Sunday, March 29, 2009

From Bangi to Kuantan with love

Last weekend (19/3-22/3), kitorang balik ke Kuantan. Saja2 balik sambil nak me'release'kan tensen...

Nothing interesting really, tapi my parents sanggup batalkan journey diorang ke Shah Alam that weekend semata2 kerana semua anak2 ada di Kuantan. Terharu oke...

Adikku yang kerja di Jengka balik, yang belajar di Pekan balik, yang belajar di Gambang balik (haruslah balik, dah dekat sangat dengan rumah!), aku yang kerja di Bangi pun balik. Adikku yang memang kerja di Kuantan pun semestinyalah ada kan, hehe...

Ayip & Man buat2 sibuk dengan PC & laptop memasing, pigi dahhh!!

Meja bersepah: buku kimia SPM untuk Intan, sos cili thai HPA untuk Kak Aziema, makanan baby untuk Adhwa', spek mataku, kacang pedas yang sedap, etc etc..

Our parents: Ayah yang sedang memikirkan apa nak buat lepas pencen awal bulan 7 ni. Mak lak happy la ayah dah pencen, boleh gi jalan2!!

upper l-r: my significant other, me, Ayah, Mak, Adhwa' & As (Zaki's wife)
lower l-r: Man, Put, Bit, Ayip & Zaki
Our happy family! Budak kecik kepala botak tu adalah 1st cucu & 1st anak sedara dalam family kitorang, hehe... Budak bulu kaler putih atas riba gadis bertudung hitam tu pun family gak tau...

Nak bergosip pun tak senang, Tuan Kameraman ni kacaulah!

Wuuuuu.... scary!

Sementara ada kat Kuantan ni, sempat la kitorang (my significant other & I) gi makan sata kat Kemaman. Niat di hati nak gi ramai2, tapi masing2 dah ada plan. Bit, Ayip & Man nak gi ECM sebab nak cari barang. Zaki pulak nak gi kenduri kawen dengan As & Adhwa'. So plan B adalah gi Kemaman dengan Mak & Ayah je. Tapi apakan daya, ada sesuatu yang menghalang diorang daripada follow kitorang, so kitorang berdua aje la yang ke Kemaman...

Dari rumah ke Kemaman cuma ambil masa dalam 45 minit je, dekat kan? Hehehe...

To be continued lah jap lagi.


Image Hosted by ImageShack.us

3 comments:

Anonymous said...

Antu ker tu, tapi macam biasa tengok hehehe

Anonymous said...

Tolong ajar kat aku macam mana buat hantu. Boleh aku takutkan orang

al-qamar said...

meh aku ajar. tapi kan, ko anonymous, cemana aku nak ajar? hehehe...

Bantulah Saudara Kita di Palestin. Boikot Israel!

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin