Monday, April 13, 2009

Mee Banjir Udang Mak Teh


Korang tau tak Mak Teh dan warung mee udangnya dah tiga (3) kali masuk tv?

Sekali masuk Majalah 3 (TV3).
Sekali masuk Warung Kita (Astro Prima).
Sekali masuk Talian Hayat (NTV7).

Pastu dah berkali2 beredar dalam kitaran email kita, sure ada yang penah dapat email pasal warung mee udang kat Kuala Sepetang kan?

Hah!!! Tak glamer tu namanya? Mestilah glamer you.....

Aku rasa amat bertuah dapat makan kat warung Mee Banjir Udang Mak Teh baru2 ni, hehehe... Memang dah berhajat dah, balik Taiping masa PRK tu nak pi makan kat situ. Tertunai jua akhirnya.

Kitorang pi situ konvoi dua biji kereta. Along the way tu, cuci2 mata la tengok bendera2, banner, dsb oleh parti2 politik yang bertanding di sepanjang jalan ke pekan Kuala Sepetang.

Sebenarnya kan, warung Mak Teh ni bukanlah betul2 dalam pekan Kuala Sepetang, tapi sebelum sampai ke pekan lagi. Sebelum jumpa warung Mak Teh, akan jumpa beberapa lagi warung mee udang kat jalan yang sama. Tapi yang lain ramai gila orang mestilah kat warung Mak Teh! Memang tak ingat punya ramai la, sampai traffic jam la bila dah dekat2 nak tiba dengan warung Mak Teh tu. Mula2 kitorang semua tak tau kenapa la tiba2 boleh jem sampai kereta tak bergerak, rupa2nya, kiri kanan jalan kat area warung Mak Teh tu penuh dengan kereta yang tengah parking.

Masa sampai tu, hujan renyai2, pastu ada budak2 kecik seramai 3 orang dalam konvoi kitorang. So si jejaka2 tampan dalam family kitorang pun pi la berlari2 anak mencari meja kosong sementara wanita2 ayu menunggu dalam kereta. Meja dah dapat book, my significant other pun call aku suruh panggil yang lain2 & datang ke meja cepat2.

My MIL & SIL yang tengah sabar menunggu mee udang sampai...

Siapakah 2 orang bloggers ini? Mesti tengah update pasal PRK Bukit Gantang ni, hehe...

Ramai gila orang, adehhh!!! Kitorang 'terpaksa' order mee udang yang harganya RM10/pinggan sebab yang RM6/sepinggan dah takde stok untuk hari tu. Yang RM12/pinggan pun ada gak, tapi yang RM10 tu pun oke la kot, hikhikhik!

Orang ramai tengah beratur - ada yang baru nak order, ada yang dah nak bayar. Apa2 pun, brader yang tengah makan tu memang oblivious terhadap persekitarannya :D

Tapi disebabkan orang yang teramatlah ramai, makanan memang sampai lambat gila. Kesian kat budak2 la sebab budak2 mana boleh dok diam kan, bosan la gitu. Terpaksa la mak pak diorang bawa pi jalan2 keliling tempat tu (masa ni hujan renyai2 dah stop).

Order sampai, semua orang makan dengan khusyuk. Mee udang RM10 ni ada 10 ekor udang semuanya. Makan udang sampai muak2 dibuatnya. Untuk aku & my significant other, rasa mee udang Mak Teh ni agak sedap. Tapi ada juga yang kata mee udang Mak Teh ni rasanya biasa2 aje. Sedap2 tak sedap ni ikut tekak masing2 kan... Untuk aku, aku bagi 8.5/10, hihi...

Mee banjir udangku (sebelum)

Tak nampak langsung mee kan?

Mee banjir udangku (selepas)

Kitorang ni adalah manusia yang berkulit agak tebal. Selamba je mintak beg plastik sebab nak isi udang2 yang kitorang tak larat nak makan, hahahahaha!!! Lantak la orang nak tengok ke apa ke, yang penting kitorang taknak membazir. Udang2 tu kitorang bungkus elok2 pastu bawak balik rumah, then MIL aku buat mee udang version dia lak. Sedap jugak, nyum nyum!!!

Sudah kenyang boleh jadi otromen, yeahhhh!!!!

Adik perempuanku dah sampai warung Mee Banjir Udang Mak Teh ni lagi awal dari aku, bulan Mac lepas masa dia ada trip bawa student untuk field trip ke Taiping/Kuala Sepetang. Adik aku sempat rasa yang RM6/pinggan, ada 13 ekor udang semuanya.

Menurut adikku ni, orang local tak makan sangat kat warung Mak Teh, tapi diorang lebih suka makan kat satu warung mee udang betul2 dalam pekan Kuala Sepetang, tak ingat lak nama dia. Pastu dia & kawan2nya beli udang fresh kat pekan untuk dibawa balik ke Jengka (adik aku kerja kat Jengka). Sesampai je kat Jengka, udang tu tak busuk langsung, warna pun merah, bukan kelabu macam udang yang kita biasa jumpa tu.

Menurut adik aku lagi, masa dia pi dulu pun, ramai customer kat warung Mak Teh, tapi takde la sampai jalan jem. Teori aku, PRK P059 Bukit Gantang telah membawa banyak manusia ke kawasan tu.

Rezeki Mak Teh anak beranak melimpah-ruah agaknya hari2 sebelum PRK tu kan.

Ini adalah signboard asalnya
|
|
|
|
|
Tapi sekarang dah berubah
|
|
|
|
|
Jeng jeng jeng!!!
|
|
|
|
|
|
|

Signboardnya pun dah cantik... :)

Alamak panjangnya cerita. Macam karangan sekolah la pulak...


Image Hosted by ImageShack.us

4 comments:

Jospecky said...

ala.. kite jugak yang tak pernah makan mee udang. Ingat balik bulan 5 ni masa kenduri kawen nak gak lah pi rasa!
kalau tak ke warung mak teh, nak pi rasa yang kat tengah pekan k. sepetang lak.

al-qamar said...

pi jgn tak pi! kalau pi yg kat pekan tu (adik aku kata warung mee udang tu nama lelaki), cerita la sikit ek cemana rasanya. aku pun ingat nak pi bila2 balik taiping nnt :D

CATZ said...

bravooo..
sampai jugak hajat ko nak mkn mee banjir udang ni kan....weh..aku pun ada entry mee banjir ni...if rajin selak le entry aku tahun lepas...awal tahun kot..masa pi field work..naik Bukit Larut (serammmsss..curam gila..berasap pajero kitarang..kitarang naik sampai atas sekali kat menara telekomunikasi tu..berkabus, berawannn jeee...) after work, salah satu xtvt is mkn mee banjir udang mak teh niii...mableshhhh ek..
udangnya bertimbun....masa catz pi takdelah seramai itu...ni sbb pilihanraya...perayu undi dr KL sure nak mkn mee udang mak teh ni..
masa aku dtg signbod yg lama lagik..hikssss....

aku pun suka Taiping....small town yg tenang..ada benda best nak makan...ada few kedai lagi yg masuk dlm TV rancangan warung kita tuh..kedai kue teow ke apa tah...
ko balik lagi..naiklah bukit Larut..ada tanam tulip kat atas tuh..
btw..aku pun SUKAAAA taiping!

al-qamar said...

catz, dah jumpa dah posting mee banjir catz! bukan setakat perayu undi dari KL, tapi dari merata2 semenanjung msia, punya ramai manusia...

saya pun dah naik bukit larut, tp takdela smpi menara telekom. masa tu bukan musim tulip, sedih sedih!!! kena naik lagi bila2 nanti, org kat situ cakap musim tulip masa bulan 2 or 3.

yg masuk warung kita tu, kedai kuey teow doli. saya gi gak aritu, hehehe... yummy gak. nak update, tapi byk benda lain nak kena setel dulu.

Bantulah Saudara Kita di Palestin. Boikot Israel!

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin