Tuesday, May 5, 2009

Aku & Kura-kura

Menakjubkan! Aku telah melihat 3 kejadian yg hampir serupa dalam masa 3 hari berturut!

Aku telah menyaksikan kura2 melintas jalan 3 hari berturutan, tapi di tempat2 berbeza la. Kat bawah ni kronologi kejadian, hehehe:

  1. Ahad, 3/5/09 - Ternampak kura2 melintas jalan di Jalan Kajang-Dengkil. Masa tu on the way nak hantar adikku sekeluarga ke Subang Airport.
  2. Isnin, 4/5/09 - Ternampak kura2 melintas jalan di Jalan Bangi ke arah pekan Bangi Lama. Masa tu tengah drive nak balik ke rumah sebab demam.
  3. Selasa, 5/5/09 - Ternampak kura2 melintas jalan di Jalan Bangi dari arah UKM. Masa tu baru je lepas minum pagi kat Unikeb.
Apa la agaknya maksudnya tu kan? Pendapat aku - aku rasa kebetulan je nak nampak, tapi kebetulan yang menakjubkan! Adakah ketiga2 kura2 itu adalah kura2 yang sama? Hahahaha!!!

Since dah cerita pasal kura2 ni, apa kata kita tambah pengetahuan pasal kura2...


Kura-kura (bahasa Inggeris: tortoise) ialah salah satu daripada haiwan yang terdapat di Malaysia.

Malaysia merupakan salah satu daripada 12 negara yang telah diiktiraf sebagai kepelbagaian raya (mega diversity) dari segi bilangan dan kepelbagaian flora dan fauna dengan 15,000 spesies pokok berbunga yang diketahui, 286 spesies mamalia, lebih 1,500 vertebrata darat, lebih 150,000 spesies invertebrata, lebih 1000 spesies rama-rama dan 12,000 spesies kupu-kupu, dan lebih 4,000 spesies ikan laut.

Pengkelasan saintifik:

Alam: Haiwan

Filum: Kordata

Kelas: Replitia

Order: Testudines

Famili: Testudinidae

Genus: Chersina, Cylindraspis (pupus), Dipsochelys, Geochelone, Gopherus, Homopus, Indotestudo, Kinixys, Malacochersus, Manouria, Psammobates, Pyxis, Stylemys (pupus) & Testudo


Untuk tahu lebih lanjut tentang kura2, gi kat sini:

http://ms.wikipedia.org/wiki/Kura-kura & http://en.wikipedia.org/wiki/Tortoise.

gambar kura2 ini adalah bersumber dari sini.


Image Hosted by ImageShack.us

3 comments:

z.r.k.z said...

MOON!

The Feng Shui tortoise holds a great significance in longevity, stability, support, and good health. The Feng Shui remedies associated with the tortoise are also aimed for protection and good fortune.

hihihhi..
i found it here http://www.articlesbase.com/feng-shui-articles/tortoise-and-feng-shui-787675.html

kucingorengemok said...

salam singgah... hehehe, kura² yg sama...? kelakar!

al-qamar said...

ye kelakar... anyway, nice food blog you got there encik kucing oren gemok :D

Bantulah Saudara Kita di Palestin. Boikot Israel!

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin