Saturday, November 29, 2008

Madagascar 2


tengahari tadi, lepas servis kete, aku and my significant other gi tengok Madagascar 2: Escape 2 Africa kat GSC alamanda putrajaya. ramai tul budak2 kecik. ingat nak beli tiket show pukul 1.40pm, tapi masa beli tiket lebih kurang pukul 12.35pm, mamat kat tiket kaunter tu kata seat untuk show 1.40pm tinggal kat 2nd row from the screen, yang lain2 tu untuk yang buat phone or internet booking. adehhh... depannya, mesti sakit tengkuk nanti ni. baru je nak cakap kat mamat tu nak beli tiket pukul 3.40pm, dia kata kalau kitorang nak gak show yang 1.40pm tu, kitorang mesti dah ada kat depan kaunter kul 1.10pm sbb masa tu diorang akan open balik tiket2 mana yang reserved tu. ok gak cadangan dia tu. so kitorang pun berlegar2 la di ruang legar kat tengah2 alamanda tu usha kete2 yang tengah display and study plan2 umah yang jugak tengah display kat situ.

jam 1pm, kitorang turun balik ke GSC., beratur balik, dengan harapan ada la rezeki kitorang untuk dapat tiket 1.40pm dan dapat tempat duduk yang best sikit. sebbaik ada... yeay yeay!! dapat la kat row keempat dari belakang. rupa2nya panggung GSC kat alamanda ni kecik je, so skrin pun tak besar mana, tapi ok la tu...

best jugak madagascar 2 ni.. seperti biasa, watak alex the lion, marty the zebra, gloria the hippo and melman the giraffe, and also the ever so scheming mafia penguins, kembali ke layar perak. citernya dimulakan dengan flashback cemana alakai (pronounce: ah-la-key) a.k.a. alex terpisah dari keluarganya. pastu balik ke scene alex and friends kat madagascar. diorang ni nak balik ke new york dengan bantuan king julien the lemurs dan rakyat jelatanya menggunakan kapalterbang yang ada rangka manusia dalam madagascar 1 dulu. tah cemana, plane tu termendarat kat africa. dipendekkan citer, alex jumpa balik dengan mak pak dia yang selama ni ingat alex dah mati. marty find out that he's not that unique among the herds, gloria berjumpa dengan moto moto si hippo jantan yang hanya melihat kepada fizikal, dan melman menjadi witch doctor.

actually aku tak reti nak ringkaskan citer kalau bercerita. ni kalau aku citer pasal madagascar ni, sampai malam kang pun aku tak abis tekan hurup2 kat keyboard ni hehehe... so, nak tau citer lebih lanjut, silalah menonton Madagascar 2: Escape 2 Africa di panggung berdekatan dengan anda yerr, takpun beli cd pirate ke, download kat internet ke.... aku letak gambo2 madagascar 2 je la ek kat sini...
melman, gloria, alex & marty


keadaan semasa baru mendarat kat afrika


encik2 penguin yang mengong2 belaka


alex dengan mak paknya...


aku nak bagi berapa bintang untuk citer ni? aku bagi 3.5 out of 5 la. tapi kalau Madagascar yang dulu tu aku kasi 4.5 out of 5 sbb lagi kelakar giler... apa2 pun, tetap ada moral dari citer kali ni iaitu families and good friend are always hard to find, but they will always be with you no matter what situation you are in...

di samping itu, ada satu benda yang memang aku tak puas hati kat alamanda tadi - toilet yang kotor. lepas kuar dari panggung, mestila nak gi toilet sebab sejuk kat dalam tu. masuk2 je toilet yang dekat dengan mcdonald's tu, bau dia mak aiiiii... mcm tak penah cuci setahun. tau kenapa bau camtu? ada mak2 yang tak bertanggungjawab, membuang pampers anak2 diorang kat tepi sinki la, tepi lubang jamban la, tepi tong sanicare la. hmmm, diorang ni cuba kalau orang buat camtu kat rumah diorang, sure diorang marah kan? kalau tourists tengok, memang memalukan!!!

di samping itu juga, ada something yang quite embarassing berlaku tadi - zip baju aku turun dengan sendirinya hahaha!!! sebbaik pakai tudung, and sebbaik kat dalam aku pakai chemise, tapi tatau la ada orang pasan ke tak. satu je yang aku bersyukur, masa tu kitorang dah nak balik hehehe...

ok la, nak gi masak ikan tilapia yang beli kat carrefour tadi untuk dinner malam ni...

Bantulah Saudara Kita di Palestin. Boikot Israel!

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin