Friday, July 30, 2010

Setelah sekian lama...

Salam....

Ntah tak tau kenapa semenjak dua menjak ni macam takde mood je nak update blog. Tapi nak blogwalking tu memang sentiasa ada mood, cuma malas nak tinggalkan jejak je :D

Semalam aku sudah gaduh sama satu mamat sengal (MS) di alam maya. Gaduh pasal apa tau? Gaduh pasal infinity downline (ID) a.k.a. login FB dapat RM100, hahaha! Korang yang ada akaun FB sure pernah dengar kan pasal benda alah ni? Mesti ada je kawan2 di alam maya yang cuba nak tag nama korang kat gambar duit berkepuk2 la, gambar simbol dollar tu la, etc etc...

MS tu bukannya aku tak kenal, my significant other pun kenal. Kalau dengan orang aku tak kenal, tak kuasa aku nak berdebat poyo2 nih.

Tapi kenapa aku mau gaduh sama itu MS? Sebenarnya aku bukan nak gaduh sangat pun, just nak bagi reminder je kat dia pasal keraguan yang dipraktiskan dalam sistem ID tu, jadi lebih baik dielakkanlah. Yelah, kononnya kan kawan2, so kita wajib ingatkan orang2 sekeliling kita especially family members & friends pasal baik buruk sesuatu benda jika kita dah tau. Tapi yang jadi gaduh tu sebab mungkin ayat2 aku 'mengguris' hati & perasaan MS, dan telah 'mencalar' maruah & ketinggian akal fikirannya yang dia sanjung tinggi selama ni, hehehehe...

Aku lupa lak nak print screen sesi 'pergaduhan' (Macam poyo je aku ni, uweekkk!) aku dengan itu MS. Kalau tak, boleh la tayang kat sini kan :p

My significant other tak cakap apa2 ke? Bila dah tau, dia just geleng kepala je. Tak marah aku pun, cuma mengingatkan lain kali jangan layan orang sengal macam tu (See??? My significant other pun ada sikit tak suka sama itu MS sebab pernah ada pengalaman buruk dengan dia sebelum ni).

Nak tahu lebih lanjut tentang keraguan dalam sistem ID, boleh rujuk di sini, sini dan sini ek.


Haaa.... Ada satu lagi hal yang menyebabkan MS tu sangat bengang sama aku. MS tu ingat aku tak tau ke hutang lapuk dia kat my significant other yang tak langsai2 lagi tu, dah berapa tahun dah ni??? Nilainya memang tak seberapa, tapi hutang tetap hutang, cuma my significant other tu dah letih dengan perangai MS sekor ni, jadi dia senyapkan aje.

Cerita pasal hutang tu macam ni. MS ni berhutang dengan my significant other dalam beberapa ratus ringgit (tapi tak sampai RM500). Konon2 nya nak bayar full cepat2, tapi harammmmm... Dia bayar sikit, pastu senyap, bayar lagi sikit, pastu hilang. Nak kata orang tak berduit, tengok dressing macam stylo gitu, kete pun boleh tahan gak hebat.

Last2 MS tu buat apa tau? Dia suruh my significant other kutip balance hutang dia (si MS tu) kat dua orang mamat lain, aku gelar mamat A & mamat B. Kebetulan mamat A & mamat B ni berhutang dengan si MS ni & jumlah hutang mamat A & mamat B sama macam jumlah hutang si MS kat my significant other. Eh, boleh paham ke ayat aku nih?

So, nak dijadikan cerita, mamat A memang terus bayar kat my significant other. Tapi mamat B pulak yang bertangguh2 bayar sampai la sekarang.

Yang aku geram tu, ada ke patut MS yang hutang kat orang, tapi dia boleh pulak main suruh2 orang yang bagi hutang kat dia (my significant other la tu) supaya gi kutip hutang kat orang yang berhutang dengan dia. Waaa.... Ayatku sudah jadi ayat pening2 lalat gitu.

Masa nak balik rumah tengahari tadi (hari ni kan Jumaat, rehat lama), my significant other bagitau aku si MS tu mintak no akaun dia, dia nak transfer amaun yang dia hutang tu ke akaun my significant other. Aku angguk je, tapi memang puas hati aku. So lepas ni my significant other tak payah nak tagih2 hutang kat mamat B tu lagi, pandai2 la si MS tu nak mintak balik duit dia kat mamat B :D

Teruk ke aku buat macam tu ek?



Image Hosted by ImageShack.us

3 comments:

shaza said...

Munirah, kite pun tak kuasa tgk iklan yang join fb dapat 100 tu. Macam2 cara ambik gambar nak kelabukan mata orang. Ade tu sampai sanggup guna budak2. Tapi yang heran kenapa ramai sangat yg boleh terpengaruh. Dah banyak kali keluar paper takkan tak faham2 lagi kot. Dalam hidup ni, mane ade jalan senang nak dapat duit.

Pasal orang yg berhutang tu, mmg patut patut pun awak mintak. Sepatutnya bila dah hutang tu pandai2 lah bayar. Dah nama pun pinjam kan.

al-qamar said...

Itulah kan Shaza? Ramai sangat yang terpengaruh. Orang2 macam ni cuma tau nak senang kaya dengan mengharapkan hasil usaha orang lain, tak berkat rezeki camtu kan... Tapi susah nak tegur dah orang camni sebab mata dah kelabu nampak duit. Kadang2 hukum pun boleh dibuat main, bahaya betul!

Sebenarnya memang saya rasa lega sebab si MS tu dah setelkan hutang lama dia, so lepas ni kami berdua dah taknak ada kaitan apa2 lagi dengan dia. Pinjam pandai, nak bayar balik sikit punya liat.

yana said...

moon..
org slalu lupa kata2 ni..
'bukan senang nk senang,
tp senang nk susah'...
org kite slalu nk cpt kaya kn?

Bantulah Saudara Kita di Palestin. Boikot Israel!

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin