Hmmm... Ada la sekali kot, tu pun kalau rajin :D
2. Cik puan mengamalkan 'family planning' tak?
Owh tidakkk.... Sorang pun belum ada, apa kejadahnya nak buat family planning?
3. Adakah cik puan berpuas hati dengan jumlah anak sekarang? Ada perancangan untuk menambah?
Bukan perancangan untuk menambah, tapi perancangan untuk mendapatkan seorang. But everything happens for a reason, aku redha kepadaMu...
4. Sanggup kongsi blog dengan suami tak? Maksudnya bersama-sama bikin entry.
Takde hal, tapi suamiku yang tak minat nak tulis2 blog ni, hihihi...
5. Andai kata suami cik puan dalam diam mempunyai blog tanpa pengetahuan cik puan, tetiba kantoi bila dapat tahu dari orang lain. Pastu semua follower ialah gadis-gadis jelita, kalau lelaki pun yang blom akil baligh je baca ,cik puan hangin tak? Kalau hangin, nak buat apa? Baling periuk ke?
Hmmm... tak pernah pulak terpikir sampai ke situ.
6. Akhir kata, sila sertakan sekeping gambar cik puan ketika zaman sebelum kawen.
Ni masa tengah sibuk mengorder teh kat teahouse masa kat Seoul 3 tahun lepas. Bukan reti pun cakap Korea, tapi sangat2 bersyukur ada Malaysian students yang sporting gila & baik hati bawak aku jalan2... Yang kaler oren kat depan tu adalah Mister Potato, made in Malaysia lagik!! Ada tanda halal Malaysia lagikk!!! Apa lagi, makan la!