Wednesday, August 19, 2009

Semangat tul!

Aku dah dapat biskut raya!!!

Gila betul! Dah le puasa pun belum lagi, tapi biskut raya dah ready tu...

Bukan apa, sebenarnya malas nak bersusah2 cari biskut raya time bulan puasa nanti. Tu yang cepat2 cari tu... Lagipun, bulan puasa ni, boleh la concentrate kat mana2 tempat yang lebih penting.

Hehehe!

Tapi yang bestnya, biskut 3 jenis yang aku beli ni, semuanya sedap2. Rasanya lain dari biskut2 yang kita biasa jumpa time raya. Kat bawah ni aku tepek gambo biskut2 raya yang aku baru self-pickup tadi.

clockwise from left: crispy chocolate, blueberry tart & almond slice

Crispy chocolate ni memang sedap, I loike...

Khas untuk peminat kuih tat (macam aku), memang terangkat rasa blueberry tart ni. First time beli dah jatuh chenta...

Almond slice ni pun sedap gak, especially kalau makan kat depan TV. Punya la tak sabar2 nak rasa, tak sempat sampai rumah dah bukak satu botol dalam kete :p

Self-pickup kat rumah puan penjual biskut raya. Ada beberapa biskut lagi yang aku test tadi, semuanya sedap2. Antaranya chocolate heaven (what to say? I AM A CHOCOLATE LOVER!), gajus turkish & mexico brownies (rupa dia macam jemput2 ikan bilis, tapi cedapppp...). Tak terbeli la pulak tadi yang dah test2 tu, tapi insyaAllah akan beli gak nanti (kalau ada rezeki...).

Sikit ke biskut yang aku beli? Memang malas nak beli banyak2 sebab kalau ikut pengalaman, mesti biskut2 yang banyak tu boleh makan sampai raya haji, hihi!

Lagipun kerepek 2-3 jenis pun aku dah beli kat Sg Buah. Kenapa beli kerepek awal2? So boleh rasa mana yang best, pastu boleh la beli lagi sekali sebagai buah tangan masa balik kampung nanti...


p/s: To see what other cookies which are sold by puan penjual biskut raya, hesitate no more & please click here :D

p/s/s: Masz, dah promote ada komisen tak? Hehehe, acah je...


Image Hosted by ImageShack.us

6 comments:

Ibu Aimy said...

pasni blog awak glamer la.. hehe

al-qamar said...

@ibu aimy, hehehehe... kalau glamer, bagusla. ala, bukan apa, saya nak tolong saudara seislam berniaga, especially bila biskut2 tu memang dah terbukti sedap :D

sitisifir10 said...

kalau sayalah yang beli seawal ini jawabnya tak dan seminggu puasa dah abis lah....

Ibu Aimy said...

hehe.. tapi biskut raya time2 gini la best.. lepas raya dah tak best dah sbb dah banyak kat umah org kan :)

al-qamar said...

@sitisifir, saya teringat masa kitorang kecik2 dulu, mak saya beli kuih raya awal2 tp simpan kuih raya dalam bilik tidur, takut budak2 nampak, hehehe...

al-qamar said...

@ibu aimy, tul tu... sblm kita makan kat umah org lain, kita dah rasa dulu kuih yg best2 :)

Bantulah Saudara Kita di Palestin. Boikot Israel!

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin