuarat FSKB, sekali masa nak jumpa member sebab nak bagi wedding present kat dia. Tapi dua2 kali tu pi sat sangat, tu yang tak perasan perubahan2 yang ada.

Ok la, tengok gambar pulak la, oke...

Blok yang menempatkan DK 1 & DK 2

Tengok jambatan ni teringat masa ternampak coursemate sendiri naik basikal tua sambil pegang henpon (time tu dia antara yang terawal la yang ada henpon, hehehe...)

Dulu kalau kitorang pi kelas jalan kaki, masuk ikut pintu pagar ni je. Lalu padang bola HKL, emergency dept, forensik sume...

DK 4 - tempat kursus berlangsung

Wah wah wah.. sedapnya cik adik berbaju purple tu makan...

Tempat menghilangkan lapar. Lepas OSPE (objective structured practical examination) Parasitologi, semua tak mau makan mihun/mee/laksa/spaghetti - geli tengok cacing, hehehe...

DK 4 - paling teringat muka Prof Rahim (Imunologi), Dr Rohi (Toksikologi), Dr Sharifa (Patologi) mengajar kitoraang kat dewan kuliah ni...

Library tempat menelaah/tidur/bertenet. Hai... macam2!

Kawasan lapang ni dulu tempat apa aaarrr??? Hilang ingatan terus!!


Image Hosted by ImageShack.us

2 comments:

yana said...

salam moon,
baru tahu rupanya dkt hkl ade fakulti ukm..memang rindu, aku skrg ni tgh rancang nak sambung bljr jgk,tp amik PJJ kot,nak amik 2nd degree,
ko jumpa alexander wisongko?dpt auto die x?
hbt kn die,engineering lecturer,tp agama hbt betul...
buku tu tlh membuka mata aku serba sedikit ttg agama mereka2 yg ingkar n sesat(yahudi n nasrani)
dan dr buku tu ko akn perasan bnyk doktrin jewish n christianity diserap dlm movie diorng..
esp...the chosen one..(haha..x habis2 rasa jewish yg plg hbt...)

Nora said...

Assalamualaikum
salam ziarah..tempat lapang tu dlu fakulti jururawat n medic upm..skang dh drobohkn..xtau nk wat ape..
saya pelajar thn akhir fskb..


visit http://uniqueofislam.blogspot.com

Bantulah Saudara Kita di Palestin. Boikot Israel!

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin