yeay yeay, mlm ni my significant other balik umah! yeay yeay!! lama tul rasanya menunggu 5 hari ni, lagi2 bila dia la sorang yang aku leh layan borak kat umah. kan best kalau ada kucing yg peramah, bleh gak aku bersembang dengan dia. tapi tu la... ada org tu tak berapa gemor bela kucing kat umah sbb katanya kang leceh nak balik kampung, pastu memancut bersepah2 (kalau kucing jantan), slalu beranak (kalau kucing betina), kena toilet-train, etc... hmm, sedih la jugak tak dapat bela kucing.
ni cerita pagi tadi. ada la sorang staf kat tempat aku ni, dia dalam proses nak pindah umah. so aku pun ada la meng'offer' untuk amik aircooler kat umah tu secara percuma. actually aircooler tu my significant other dapat dari ex-housemate dia masa bujang2 dulu. ex-housemate dia kemas2 barang, nak pindah sebab nak kawen, so dia pun bagi la aircooler kat my significant other... dia pakai sat je, pastu simpan je dalam stor. aku lagi la tak penah pakai... my significant other penah cakap kalau ada sesapa nak aircooler tu, bagi je la...
aku ni lak, dengan konfidennya cakap kat staf tempat aku tu kata selain menyejukkan udara, aircooler tu buleh gak jadi cam kipas. lagipun my significant other yang penah pakai sat benda tu pun kata camtu. so dia pun setuju la nak gi amik aircooler tu since dia tak cukup kipas kat rumah sewa baru dia (kebetulan MIL dia lak nak dtg umah dia this weekend). aku pun, balik je umah tengah hari tadi (hari ni kan hari jumaat), terus la cuba try test tengok berfungsi ke tak aircooler tu. tak best la bagi kat orang benda yang dah rosak kan?
aircooler tu boleh on lagi, aku pasang speed yang paling laju, tapi speed paling laju tu sama je dgn speed paling slow. eh, ok ke tak nih??? aku siap bubuh ais kat aircooler tu nak tengok boleh sejuk ke tak, tapi setengah jam aku pasang, tak rasa apa pun... aku pun cepat2 la pi cari features and functions of the aircooler kat internet kat umah. tak jumpa the exact model (sebab kat umah tu model dah outdated kot...), tapi jumpa model yang hampir serupa dengan yang ada kat umah tu. rupa2nya, model aircooler yang lebih kurang sama tu, fungsinya cuma sebagai cooler, purifier, ionizer and humidifier. takde fungsi untuk jadi fan. yang ada kelima2 fungsi tu, yang aku pasan, cuma jenis yang kurus macam tiang lampu tu, tapi takde la setinggi tiang lampu, gila hapa? kang orang ingat ada hantu galah lak dalam umah , tak ke haru tu, hehehe...
so nampaknya aku dah tersalah cakap kat dia. so aku pun cepat2 sms dia menceritakan kisah sebenar pasal aircooler tu. dia kata takpe, dia nak jugak. aku cakap kat dia, takut dia nyesal amik benda yang tak seperti diharapkan. dia kata, takpe takpe. kalau rosak ke sumbat ke, dia kata pakcik suami dia pandai repair2 barang ni, so maybe buleh repair dulu. aku rasa dia nak jugak sbb benda tu kan aku nak bagi free je. kalau kena beli lain la, maybe la dia kata tak jadi kot, betul tak? aku pun takkan la nak jual benda rosak atau benda tak seperti yang diharapkan fungsinya kat orang lain, lagi la rasa bersalah...
hmmm, ok la tu. yang penting, aku dah bagi warning apa2 yang patut pasal aircooler tu. jangan tak puas hati kat aku udah. so ptg ni dia dan suami dia nak datang umah aku amik aircooler tu.
p/s: mesti sedih kalau aku jadi aircooler tu, bertukar2 tuan, tapi tak digunakan sangat. kalau aku tulis citer 'aku sebuah aircooler lama', mesti aku lak yang nangis, huhuhu...