Tuesday, February 24, 2009

Ikan Bakar Fend

Hari Ahad lepas, dalam pukul 10 pagi gitu, tengah dok pikir2 nak masak apa untuk lunch hari tu, tetiba my significant other suggest gi makan kat Kelana Jaya. Macam ni dialog kitorang hari tu:

MSO: Jom pi lunch kat Kelana Jaya.

Aku: Mak aii.... Jauhnya nak pi makan, sampai ke Kelana Jaya tu. Nak makan apa kat sana?

MSO: Makan ikan bakar, hehehe...

Aku: Ala, kan kat Bangi pun ada ikan bakar.


MSO: Tapi yang ni lain. Aritu tengok kat astro prima, apa tah nama rancangan ala2 Jalan2 Cari Makan tu, tu yang teruja nak try.


Aku: Oh ek? ok gak tu, hehehe...


So kitorang pun berebut2 gi mandi (hahaha! kitorang kalau hujung minggu memang lambat sikit mandi). Dah siap2 wangi2 semua, kitorang pun gerak dari rumah dalam pukul 11.30 pagi.

Tempat yang kitorang tuju aritu adalah Restoran Ikan Bakar Fend. Tempatnya dekat area belakang Giant Kelana Jaya & dekat2 dengan Dataran Glomac. Rumah kedai biasa je, papan tanda kedai pun takde, pakai banner bodoh je... Tapi punya la ramai manusia kat restoran tu masa kitorang sampai. Kitorang kena tunggu orang siap makan baru boleh duduk, fuhhh!!!

Nampak tak kakak pakai baju putih, seluar hitam tudung hitam yang tengah membongkok tu? Sebelum tu, kitorang duduk kat meja tu le, kikiki...

Konsep restoran tu, jual nasi set bersama ikan atau ayam bakar. Ikan ada macam2 jenis - ikan kembung, keli, pari, siakap. Dalam set tu termasuk nasi, ikan/ayam bakar/salad/ulam, air asam & kuah asam pedas. Disebabkan diorang jual set2, so senang je nak kira, ie satu set RM6 ke RM6.50 ke... Pastu boleh order sup tulang kalau nak hirup2. Pastu ada la air2 minuman yang pelbagai.

Aku order satu set nasi dengan ayam bakar, my significant other order set nasi dengan ikan kembung bakar. Disebabkan orang yang teramat ramai, aku kena duduk chop meja, & my significant other gi beratur amik makanan. Pastu my significant other konon2nya nak order satu lagi specialty restoran tu, sejenis dessert yang digelar chikong (macam lai chi kang sikit tapi ada jeli2 bagai...) , tapi ada lak budak yang amik order tu kata nak buat benda tu lambat. Tu kalau bos dia dengar tu sure dia kena marah. So takpela, kitorang order teh o ais limau saja. Disebabkan aku memang tengah lapar time tu, so makan dengan agak laju (tak macam selalu, lembap).

Untuk aku, nak kata sedap sangat sampai termimpi tu takde la. In fact, aku pernah rasa ayam/ikan bakar yang lagi best kat Unikeb UKM (walaupun sekarang macam dah kureng sikit). Satu yang aku suka kat Fend ni, air asam dia berasa. Yum!!!

Masa dok minum air lepas makan, ternampak la kakak kat meja sebelah kitorang makan chikong yang kitorang tak jadi order tu. Macam menarik, so aku suruh la my significant other tengok meja kakak sebelah tu sambil aku tanya dia apa nama benda tu (aku ni pelupa...). Kakak meja sebelah tu siap terdengar lak soalan aku, so dia pun jawab (bagi pihak la ni) yang sebenarnya dia pun tatau apa nama benda tu sebab dia pun baru first time nak try. Ntah2 dia pun tengok kat TV macam kitorang jugak, hehe... Pastu kakak tu ada order gak air bandung cincau (cincau kot sebab macam itam2 je) yang macam ada whipped cream kat atasnya. Nampak tersangatlah menggoda... Takpela, maybe lain kali boleh datang try lagi...

Cari jalan ni, jumpa la Restoren Ikan Bakar Fend...


Image Hosted by ImageShack.us

2 comments:

CATZ said...

hi peminum teh..
hiks..
thanks for visiting blog akak..
ha..mana tau link ye?
hiks...
nice blog anyway...
hem..nice info on kedai ikan bakar..
akan ku terjah tak lama lagi..
ehm..gambar foodnya takde yer?
wah..ko pun suka gak masak2..
bleh akak try resepi mu...

catz@ k r*ha

al-qamar said...

hi kak catz... time kacih visit blog saya yg tak seberapa ni.
tu la, lupa nak amik gambo mknan, dah abis baru teringat huhu, sedih saya.
saya takdela rajin nak masak2 sgt, tapi bila teringin tu, mmg rajin la tgn ni...
ni wiken ni tgh dok pikir nak mkn apa yg best2 sket hihi.

Bantulah Saudara Kita di Palestin. Boikot Israel!

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin