Wednesday, November 26, 2008

kisah pompuan menopos

ni citer pagi tadi masa call T** bukit jalil. alkisahnya, bos aku suh aku liase dgn pihak T** utk buat visit ke sana (kdg2 aku rasa mcm aku ni secretary lak. tukar profesyen la gini, hakhakhak!). so kamis lps, aku pun fax la surat ke opis diorg kata nak visit ke tmpt diorg utk tgk lab facilities kat sana. hari jumaat aku call, kerani kat sana kata dah dpt surat tu, tp dlm opis bos dia, nnt exec (lps ni aku akan bahasakan exec ni sbg 'makcik') yg telah diarahkan oleh bos dia akan call aku balik hari isnin depan (kelmarin). so aku pun menunggu la dgn jayanya....

patutnya aku yg kena tunggu makcik (actually dia adalah seorang senior exec merangkap researcher) dari T** ni call (aku tunggu sejak hari isnin aritu), tp disebabkan dia tak call2, aku pun amik inisiatif sendiri utk call makcik ni.

ikuti perbualan di bawah:


aku: helo, boleh saya bercakap dgn pn f***la?

makcik: bercakap. (dgn speed yg laju gile konon2 nak menunjukkan mcm dia sorg busy)

aku: saya m****a dari **#&*%^&*#. saya nak tanya, ada tak pn dpt surat yg saya faks berkenaan dgn mohon nak buat visit ke T**?

makcik: ada! (pun dgn speed yg laju gile mcm nak kejor ketapi)

aku: (dgn konfidennya ingat makcik tu sebut perkataan 'pada') emmm... 2hb minggu dpn.

makcik: ada!

aku: 2hb doblas minggu depan (aku dah mula ingat makcik ni pekak)

makcik: ada! (nak kejor ketapi gi mana lak makcik nih??!?)

aku: 2 haribulan disember pada minggu depan (sah! makcik ni mmg pekak badak!!)

makcik: ada! (aikk?? takkan tak dgr2 lagi?)

aku: saya mintak maaf. apa sbnrnya yg pn cakap tadi?

makcik: i kata ada.... dpt surat u. (lerrr.. aku lak ke yg pekak? not my fault, sapa suh dia ckp laju2. lagipun apsal dia tak betulkan apa yg aku ckp awal2 tadi? pelik la..)

aku: oo ok, so ada dpt surat. jd saya nak tanya ni, since pn takde call saya hari isnin baru ni, tu yg saya call semula ni utk dptkan feedback sama ada kami boleh dtg melawat ke sana atau tak.

makcik: hey! kenapa u ni mcm pushy sgt ni? kalau mcm ni u ckp dgn i, i malas la nak entertain u. (aikk?? mana lak yg aku silap ckp ni? pelik lg skali...)

aku: ok ok, let me explain myself. sebenarnya bos saya....

makcik:
(makcik ni mmg suka potong ckp org, aku tak sempat nak explain situation aku) u ni mmg pushy la. tp i baru nak ckp baik2, tp u pulak ckp dgn i mcm ni, i malas nak entertain visitor mcm u! hari isnin aritu i busy so mcmana i nak call u?? i baru nak call u harini, tp tgk, u pulak yg call i dulu (ni dia ckp dgn nada marah2. and see what i mean? mcm dia sorg busy, org lain goyang kaki).

aku: (tergamam jap, tp dlm hati kata makcik ni mmg berlagak punya org!!!) ok ok, so boleh ke tak ni dtg visit?

makcik: susah sikit la sbb skrg smpi hujung tahun ni we all busy dgn audits. try again next year (kan senang dari awal2 td cakap mcm ni...).

aku: ok ok, tenkiu.


hai la makcik... apsal la ko tuduh aku sembarangan? kata aku pushy lak. aku rasa aku ni jenis yg slalu dok kena push dek org je, tp bkn jenis pushy (kecuali dlm special cases la..). aku pun bukan la nak gi sgt tmpt ko tuh, byk lg lab lain yg kitorang leh visit. but since T** tu antara yg paling dkt dgn tmpt kitorang, so bos aku pun bercadang2 nak gi tgk le tmpt ko.

hai la makcik... apsal la ko org yg sgt berlagak? gaji ko byk sgt ke? kete ko bsr ke? rumah ko banglo 3 tingkat ke? ko blaja kat obersi ke (no offence to overseas grad ok...)? ko dah jadi jutawan mlm ke (hahaha!)? hmmm... cuba kurang2kan skit berlagak tu. aku rasa mesti ko garang gile dgn anak2 ko smpi anak2 ko pun tak brani nak confide kat ko, kan kan kan???

hai la makcik... ko nak menopause ek? ke tgh pms tadi? lenkali mkn la EPO, takkan la dah tua2 pun still tatau apa benefit EPO tu?

yg aku kata nak explain pasal situation aku tu sebenarnya camni... aku dgr2 bos aku cam kena gi penang seminggu smpi minggu dpn sbb kena attend meeting kat sana. so, aku pun kena la confirm kan balik tarikh 2 disember tu sama ada available ke tak utk visit. kalau tak available, bos aku pun boleh la gi meeting n boleh la postpone tarikh visit. tu je... makcik tu dok explain 'situation' dia yg busy busy busy tu seolah mcm dia je yg ada situation penting, org lain takde situation penting mcm dia. cit podahh!!

lega hati aku dah menulis kat blog ni. aku tak kisah kalau takde org baca, sbb ni cuma luahan hati aku je...

sekian, wabillahi taufiq walhidayah wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Bantulah Saudara Kita di Palestin. Boikot Israel!

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin