Monday, August 10, 2009

Perodua oh Perodua...

Minggu lepas, kilang Perodua kat Rawang ada buat Merdeka Sale. Sebenarnya sale ni untuk staf Perodua sahaja, tapi ada la sorang staf ni memang kitorang kenal, dia yang ajak kitorang datang kot2 ada benda yang nak dibeli (kalau dia tak bagitau, memang kitorang tak tau!). Aku bagi nama kat dia as 'A' je ek.

So bergeraklah kitorang ke Perodua Rawang sejak awal pagi... sampai kat Rawang dalam jam 9.15 pagi. A tak sempat tido lama kitorang pulak sampai (dia baru balik dari syif malam, malam sebelumnya). Dari rumah A, kitorang ikut kereta dia ke Perodua.

Sampai2 di destinasi, pak guard suruh kitorang pergi ke ruang lapang kat depan office (tak pasti office apa, admin ke sales ke...). Diorang bukak khemah jualan kat situ.

Kitorang pun terus la pilih barang apa nak beli. Ingat nak beli bateri (sebab bateri yang tengah pakai sekarang ni dah dua tahun lebih), rim tayar satu set (sebab beberapa bulan lepas, ada rim yang retak), spark plugs, first aid kit & wiper blade untuk cermin belakang.

Dah pilih2 barang (dari katalog & list barang2 sahaja!), kitorang pun amik order form untuk diisi. A tolong isikan form tu sebab nak pakai nama dia (dia kan staf...) & dia pun ada gak nak beli barang untuk diri sendiri. Antara item2 yang perlu diisi macam nama barang, item code & discounted price.

Isi punya isi, kitorang pun mencari2 le siapa yang responsible untuk terima order form tu. Last2 keluar sorang pompuan ni dari office tu. Pompuan tu kata, gi bayar dulu kat sorang budak laki kurus ni, nanti boleh setelkan amik2 barang.

Alahaiii... lembabnya la hai budak laki yang nak terima bayaran tu (kitorang bayar pakai kad kredit). Lepas dah bayar, budak laki tu suruh gi jumpa pompuan yang kitorang jumpa masa bawak order form tu.

Pompuan tu amik form tu, dia kata petang karang dalam kul dua datang balik untuk amik barang2. So kitorang pi la makan2 lepak2 baca suratkhabar & solat.

Dalam kul dua gitu, kitorang gerak semula ke Perodua. Ada sorang pompuan lain amik form kitorang. Dia check dalam sistem. Tengok2, ada plak barang2 yang takde. Takde tu ada yang bermakna barangnya ada tapi takde dalam sistem & ada jugak yang bermakna barang tu memang out of stock!

CISSS!!!!

Pastu pompuan tu cepat2 masukkan item code yang asalnya takde dalam sistem, ke dalam sistem. Oke, bagussss... So maknanya kitorang boleh beli barang tu.

Abis, barang2 yang out of stock tu cemana? Kad kredit dah swipe. Dia kata boleh kensel amaun yang dah swipe tadi, tapi rupa2nya budak laki yang lembabsss itu dah buat payment settlement dengan bank. Aiyarkkk!!!

Kitorang cakap nak cash refund. Dia kata akan bagi refund hari Isnin (hari ni la!) masa nak amik barang nanti.

WHAT???!!!??? AMIK BARANG HARI ISNIN??? BUKAN HARI NI KE DAPAT BARANG???!

Masa ni aku dah bengang2 dah. Ye la, apasal masa pilih barang atau masa nak bayar tadi takde sorang pun yang bagitau pasal ni? A pun dah bising2 sebab hati dah panas, dia dah bercekang mata tak tido semata2 nak beli barang. Dah la suruh kitorang datang balik petang tu, katanya untuk 'amik' barang. Apa daa...

Kitorang tak kira, kitorang nak jugak cash refund tu hari ni. Akhirnya pompuan tu mengalah, terpaksa gak bagi duit tu kat kitorang (dia dah boring kot kitorang asyik desak2 dia, kehkehkeh!).

Last2 ada sorang laki ni (nampak macam gaya bos kat office tu je...) bising2 kat staf kat office tu sebab tak bagitau kat customers yang barang2 boleh amik pada hari Isnin sahaja.

Bayangkan orang yang beli 3-4 hari awal daripada kitorang. Duit dah bayar, tapi barang tak dapat2. Duit orang nak cepat, bagi barang lambat... Ada ke patut? Lembabssss tahap gaban!!!

Hmmm... apa boleh buat, terpaksa la tunggu Isnin. Dah plan dah, lepas kerja terus gegas gi Rawang amik barang.

Sehari lepas gi Perodua yang lembabss itu, tiba2 A tepon my significant other kata dia dah amikkan barang2 yang kitorang beli. Eh? Semalam kata boleh amik hari Isnin, cemana boleh dapat awal ni?

A kata rupa2nya ramai gila staf lain (termasuk kawan2 A) yang dah bising2 kat staf kat office tu & diorang kata diorang nak amik barang hari tu jugak. Kira ala2 mini demo la kot kat depan office tu, hehehe... Tu yang diorang terpaksa gak bagi barang2 awal dari yang sepatutnya.

Padan muka!

Kitorang yang memang kebetulan tengah ada kat Jusco Taman Equine, terus bergegas ke rumah A kat Rawang.

Alhamdulillah, barang semua selamat sampai ke tangan kitorang... Tapi yang kelakarnya, rupa2nya Perodua jual bateri tanpa asid, kering je, hahahaha!!! Bateri tu cap Yokohama (cap bagus kot ni..). Tapi budussss betul la jual bateri takde asid.

Kitorang bawak bateri tu pi kedai dekat2 area rumah kitorang. Orang kedai tu tolong masukkan asid, tolong charge sampai panas, pastu terus pasang ke kereta. Orang kedai tu tanya mana kitorang beli bateri kering kontang tu? So kitorang bagitau la beli kat Perodua Rawang. Dia tanya lagi berapa harga? Kitorang cakap RM180 (tu harga asal, mahal kan? Tapi harga diskaun RM122...). Orang kedai tu kata mahal gila (memang pun!), sebab dia pun jual bateri cap Yokohama, siap dah ada asid, boleh terus pakai, harga cuma RM150.

Pasni tobat dah, tamau gi lagi sale Perodua. Staf sendiri pun dia boleh treat macam tu, agaknya cemana la diorang akan treat customer biasa macam aku & korang2 kat luar tu...

p/s: Apa2 pun, tahniah kepada staf Perodua Service di Balakong. Aku tak tau apa korang dah buat, tapi memang hilang terus bunyi2 pelik yang kereta comelku buat sejak setahun dulu. Dah gi 5-6 bengkel pun masih tak oke2, tapi korang berjaya!!! Pastu aku tak tau tuning apa yang korang dah buat kat kereta aku, tapi makin save minyak lah! Best, best!!!


Image Hosted by ImageShack.us

5 comments:

Pija Madzlan said...

Malaysia...Malaysia...

yana said...

kan..
kempen bukan main,
suruh beli barang buatan Msia,
tp service hampeh...

Tengku Aziah said...

biasela..tp kire bahaye tu dh byar tak dpt barang~

al-qamar said...

@sitisifir Malaysia tanah airku... hmmm... susah nak cakap.

@zana tu la, kempen bagai nak rak, tapi servis & quality barang still pada takuk lama

@tengku tu la pasal. tapi sebbaik dah dapat pun barang2nya :)

CATZ said...

wah..tingginya tahap kesabaran u ols..
hehehe..aku yg baca ni pun a bit menyirap...duit org dia nak cepat je pulak..bila brg takde liat dia nak bagi balik..dah le barang pun belum dpt..mmg bagus korang desak..
bravooo..

Bantulah Saudara Kita di Palestin. Boikot Israel!

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin