Tuesday, March 10, 2009

Selera Jaya 223

Jumaat 6 Mac aritu saja2 gi jalan2 cari makan kat PJ. Kitorang gi lepas maghrib, time dinner.

Destinasinya? Selera Jaya 223.

Cemana nak gi? Senang je... Lalu Federal Highway, pastu masuk susur ke Jalan Templer tu, belok kanan. Foodcourt ni Jalan 223, area kat belakang stesen minyak Petronas kat sebelah kanan, berdepan dengan bangunan HQ lama Amway. Hmmm... Cemana ek nak cerita? Tengok sendiri la kat Wikimapia ek.

Kenapa tetiba jalan2 cari makan sampai sana? Sebab aritu tengok kat satu rancangan TV ni, hos rancangan gi dinner kat situ, hehehe...

Oke la jugak tempatnya. Biasalah, macam foodcourt. Ada macam2 gerai jual macam2 makanan kat situ. Ada nasi lemak daun pisang. Ada otak2. Ada western food. Ada masakan panas. Ada laksa. Ada sup kambing. Ada hotplate & claypot. Ada telur separuh masak (macam sarapan di waktu pagi lak, hehe). Minuman? Standard la macam tempat2 lain. Senang cakap, macam2 ada...

Yang seronoknya, walaupun majoriti pelanggan kat situ adalah pelanggan Melayu, tapi ada jugak nampak pelanggan berbangsa Cina & India. Masyarakat majmuk sungguh!

haiya amoi... apa pasai lu pakai seluar pendek amoi?

Kitorang dah la first time datang tempat tu, so macam blur2 la pulak. Masa nak order makanan pun macam tak reti, huhuhu... Sementara layan blur cemana nak order makanan, kitorang pun hentam la sorang sebungkus nasi lemak yang memang dah ada kat atas meja kitorang. Panas lagi nasi lemak tu oke! Aku try yang ada cop merah kat kertas nasi lemak, my significant other try yang ada cop biru. Yang ada cop merah tu tandanya sambalnya kering sikit & kurang pedas, yang cop biru lak sambalnya basah, pedas & ada sedikit manis. Lepas habis sebungkus nasi lemak, last2 kitorang tanya la sorang brader yang ke hulu ke hilir kat area tu (kitorang suspek dia kerja kat foodcourt tu) cemana nak order makanan kat situ.

nasi lemak cop merah


nasi lemak cop biru, nyam nyamm...

Dia pun tanya la nak order apa. Kitorang pun bagitau la nak order laksa satu, fish & chips satu. Brader tu kata dia keje kat gerai lain, tapi dia boleh tolong orderkan. Kitorang pun orait je la, hehehe...

Aku order air teh o ais limau, minuman kegemaranku di waktu panas & haus. My significant other order jus epal. Nak order air senang je - duduk je kat meja, sure akan ada orang tanya nak order air apa, takyah susah2 bangun, pastu sampai 3-4 orang datang nak amik order air tu, hehehe... Tapi ada satu benda yang kitorang terlupa. Ada orang rekemen order milo ais kat situ. Kenapa? Sebab milo ais kat situ pekat kaw2 punya. Agaknya boleh lawan tak milo ais kaw yang aku buat sendiri? Hehe... Hmm, takpela, ada rezeki akan kujejakkan kakiku lagi ke Medan Selera 223.

teh o ais limauku... jus epal tak sempat nak snap gambo

Makanan pun tiba... Kitorang pun makan dengan khusyuknya. Untuk aku, laksa oke gak la, sedap! Fish & chips lak, penah rasa yang lagi best kat Kg Baru (kat Kg Baru ni sedap, tapi servis lembab yang amat!).

laksa yang di order oleh my significant other (dia tak suka otak udang, tu yang elok je otak udang tu dok kat tepi pinggan sampai dia abis makan)

fish & chips ku, so-so la...

Dah abis makan, makan lagi, hehehe... Order otak2 Kempas pulak. Bagi aku, sedap gak la, tapi otak2 Gelang Patah yang mak kadang2 beli masa aku dok Skudai 11 tahun yang dulu lagiiiii sedap. Tapi untuk my significant other, tu dah sedap sangat dah tu, sebabnya dia penah ada pengalaman buruk makan otak2 yang tak best 2-3 tahun lepas. Kiranya malam tu dia baru try makan otak2 balik la, cian kan...

Dah abis melantak, tetiba aku terfikir apasal kuat sangat aku makan malam tu? Selalunya kalau dah makan nasi lemak sebungkus, mesti aku surrender takleh masuk yang lain dah (kecuali air...). Tapi malam tu, aku makan banyak la jugak sampai terkejut my significant other, haha! Dah tu, siap rasa macam tak berapa nak kenyang lagi. Perutku dah mengembang ke? Oh no!!!! Tapi tah la, tatau nak cakap, dah masa tu memang teringin nak makan banyak, so makan je la :D

Time nak bayar, lagi sekali blur... Cemana ek nak bayar? Tadi brader tu yang tolong order kan, so kitorang tak sure la nak gi bayar kat gerai mana. Mujur brader tu lalu lagi kat meja kitorang, so terus panggil & tanya cemana nak bayar pulak. Masa tanya tu sambil tersengih2 oke... Maklumlah malu sebab macam tak reti apa2...

Brader tu kata dia boleh tolong bayarkan kat gerai2 yang kitorang order tu. Oraittt!!! Memang pemudahcara sungguh la brader tu. Nasib baik takde Employee-Of-The-Month Award kat situ, kalau tak, mesti aku vote untuk dia, hehehe...

pemandangan di luar foodcourt

Oke, bayar sudah!!! Mari kita pulang dengan hati yang gumbira....

Image Hosted by ImageShack.us

3 comments:

Sidratul Muntaha said...

oo alorr
hehe
tmpat ni bese pergi
dekat area amway tu yerk?
heheh
laki ayu dulu tmpat keje lama dia kat sec 14
mmg dekat giler
tpi klul nk nasi ayam hainan sedap
try kat sec 14
kat pasar awam/pasar borong sec 14
kat area2 digital mall
jaya supermarket pun area situ..
makna byk ni ade isi ker mak moon..
alhamdulillah
sama2 berganding bahu dgn kawan2 yg alin menambahkn umat manusia ni
amin..

al-qamar said...

ayu, PJ tu bkn territory saya n hubby. kalau nak gi sana, sure nya kena semak map dulu, hehe... sec 14 tu yg kat area mana ek? digital mall pun kitorang tak penah sampai huhu..

tak isi lg ayu. masa tu mungkin hormon tgh gila, so mmg suka makan. ayu doakanlah saya ek.. :D

Sidratul Muntaha said...

sec 14 tu betul2 kat area kat masjid pj tu
klu dr selera 223 tu,trus jer smpai nmpk hino then ade satu simpng 3,msuk kanan n dah boleh nmpk bngunan jaya warna biru belah kiri.kat area situ dh boleh cari digitalmall
yup.sama2 doakn
hehehhehe

Bantulah Saudara Kita di Palestin. Boikot Israel!

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin