Monday, May 18, 2009

Kedemaman di hari Isnin

Haishhh!! Apa la nasibku ini asyik demam saja... Baru letak artikel pasal A H1N1 kat blog, ters la demam. Tapi aku bukan kena demam yang tu yerrr...

Demam mula dari Jumaat lepas lagi, tapi bukan la demam sampai takleh gerak. Makan masih berselera, badan pun takde la lenguh2, cuma suhu tinggi & sakit kepala (sebab kepala panas sangat la ni!). Berapa banyak panadol dah aku telan...

Hari ni, EL, duduk saja di rumah. Nak gi klinik ambik MC macam segan pulak sebab dalam pukul 11 tadi, badan macam dah berpeluh2, nak kebah la tu kot. Kalau gi jumpa doktor, karang doktor kata kita tipu dia lak, huhu!

Walaupun badan dah kebah, kepala masih lagi sakit2, pastu asthma pun datang jugak. Biasa la, aku ni kalau demam, tak sah kalau tak kena asthma jugak.

Harap2 esok pagi badan jadi sihat seperti sedia kala.


Image Hosted by ImageShack.us

Bantulah Saudara Kita di Palestin. Boikot Israel!

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin