Orang lain semua sibuk letak gambo raya memasing. Aku je yang tak amik gambo.
Tahun ni aku beraya kat rumah mertua kat Taiping. Oke la.. Nak kata meriah sangat, takde la. Tapi kakak ipar aku bersalin anak kedua betul2 lepas azan maghrib hari Sabtu. Baby girl. Baby 1 Syawal 1430H, hehe... Best kan? Every year dapat cuti masa birthday :)
Nak amik gambo baby pun terlupa (segan pun ye jugak), tu yang sedih tu... Kalau tak, boleh tepek kat blog. FYI, setakat raya keempat aritu, baby belum ada nama lagi. Maybe sekarang dah ada nama...
Antara sebab2 tak amik gambo masa raya adalah:
- Aku adalah agak2 pelupa nak keluarkan kamera dari tempat persembunyian dia sejak akhir2 ni.
- Family mertua aku ni bukan pesen suka2 nak amik gambo (tak macam family aku, orang baru bangun tido pun boleh di 'candid camera' kan).
- Mak pak baby girl tu takde plak nak excited2 amik gambo baby. Kalau aku yang ter'over' excited, tu apa maknanya tuh? Huahuahua...
Oleh itu, disebabkan kehadiran baby baru, kitorang pun tak banyak beraya. Lagi ramai orang yang datang beraya (sebab nak tengok baby baru).
Ingat nak pi umah Tok (ibu kepada mak mertua) kat Beruas, & bawak dia ke Taiping, tapi belum pun sempat kitorang nak gerak ke sana, Paksu call kata dia akan amik Tok & hantar ke rumah mak mertua aku...
Yang aku pasan kat Taiping ni, time raya2 pun Tesco & Taiping Sentral boleh penuh, majoriti pakai baju raya lip lap lip lap...
Aik??? Orang dari bandar balik kampung pun nak pi Tesco gak ke? Tempat korang takde shopping complex beso2 agaknya kot... (eleh, aku pun pi Tesco gak, kalau tak cemana boleh tau ramai orang pakai baju raya kat Tesco tu, tapi aku pi Tesco tak pakai baju raya la, hihihi...).
Teringat lak raya 2 tahun lepas, kat Taiping, aku ternampak ada satu family 4 orang, makan kat KFC masa lunch, siap berbaju melayu bersamping bagai!!! Pelik betul aku menengoknya. Ye la, takkan takde orang masak rendang ke, ketupat ke, laksa ke, apa2 ke kat rumah diorang ek?
Ntah le...
Udah2 le setakat ni. Kepala dah sengal balik.
Esok2 update lagi...