Thursday, August 20, 2009

Restoran Haji Hassan (Ayam Kampung)

Best jugak kedai ni. Sesiapa yang tak pernah try, sila le cuba ke restoran ni ek. Letaknya kat Seksyen 7 Bandar Baru Bangi.

Masa kitorang pi tu, kitorang makan lauk2 simple je. Mula2 ingat mesti mahal, tapi bila dah bayar, harganya tersangatlah berpatutan... Lepas2 puasa & raya nanti, boleh gi makan kat sini lagi :D

Bulan puasa tak kuasa nak makan kat luar, ramai sangat orang. Makan kat rumah boleh lepak2. Lagipun tak elok musim2 H1N1 ni kita asyik keluar tanpa alasan kukuh, baik dok rumah je.

Penuh orang kat kedai ni. Lauk boleh tahan, banyak gak choice. Pastu ada laksa lemak kelantan, laksa penang & nasi kerabu, nyam nyam...

Perghhh!!! Dirasmikan oleh TGNA. Priceless...

Aku amik telur dadar, kacang panjang goreng & sambal ikan bilis+kacang & kuah campur2

My significant other amik ayam kampung goreng, ulam-ulaman & kuah campur2

Kayu2 gitu...


Image Hosted by ImageShack.us

6 comments:

MuMMy 2 Haqq said...

sy dah pegi aritu..mmg sedaaaappp!!!!!!!!!!

al-qamar said...

@mummy 2 haqq, sedap kan? saya pun suka makan kat situ, cuma jauh dari je. so takleh le nak gi slalu...

pemandu teksi said...

kat RnR kesas hiway kan ada 1..! Kedai ni ahmadi hassan tu punya kan.. bukan hassan mamak tu.!

al-qamar said...

@pemandu teksi, saya jarang2 guna hiway kesas, so saya kurang pasan lak kat situ ada satu... a'ah kedai bukan hassan mamak punya.

CATZ said...

kedai ni ada cawangan kat cheras..saya pernah mkn yg kat sana..kat sini pun pernah cuba..
masa dia baru2 bukak...
my komen masa tu...MAHAL.
dunno now harga dah jadi reasonable..
masa itu saya dah ban kedai ni...
now maybe ada rasa nak cuba lagi..
tengkiu for the info..

Adylia Qarissa said...

tempat kegemaran dkna :)

Bantulah Saudara Kita di Palestin. Boikot Israel!

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin