Friday, April 17, 2009

Happy Birthday To Me....

Wahhh!! Aku dah tua....

Apa yang telah aku dapat sepanjang 3 dekad perjalanan hidup ni?

Semestinya pengalaman - manis, masam, masin, berangin, pahit, payau & kelat.

Aku takkan senaraikan pengalaman2 aku kat sini, cumanya aku sangat setuju bila orang cakap pengalaman memang mendewasakan kita.

Sempena dengan ulangtahun hari lahir aku, nak bayar jugak hutang tag dari Mak Ayu.


The rules:
1) Make a list of what u want on your birthday

2) The list should be 10 numbers
3) Give it to 10 friends of yours


1. Aku nak rajin2 exercise. Takdela gemuk pun, tapi nak kekalkan ideal weight, kena la rajin2 keluarkan peluh kan? Turun naik tangga 20 kali sehari pun ok kot kan?

2. Nak gi haji seawal yang boleh, insyaAllah...


3. Nak ada anak dalam jangka masa terdekat, tak kisah anak lelaki atau perempuan. Dapat twins pun best gak, hehehe... (teringat Jon & Kate Plus Eight). Semoga dipermudahkan oleh Allah.


3. Nak menjadi tukang masak yang lebih terer daripada sekarang (sekarang aku seorang yang pemalas masak, haha!).


4. Nak lebih semangat untuk sambung belajar sebab setakat ni rasa macam malasssss je.


5. Nak ada satu lagi kereta yang lebih selesa (bila tiba masanya) di samping menjaga kelisa comelku elok2...

6. Nak renovate rumah yang ada + buat rumah di atas tanah yang tengah dok bayar bulan2 sekarang ni (my significant other yang bayar, bukan aku, hehehe...).

7. Nak makan kek kat Secret Recipe, sepotong pun cukuplah, pastu nak makan2 kat Restoran Perantau kat Sungai Ramal Luar.

8. Nak godek2 kamera yang ada sekarang ni supaya aku lebih terer mengaplikasikan fungsi2 yang ada. Pastu baru boleh pikir nak beli DSLR ke hape ke...


9. Nak tambah koleksi buku & kitab kat rumah (bacanya tak tentu lagi :D). Esok nak gi KLIBF dgn parents, yeay!!!

10. Nak jadi orang yang lebih bersyukur dengan apa yang ada...



Tinggi sangat ke impian aku ni? Biasa je kan? Tak salah kan berangan di pagi hari? Lagipun, hidup kena la ada matlamat...

Nak tag siapa ni? No idea la, hehehe...


Darjah 6 Cempaka, Sekolah Kebangsaan Sri Skudai, Johor (tahun 1991).
Kalau terer, cari la aku yang mana satu...
(gambar hiasan - tiada kaitan dengan posting ini, hikhikhik!)


Image Hosted by ImageShack.us

6 comments:

Sidratul Muntaha said...

selamat hari jadi mak moon!!
moga2 murah rezeki
pnjg umur
and cepat2 dpt baby!!!

Anonymous said...

happy bufday akak..
tue x tue..yg penting..the journey..rite?
hehehe..insyaAllah all your dreams may come true..amin. =)

z.r.k.z said...

yg plaing x nmpk dlm gmbr tu cik moon.. hehhe.. hepi 18th birthday

(eh, moon..lawaknye Word Verification ni 'negesoto'..apa ni..niaga soto?)

al-qamar said...

@ayu thanks for the wish & doa :D

@jue yup! age is just a number (ni cakap2 org nak sedapkan hati ni hehehe...). tenkiu...

@zaza apa yg tak nmpk dlm gmbr tu? wahhh!! jumpa tak saya yg mana satu?
mudanya lagi saya ni kan, baru lps SPM, jadi adik bongsu le gini hehehe...
ye la tu kot niaga soto, org yg reka word negesoto tu sure org johor or org jawa :)

CATZ said...

Happy birthday to you...moga tercapai segala hajat...murah rezeki..panjang umur.

Sidratul Muntaha said...

"anda telah di tag - sila layari blog saye untuk mendapatkan award anda". Terima kasih!

Bantulah Saudara Kita di Palestin. Boikot Israel!

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin