Thursday, June 25, 2009

Cian perut saya...

Aku rasa semalam aku makan banyak daripada kebiasaan.

Mana taknya, pagi sarapan nasi lemak & telur goreng - mula2 plan taknak beli nasi lemak sebab dah tau ada minum pagi pukul 10, tapi disebabkan lapar yang amat, kena gak beli (alasan!).

Pukul 10 makan laksa johor - semalam & Selasa, department aku buat self-inspection, so kakak kerani order la makanan untuk santapan para auditors & auditees, tapi aku makan sikit je sebab still kenyang & dah tau tengahari ada makan special.

Tengahari lak makan satay, nasi impit, kuah kacang & mihun. Siap tapau lagi you... :) - Ada orang belanja 500 cucuk satay & yang seangkatan dengannya. Still aku makan sikit jugak sebab kenyang lagi. Tu la pasal aku tapau part aku bawak balik rumah, hehehe...

Petang makan makanan2 yang ditapau tu - panaskan dalam microwave, makan dengan my significant other, pastu dua2 kenyang sampai la pagi tadi. Ni kira dinner la ni.

Banyak tak? Makan bukan hobi aku, so sekali-sekala makan banyak macam ni, rasa macam nak pecah perut ni.

Taubat dah, lepas ni taknak paksa diri makan banyak2, kesian kat perutku, huhuhu...


Image Hosted by ImageShack.us

3 comments:

pemandu teksi said...

Makan banyak dengan banyak makan sama tak???

rozana said...

aku pn slalu macam tu..
bila dh makan x hengat dunia...
ppastu sakit perut...
then mesti janji x nk mkn bnyk2 punya...tp 'once in a blue moon' xpe kot...

al-qamar said...

@pemandu teksi, hmmm... lain kot. macam jugak pisang goreng dgn goreng pisang - satu tu kata nama, satu lagi perbuatan, hehehe...

@Zana, aku ni sejak2 akhir2 ni je semangat bila makan, especially kalau makanan favourite ada kat depan, :) dulu2 aku memang jenis makan sikit2, memilih pulak tu. Aku makan tak brp ikut time, makan bila lapar je.

Bantulah Saudara Kita di Palestin. Boikot Israel!

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin