Hari ini berehat di rumah. Doktor bagi MC sehari sebab aku ngadu kata aku sakit pinggang.
Sakit pinggang datang mengejut malam semalam, lepas solat Isyak. Malam tadi tido dalam keadaan yang tersangatlah tak selesanya. Pagi tadi terpaksa solat duduk.
Doktor kata kemungkinan sebab physical & mental stress. So aku kena lepak2 rehat di rumah saja. Aku oke je, hehehe...
Mula2 doktor kata nak injek kat punggung, tapi since aku kata aku ada allergic kat satu ubat ni, terpaksa la doktor bagi ubat lain yang tak berapa kuat...
Lepas isi perut sikit & makan ubat, rasa lega sikit pinggangku ini. Tapi doktor dah bagitau kalau sampai hari Jumaat masih lagi sakit pinggang, kena datang klinik semula, check urine lak, kot2 something wrong dengan buah pinggang.
Harap2 takde apa... Instinct aku kata memang aku tengah stress. Nampaknya tujuan aku balik kampung hujung minggu lepas untuk kurangkan stress tak menjadi sangat la. Kena balik lagi dalam masa terdekat la nampaknya, hikhikhik...