Monday, June 22, 2009

Terbakar!!

Salam...

Lama dah rasanya tak update blog ni. Sibuk sikit, pastu terjangkit pulak angin malas, tah dari mana tah.

Ni nak cerita, tengah hari tadi, masa nak balik rumah sekejap konon2nya... ternampak hutan terbakar berdekatan dengan kawasan rumah aku. Biasa la, first thing terpikir mungkin dah ada orang yang tolong report kat bomba kot.

Tapi rasa tak sedap hati. Aku pun call my significant other tanya pendapat sama ada patut ke tak aku call bomba. Kata dia, MESTI LA PATUT!!! Mana kita nak tau ada sesiapa yang dah report? Lain la kalau kita nampak & dengar sendiri ada orang yang call bomba bagitau pasal kebakaran tu...

Tah hapa2 kan aku? Benda2 camni pun nak tanya laki dulu, kikiki...

So aku pun dail la 994, bagitau bomba kat mana yang terbakar. Aku tanya gak kot2 dah ada orang yang report pasal kebakaran kat kawasan yang sama, tapi bomba tu kata takde orang report, baru aku je (kalau aku tak report, memang lagi menjadi2 la api tu...).

Bomba siap call aku balik 2-3 kali tanya kat mana exactly tempat yang terbakar tu, siap kena bagi instruction lak cemana nak gi situ dari plaza tol, hehehe...

Dalam pukul 2 camtu, aku nak gerak semula ke pejabat (kantoiii!!!!!), lalu kat kawasan yang sama. Dah nampak sebuah lori bomba tengah padam api tu. Pastu nampak lagi sebuah lori bomba baru sampai.

Aku pun dengan tidak melepaskan peluang, terus park kete tepi jalan & capai kamera dalam handbag untuk amik gambar kawasan & pokok2 yang dah rentung tu. Ingat nak la jugak amik gambar brader2 bomba tengah padam kebakaran, tapi takleh la pulak sebab diorang dah masuk jauh dalam hutan semak samun tu, aku lak berhenti kat tepi jalan je. Gambar2nya sila tengok di bawah ye.








Masa balik dari pejabat tadi, ternampak 3 buah lori bomba, tapi my significant other kata dia nampak 4 buah.

Aku gembira sangat2 dapat menunaikan tanggungjawab untuk kawasan tempat tinggal aku. Cuba bayangkan kalau takde sesiapa pun yang tolong report kat bomba, cuba bayangkan kalau semua orang fikir dah ada orang yang dah report, mau merebak api tu sampai ke rumah2 orang, Nau'zubillah!


Image Hosted by ImageShack.us

7 comments:

Na Shari said...

Tahniah kerana jadi rakyat yang bertanggungjawab... :)

yana said...

alangkah bagusnya kalo sumer rakyat msia mcm ko..
ini baru 'satu malaysia' yang betul2 punya...proaktif..tahniah!!!

err..
pasal yg org iran ckp diorng suka msia tu compare ngan iran sendiri..
aku rasa diorng maksudkn kt msia ni bole pakai seksi2 ikut suka ati..agama Islam ke aper ker...xde org marah..human right katakan..:)
entah apa2..pegi masjid pakai mcm tu..hormatlah ckit..
kalo ko kaji sejarah pemakaian jubah tu..since sebelum masihi lagi..
masa tu Islam x ada lagi..
pastu lg mau kondem islam tu kongkong...itulah Barat punya pemikiran dh kuat sgt dlm kepala msg2...so sumer kiblat kesana..

aku mmg bimbang sgt2 ngan situasi kt iran...mousavi tu..pro Amerika..mmg kt Iran diorng negara kaya...minyak banyak...tp kn kena sekatan bagai lagi..camne nk eksport..so since shah iran jatuh..puak2 evangelist n korporat(atau keparat!) mmg x suka kt revolusi Islam,sbb diorng xleh nk bergaya kebaratan...

kalo dipikirkan balik...ade kes mcm kelantan jugak..
doakan yg terbaik..Islam rules!

Jospecky said...

Terima kasih kerana memberi peringatan kepada kami semua utk juga proaktif dalam bab-bab ini...

Tabik!!!

pemanduteksi said...

biasanya kebakaran adalah perkara pertama sebelum jentera berat datang dlm masa 6 bulan ke setahun untuk kerja2 tanah bagi memajukan sesebuah projek.

Ini mestilah kerja macai2 pemaju..! Tak percaya??? tunggu jer sikit hari mesti ada projek perumahna kat tempat tersebut..!

Anonymous said...

waaa...superhero...hehehe..good job kak!!

CATZ said...

ni kat area mana ni??
iskkk...sengaja bakar keww??

al-qamar said...

@Na Shari, tima kasih... :)

@Zana, aku pun harap yang terbaik... harapnya janganlah makin kacau-bilau.

@Jo, tenkiu... :D

@pemandu teksi, itu juga tanggapan pertama saya dan suami. Tak tau sejauh mana kebenarannya...

@Jue, kalau superhero, kena ada nama glamer nih, hehehe...

@Catz, ni kat hutan kat tengah2 Bandar Bukit Mahkota tu. Kalau biasa gi Nilai 3, sure familiar dgn area ni. Tak pasti lak sengaja bakar ke tak, tapi instinct saya rasa macam sengaja dibakar je...

Bantulah Saudara Kita di Palestin. Boikot Israel!

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin