Thursday, November 5, 2009

Balik keje malam...

Aman damai gila opisku hari ini. Mana taknya, semua kat Awana Genting Highland tengah sibuk berbengkel. Aku sorang2 je dalam bilik aku ni, yang lain semua berada dalam kabus, hehehe... Best gila oke dok sorang2 camni, takde gangguan. Bos2 aku pun ada kat bengkel tu. Kalau ada orang tepon bilik aku ni, aku nak buat2 pekak tinge je, buleh gitu? :D :D

Ada orang tanya aku, "Diorang semua pi Genting. Awat ko tak pi pulak? Bukan ke ko orang kuat bengkel tu ke?". FYI, aku ni kiranya 2nd important person la untuk kelangsungan perjalanan bengkel tu selepas bos aku, wakakaka!!!

Bukan aku tamau pi, tapi semalam 4/11 aku kena bertugas kat Parlimen. Bengkel tu pulak start since Selasa 3/11 sampai arini 5/11. So kiranya aku kena pi Parlimen tu hari yang tengah2. Tak kuasa aku nak ulang-alik 3 hari berturut2, dah le aku ni memang cepat letih.

Aku pi Parlimen tu kejenya bukan jadik YB yer kawan2, tapi kena mencatat kot2 ada soalan/isu/usul berbangkit dari YB2 dalam Dewan Rakyat nun.


BOSAN HOKEHHH!!! TAK BEST LANGSUNG!!!


Tinge nak kena alert je takut terlepas dengar. Partner aku masa bertugas tu sorang officer dari Jabatan Kimia PJ.

Aku ni nama je dah kali ketiga bertugas kat Parlimen, tapi macam blur gila (Sebab bertugas pun 2-3 tahun sekali). Sebbaik pegawai dari kementerian tu tersangatlah friendly, bagi briefing apa2 yang patut kat aku & partner kimia aku tu.

Cuma satu je yang best sikit berbanding dua kali yang aku bertugas sebelum ni - kali ni geng PR ramai dalam Dewan Rakyat, so biasa la insiden tinggi2 suara, gaduh2 tu. Kalau yang dulu2 tu, semua dok yes boss, yes boss je, macam takde pendirian & pendapat sendiri je. Tapi sekarang ni bila dah kena sergah sikit2 dengan geng PR, baru la panas punggung tak senang duduk. Tapi oke whaaattt.... Ada check and balance antara satu sama lain, especially untuk pihak majoriti la.

So siapa kata pembangkang ramai tak bagus? :P

Antara isu2 yang diorang timbulkan - isu caj extra untuk kad kredit (Macam yang PM cakap masa bentang bajet 2010 aritu), isu royalti vs wang ehsan untuk rakyat Terengganu & Kelantan, isu pengundi hantu, isu pembangunan di kawasan pedalaman Sabah & Sarawak, isu persijilan halal, isu dana untuk penggiat dakwah vs penggiat seni, etc etc...

Tapi isu yang paling panas of course la isu royalti minyak untuk Kelantan & Terengganu. (Siakap senohong gelama ikan duri, bercakap bohong lama2 mencuri. Eh, ke terbalik ek? Mencuri dulu baru cakap bohong kot? Hehehe... Jangan marah haaaa...)

Time kurang panas, kelopak mata aku ni macam ada setan dok bertenggek atas tu, ngantuk gila. Makan gula2 pun tak jalan. Partner kimia aku tu dah berapa kali terlelap.

Time panas orang bertekak2 tu, buntang pulak mata aku ni, hihihi!

Tapi kalau korang nak tau, diorang ni gaduh2 manja je aku rasa... Sebabnya kan, kat dalam Dewan Rakyat tu kemain la gaduh, hentak2 meja bagai. Tapi time break, boleh pulak diorang ni dok semeja, sembang gelak2, macam takde apa2 yang berlaku je. Ada tu, siap boleh belanja nasi lemak pulak kat geng sebelah. Rasa macam pelik la pulak, kan?

Tapi aku nak bersangka baik. Aku anggap diorang ni gaduh2 dalam 'waktu bekerja' je. Luar waktu tu, kalau diorang sembang2 pun, tak masuk bab politik agaknya. No hurt feelings... Agaknyalah. Kalau tak betul, wallahua'lam, aku pun tatau...

Makanan kat cafe parlimen tu pulak, mahal la jugak. Bayangkan teh o secawan regenya RM1.50. Nasi lauk bodoh2 je dah RM4.50, haduiiii... wajib isi borang claim ni! Tapi dua kali sebelum ni aku rasa lagi mahal tak ingat, so kali ni murah sikiiiiiit je daripada yang dulu2 tu.

Nak tau apa pengalaman aku yang paling tak best bertugas kat Parlimen kali ni? Diorang abis bersidang kul 10.45 mlm.

Diulangi, 10.45 MALAM!!!!

Hilang akai apa?

Dah abis tu, bukannya aku & partner kimia aku boleh balik terus. Kena report kat pegawai kementerian tu lagi. Taip balik apa2 isu yang kitorang catat tu (Kalau ada laptop sendiri/opis, baik bawak, pastu boleh la taip terus apa2 isu tu. Malangnya, laptop baru aku baru sampai hari ni, hihi), pastu sign, pastu dia fax ke opis dia kat Putrajaya. Tengah2 dok menaip tu (Aku buli partner kimia aku suruh dia taip sebab dia baru first time bertugas, jahat tak?), guard dah jenguk2 dalam bilik sebab dia nak kunci pintu dah. Apa lagi, kalut la kitorang bertiga.

Siap2 semua dalam kul 11.05 minit. Turun tangga dari bilik kementerian tu nak ke pintu keluar, gelap gulita. Diorang dah tutup lampu, huhuhu!!! Tangga pun gelap. Terpaksa la aku melangkah dengan langkah yang ayu & berhati2...

Jalan sampai ke kete, dalam kul 11.10. Start enjin, terus vroooommmm balik umah. Kul 11.35 dah sampai umah. Less than half an hour you.... Gile cepat oke, heheheh! Kat KL still banyak kete, so aku bawak dalam 80-90 km/j je. Tapi lepas je tol Sungai Besi, aku pun mula la tekan sampai 130 km/j all the way (Dalam highway aje la...).

Tapi kan, ada ke speed trap malam2 buta tu ek? Kang tak pasal2 sampai je surat saman kat umah :P

Sampai umah, sempat berFB dulu, pastu isi perut sikit, pastu basuh muka, pastu baru tido. Sebbaik le aku dah siap2 solat Isyak kat Parlimen sebelum balik, huhuhu!!!

Till my next entry...

Adios amigos!


Image Hosted by ImageShack.us

2 comments:

Ummi Adam said...

kire tugas u nih lebih kurang samalah my sister in law. Kadang2 kena pergi parlimen.U pun PTD ker?

al-qamar said...

ummi adam, saya bukan PTD, tapi gomen officer la... saya ni dalam 2 tahun, maybe skali je pi parlimen... :) setakat ni dah pi 3 kali. tapi kali ketiga ni la yg kena balik lewat malam.

Bantulah Saudara Kita di Palestin. Boikot Israel!

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin