Friday, April 3, 2009

Pulang ke Taiping & kejadian tidak diduga...

(A) Esok, Sabtu 4/4/09 nak balik Taiping, yahoo!!!

Banyak benda nak buat:
1. Update buku LUTH Mak & Abah.
2. Layan budak2 kecik seramai 3 orang, sure seronok nanti...
3. Makan mee banjir udang kat Kuala Sepetang.
4. Klik2, snap2 gambar sekeliling Taiping (kan sekarang tengah musim nak mengundi, aku jadi political tourist pun cukup le...)
5. Mengajar trick2 baru kat budak2 tu (kalau termampu la).
6. Main dengan anak kucing!!!
7. Jangan lupa jugak bawak balik keropok2 (yang dibeli sewaktu jalan2 di Kemaman), asam keping (yang dibuat sendiri oleh pakcikku di Kelantan) & kek coklat (yang aku beli dari Kak Manisah kat opis semalam) untuk family di Taiping.


(B) Malang tidak berbau, Innalillahi wa innailaihi raji'un...

Begini ceritanya. Hari ni kan hari Jumaat kan, so haruslah kitorang balik ke rumah (aku boleh tido2 sementara my significant other gi solat Jumaat). Memang tengahari tadi terik mataharinya menyengat semacam. Seperti biasa, masa orang bersolat Jumaat, aku lak tido dengan kipas direct ke arah aku. Dan seperti biasa juga, my significant other akan ke surau Jumaat melalui jalan pintas yang hanya boleh dilalui oleh motosikal sahaja (lalu kat atas rumput kat tepi jalan) disebabkan jalan tu di barricade dengan palang & silinder konkrit.

Lebih kurang jam 2.40, kitorang pun nak gerak semula ke tempat kerja dari rumah. Bila tiba di kawasan jalan yang ada palang konkrit tu, tiba2 kitorang nampak ada 3-4 biji kereta & sebuah kereta polis berhenti kat situ. Mestilah kitorang musykil apa yang jadi, so kitorang pun berhenti sama. Mana la tau, kot2 ada pencuri ke PATI ke kena tangkap kan...

Rupa2nya, ada seorang jiran (seorang pakcik dalam lingkungan umur akhir 40an atau awal 50an) di kawasan rumah kitorang meninggal dunia sebab dihempap oleh palang konkrit yang menghadang jalan tu semasa pulang dari solat Jumaat. Ya Allah! Berderau darah aku masa tu... Teori kitorang, mungkin pakcik tu terlupa kewujudan palang tu, atau mungkin panas terik menyebabkan matanya menjadi silau. Motornya pula terpelanting ke depan.

pakcik baju biru muda tu memang jiran yang sangat prihatin, kat mana2 tempat kejadian jenayah kat kawasan ni, dia selalu ada...

gambar lagi

Aku & my significant other kurang pasti nama pakcik tu. Walaupun begitu, aku berharap agar semua yang membaca tulisan ini agar dapat menyedekahkan Al-Fatihah kepada beliau. Semoga roh beliau ditempatkan dalam kalangan mereka yang beriman.



Image Hosted by ImageShack.us

3 comments:

yana said...

takziah buat jiran ko..
itulah kn..ajal maut x knl tmpt..
tmpt yg selalu kite lalu pn
bole jadi tmpt kematian kita..
hatta di atas katil sendiri pn
malaikat maut boleh menjemput...
apapun.."kita milik Allah dan kepada-Nya jugalah kita kembali"

balik Taiping terus mengundi ker?
waa..nti jgn lupa update dkt blog n fb..citer PRK dkt B.Gantang..
doa aku sentiasa yg terbaik buat Ir.Nizar..dia adalah calon terbaik pnh dimiliki PAS setakat ini..
education..career..yg penting..WARAK!!!
haa..yg tang tu UMNO awl2 lg dh kalah..kui..kui..kui..
err..ke hubby org UMNO?
sori..
satu lagi..
balik Perak intai2 la citer2 dato' bahaman..maharajalela..dll..
pastu analisis..
ibarat kata2 H.Tuah
"akukah yang benar,atau Jebatkah yang benar"

CATZ said...

eh..ni kat BBB ke?..area mana ni?..
iskkk....

al-qamar said...

ni kat bukit mahkota kak, dekat2 dengan rumah cluster...

Bantulah Saudara Kita di Palestin. Boikot Israel!

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin