Monday, June 1, 2009

Kuey Teow Goreng Doli

Aku tak tau apasal aku tak buat posting ni awal2 dulu. Masa pi Doli ni time PRK P059 Bukit Gantang hari tu. Takpe la, sekarang aku cerita.

Kuey Teow Goreng Doli ni memang fofular & feymes kat Taiping ni. Kalau siapa2 ke Taiping, kena makan sekurang2nya sekali kat sini. Lokasi Kuey Teow Goreng Doli ni betul2 berhadapan dengan Pusat Kesihatan Taiping.

Nak tau alamat? Sila lihat gambar di atas.

Aku memang teringin sangat nak makan kat Doli ni sejak my significant other dok kata kuey teow dia sedap. Menurut kata my MIL, Doli ni dah start wujud sejak my MIL belum kahwin pun lagi dengan my FIL (bujang trangtangtang lagi...). Lama betul bisnes Doli ni rupanya. Bermula dengan gerai kecik, sampai la ni, gerai tu dah ditransformasikan kepada kedai berhawa dingin, bermeja marmar. Fuiyoooo!!!

Killer menu kat sini of course la kuey teow goreng dia. Yang power tu sebab diorang tak goreng guna dapur gas biasa, tapi guna dapur arang, tu yang sedap sehingga menjilat pinggan tu...

Nasi ayam Doli pun best gak. Nasi dia lekit2 sikit, lepas tu sambal dia manis2 sikit, sambal kicap dia pedasss, ayam dia lembut. Sup dia pun ok gak la, berasa. Semua2 tu memang masuk sangat rasanya!!!

Mee rebus dia so so je. Aku pernah rasa mee rebus yang lagi sedap, iaitu Mee Rebus Haji Wahid kat JB, hehehe. Rindunya nak makan lagi...

Masa gi tu, aku gi dengan my significant other (of course la kan), my PIL, my SIL & my nephew yang sangat tak reti duduk diam (hahaha!!!). Kitorang semua bersempit2an dalam Kelisa comelku. Masa tu baru la terasa macam nak beli kereta baru yang besar sikit, hihi...

Sampai2 je kat situ, mak aiiii!!! Ramai gila manusia. Ni mesti penangan PRK Bukit Gantang yang happening tu. Nasib baik la ada gak satu dua meja yang vacant, so cepat2 la kitorang duduk sebelum orang lain duduk, hehehe...

Ni ler yang kitorang order hari tu...

Aku order nasi ayam, my significant other & my MIL order kuey teow goreng, my FIL order mee rebus & my SIL order kuey teow goreng special. Kuey teow goreng special berbeza dengan kuey teow goreng biasa dari segi portion of the meal. Makna kata, kerang, udang & telur pun lebih la, nyam nyam!!!

Kuey teow goreng Doli yang fofular lagi feymes itew...

The accompanying sambal kicap

Teh o ais limau yang sangat menyegarkan tekak...

Nasi ayam pun sedapppp!!!

Mee rebus ni biasa2 aje

Nanti bila Mak & Ayah datang Taiping, kitorang bawak pi makan kat Doli ek. Rugi kalau tak pi...

Ni mesti pernah ada kes budak tersepit atau meja pecah ni, hmmm...

Pintu masuk Doli

Akan kujejakkan lagi kakiku ke sini


p/s: Nak baca lebih lanjut tentang Kuey Teow Goreng Doli, bolehlah baca kat sini.



Image Hosted by ImageShack.us

7 comments:

rozana said...

Kagum betul dgn usaha diorang, mmg diorang ni usahawan tulen, bermula dari bawah, sebab tu diorang boleh bertahan sampai sekarang.

al-qamar said...

tu la... start drp bawah. dulu untung sehari RM10 je, skrg untung sehari berganda2 banyaknya... bila la agaknya nak ada bisnes sendiri ni...

Jospecky said...

ok set... balik taiping leh gi.. tak kira, seret hubby gaks..

(^_^)

juzailah khairi said...

uishh...
pasni g tepeng g mamam sini la..wuuuu

kakyong said...

salam
mekasih, sharing this entri.. org ipoh pun tak tau ni.. len kali balik changkat jering bleh la singgah Doli...

kakyong dah masukkan ur link di kakyong's bloggerlist

CATZ said...

mee rebus wahid di JB mg popular dan best...:)
wah..lenkali catz ke tepeng mesti try nih...
:)

al-qamar said...

@jo seret suami ko jo, jgn tak seret :)
@jue bila nak gi tepeng? harus mamam sini, hehehe... next weekend akak balik tepeng.
@kakyong thanks kak :) nanti pi la cuba mkn kat sini, tapi rege dia a bit expensive compared to masa dia gerai biasa dolu2 (logik la kan).
@catz rindu nak mkn mee rebus hj wahid!!! kat area bangi/klang valley ni mcm tak jumpa lg yg menepati citarasaku. try jgn tak try!!! nasi ayam is my personal favourite.

AMARAN: sedap itu adalah sangat subjektif, semuanya bergantung kepada tekak masing2 :)

Bantulah Saudara Kita di Palestin. Boikot Israel!

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin