Tuesday, March 30, 2010

Kemalangan di BHPetrol Jalan Cheras

29 Mac, 2010 14:04 PM

Maut Apabila Dilanggar Ketika Sedang Mengisi Minyak


KUALA LUMPUR, 29 Mac (Bernama) -- Seorang lelaki tempatan yang sedang mengisi minyak keretanya maut apabila dilanggar sebuah kereta yang terbabas akibat satu kemalangan di sebuah stesen minyak di Jalan Cheras, Taman Midah dekat sini Ahad malam.


Pegawai Turus Siasatan dan Perundangan Trafik Kuala Lumpur DSP Abdullah Roning berkata mangsa, Mohd Yusri Abdul Wahab, 32, dibawa ke Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) dan disahkan meninggal dunia 2.15 pagi tadi akibat kecederaan parah di kepalanya.

Dalam kejadian yang berlaku kira-kira pukul 10.30 malam itu, mangsa baru sampai ke stesen minyak itu dan kemudian keluar untuk mengisi minyak keretanya jenis Proton Iswara.

"Sedang mangsa mengisi minyak, tiba-tiba datang sebuah kereta jenis Hyundai Getz yang merempuh mangsa dan mengakibatkan mangsa cedera parah di keseluruhan badannya."

"Siasatan awal mendapati Hyundai Getz yang dipandu seorang perempuan berusia 23 tahun itu terbabas setelah terlibat dengan sebuah kereta di jalan raya berhampiran stesen minyak itu namun hanya mengalami kecederaan ringan," katanya.

Polis sedang mengambil keterangan dari pemandu kereta jenis Hyundai Getz itu dan kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

-- Bernama




Innalillah...
Arwah mangsa maut di tempat yang tak disangka2...

Tapi memang g*****g sungguh lady driver tu. Ada yang claim that lady driver was DUI. Ada jugak terdengar/terbaca si pompuan tu konon2 nak mengelak a small accident right outside of the gas station (kat jalan besar tu), tup2 dia pulak menyebabkan accident kat tempat lain.

Sedih kan tengok tangan anak arwah menggapai2 (mungkin dia nampak ayah dia terbaring?) sambil dipegang oleh ibunya.

Apa2 pun, semoga roh arwah dicucuri rahmat dan semoga family arwah tabah dan sabar menghadapi dugaan yang menimpa...


Image Hosted by ImageShack.us

3 comments:

Anonymous said...

Station minyak tu bukan di taman midah. Taman Midah hanya ada Shell. Selain tu, kereta tu Honda Jazz bukan Hyundai Getz.

http://forum.lowyat.net/topic/1372611/+20

al-qamar said...

to mr/ms anon 11.09,

tq for the info, but itu kan info dlm paper (i'm not saying that berita dlm paper tu 100% buleh dipercayai, LOL!)

at least i got my entry title right :)

Anonymous said...

tak kisah lah apa pun, tapi pemamdu kete 'putih' tu bangangggg laa....
-nAPIS

Bantulah Saudara Kita di Palestin. Boikot Israel!

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin