Saturday, September 5, 2009

Di sini Kisah Coklatku Bermula


(Untuk pengetahuan semua, posting kali ini adalah untuk masuk contest yang dibuat oleh Puan Siti Sifir. Hadiah coklat weiii!!! Rugi tak masuk tawww... Sape nak tengok atau nak join sila klik kat sini ek. Tarikh tutup 13 September ni, so marilah kita join beramai2...)

Puan Siti Sifir, inilah dia entry saya untuk Kategori 2 ye...


Aku memang cintakan coklat sejak azali lagi. Kalau nak diikutkan, hari2 nak makan coklat, hehehe... Tapi everything must be taken in moderation, including chocolates, ye tak? :)

Ingat lagi masa kecik-kecik dulu, asyik dok makan coklat je (sekarang pun sama je...). Mak aku selalu buat lawak gigi susuku reput jadi hitam2 kurus2 sebab tak stop2 makan coklat. Siap berebut dengan adik2 lagi, muahahaha! Gigi adik2 aku elok2 lagi, gigi aku je dah hitam berkarat, huhu! Nak gi skolah pun malu tapi buat bodo je la. Takkan nak ponteng skolah sebab gigi buruk kan :p

Bila mak aku pi supermarket, mesti nak mintak jajan coklat. Kalau tak dapat, merajuk. Mak aku kata otak aku dah penuh dengan coklat, tu yang asyik pikir coklat je. Haduiii.... memang betul kot cakap mak aku tu.

Sekarang ni, bila dah dewasa, dah kawen, pun masih kekal kesukaanku pada coklat. Tak kira la coklat jenis apa - milk chocolate, dark chocolate, bittersweet chocolate, white chocolate, cooking chocolate - semua aku tibai tanpa belas kasihan (Bunyi macam kejam jek kan, kehkehkeh!). Yang beli sendiri ada, yang orang bagi ada, yang dapat free gift pun ada.

Last year, masa attend family day kat Langkawi, akulah orang yang paling banyak shopping coklat, hehehe... Orang lain dok sibuk2 beli pinggan mangkuk la periuk kuali la sudu garpu la kain baju la, yang aku ni sibuk menghabiskan masa kat kedai coklat. Tak ingat dah berapa RM aku dah sedekah kat tokei kedai tu...

At this very moment, berlambak2 chocolate dalam fridge aku tu. Yang plain ada, yang ada fruits & nuts ada, yang bentuk macam cendawan ada, yang saiz mini ada.

Raya tahun lepas, adik aku ada beli praline chocolate dari Tasneem Coklat Halal bawa balik ke kampung. Perggghhh!!! Sekelip mata je licin! Yang aku tak puas hati tu, aku dapat makan berapa ketul je! Tapi memang sedap la. My significant other yang bukan pencinta tegar coklat pun boleh kata coklat tu syangat syedaaappp....

Bulan2 puasa ni, nak berbuka pun mesti kena jamah coklat sikit :D

Nasib la sekarang ni tengah puasa, kalau tidak mesti sekarang ni aku tengah bongkar fridge, dok memilih mana satu coklat yang aku nak makan sambil update blog atau tengok tv. My significant other yang memang bukan hardcore chocolate lover macam aku kurang paham apasal la aku ni suka sangat makan coklat. Tapi yang bestnya, dia tak pernah larang aku tambah stok coklat kat rumah. I lap u la laling!!!

Oke, untuk meliurkan korang2 yang baca entry ni supaya sama2 join contest coklat ni, kat bawah ni aku paste gambo coklat2 yang menjadi rebutan contestants, hehehehe...



Apa lagi ek nak story? Hmmm... ni je la kot ek Puan Siti Sifir... :D


p/s: Tak sangkanya dapat setelkan dua contest dalam masa satu hari. Mana taknya, hari ni baru rasa free sikit, hehehe...


Image Hosted by ImageShack.us

3 comments:

rozana said...

perghh..
moon ko mmg betul2 membuatkan aku terliur...chemistry pulak...smlm baru jek aku srh hubby belikn cadbury yg dark tu..tp isk2..dkt kg ni ssh nk dpt...last2 beli jek la van houten..errbetul ker eja tu?

al-qamar said...

betul la tu, hehehe...

cadbury dark yang baru tu kan? nak ke coklat tu? esok aku nak shopping kat giant. tapi kan, kalau pos coklat tak cair ke ek?

sori la tanya, aku tak biasa pos parcel ke sapa2, biasa pos surat je :D

rozana said...

hehe..
xpe..kt area bachok jek yg xde..
nti aku carik kt kb..
mesti ada..
mmg confirm cair...
sbb dok bersendat2 dlm van/lori pos tu...
err..tp delivery dr kilang to d/store guna van apa ya? musykil gakk...thx anyway..

Bantulah Saudara Kita di Palestin. Boikot Israel!

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin