Salam.
Dah lama tak update blog.
Penat tak abis lagi ni.
Since posting selamat hari jadi tu, aku makin busy kat opis menguruskan perkara2 last minute untuk berbengkel di Awana Genting Highlands, maklumlah, aku satu2nya wakil urusetia (juga merangkap peserta & pembentang) dari bahagian aku...
Tengah2 dok sibuk setelkan benda2 last minute tu, sempat la jugak aku isi e-filing untuk taksiran cukai pendapatan aku. Alamak! tahun ni kena bayar RM205 la. Aku lupa lak aku letak mana resit2 yang aku dok beli buku tu, kalau tak sure takyah bayar, huhuhu!!! Sedihnya, sedihnya...
Dah abis perkara2 last minute, terus la ke Genting Highlands hari Selasa lepas. Orang lain naik bas, tapi aku drive. Bukan boleh claim pun (sebab transport dah disediakan) tapi habis bengkel aku nak ke kedai coklat berdekatan dengan Hotel Seri Malaysia Genting Highlands, hahaha! Nasib baik ada gak member yang nak jadi penumpang aku, takde la bosan sangat kan...
Kat bengkel lak, para peserta (termasuk bos aku) asyik la dok cari aku. Budak urusetia dari HR asyik la menghilangkan diri, adehhhhh!!! Dari sekecil2 benda sampai sebesar benda, semua la dok tanya kat aku. Yang mana boleh jawab tu jawab la, yang aku takleh jawab, terpaksa la cari jugak budak HR tu, hehehe... Dah tu, ada la beberapa hamba Allah ni dok komplen pasal rooming list, tak puas hati dengan roommate la ini la itu la... Macam2 la diorang ni!
Bos aku ni pulak, manja tak tentu pasal. Setakat nak menaip tak sampai 50 perkataan pun dok panggil aku suruh taipkan untuk dia. Adehhhh, lomah den! Takkan le setakat nak taip benda sikit tu pun nak suruh aku? Aku ni urusetia, bukan typist la!!! FYI bos aku tu adalah seorang perempuan. Bila aku bising2, kang balik opis kang mesti dia cerita kat orang lain aku ni suka bising & suka komplen (tapi memang pun, haha!)...
Pastu bos aku ni suka2 hati lak menukar aturcara program, tak pasal2 program Selasa malam Rabu tu jadi padat semacam (habis dekat tengah malam) semata2 sebab nak bagi para peserta masa lapang untuk Rabu malam Khamis, konon2nya nak bagi diorang bersuka2 nak cable car naik ke puncak Genting Highlands. Hishhhh!!! Tak kuasa la aku melayan karenah bos aku ni! Kita ni nak berbengkel ke nak berpoya2????? Tapi kan, malam tu aku demam selsema, so aku minta excuse untuk balik awal ke bilik untuk makan ubat & berehat sambil tengok Desperate Housewives (tapi yang ni aku tak bagitau la kat bos aku hehehe...).
Hari Khamis tengahari lepas check out & lunch sikit2, bertolak balik ke Bangi. Tapi sebelum tu singgah le ke kedai coklat kat Hotel Seri Malaysia tu. Beli la sikit untuk rasa2... Tiba kat Bangi, menyinggah pula ke Unikeb sebab nak memborong tshirt labuh untuk adik iparku. 3 helai RM50, kalau 10 helai RM150, sapa tak mau kan :D
Tiba di rumah jam 4.30 petang hari Khamis.
Jumaat sempat la berehat, tapi tak puas.
Sabtu lak (hari ni la tu!), tunggu orang pasang window film. Dari pagi buat kerja sampai hampir jam 4 petang. Saat ini, my significant other dah lena diulit mimpi sedangkan aku baru je siap2 pasang balik langsir, vakum lantai, lap habuk, dsb.
Esok, adikku sekeluarga nak sampai rumah aku pagi2, dihantar oleh parents adik iparku dari Putrajaya. Tengahari kena masak. Petang lak kena hantar diorang sekeluarga ke airport Subang sebab diorang nak balik ke Kuantan.
Isnin kena kerja. Uwaaaaa!!!!!!!
1 comment:
eh..sportingnya bos ko...siap nak bagi masa huha-huha cable car...
siapakah iteww bos mu iteww??
pernah gak berbengkel di awana genting nih...dapatlah dua round naik cable car free...hahahhaha..best apa..hikss..
kedai coklat apa yg best sgt tu??
sedap????
Post a Comment