Friday, September 4, 2009

Tak puasa dengan selambanya...

Tadi, dalam pukul 2.30 aku ternampak ada sorang mamat ni hisap rokok betul2 dalam van kat sebelah kete aku. Masa tu aku & my significant other nak ke tempat keje (Jumaat kan rehat panjang sikit...). Tiba kat traffic light simpang empat depan taman perumahan aku, red light so kitorang berenti la.

Sebelah kete kitorang, ada sebuah van warna kelabu yang sarat dengan muatan untuk berniaga di bazaar ramadan. Ada 4 orang semuanya dalam van tu - 3 lelaki & seorang pompuan (bertudung). Aku agak diorang ni nak berniaga kat bazaar ramadan lebih kurang 3 km je dari umah aku...

Mula2 aku dok perati pompuan tu dok repair dia punya lipstick kat cermin powder dia. Alih2 ternampak pulak mamat sebelah pompuan tu dok hembus asap rokok. Selamba katak betul mamat ni I tell you! Muka tak tau malu betul!!!

Aku bagitau kat my significant other. Kebetulan masa aku tengah tuding jari dok tunjuk ke mamat tu, mamat tu pandang kat aku. Dia pun pandang aku tak lepas. Aku pun apa lagi, balas balik la... Dia ingat aku takut sangat ke dengan mata dia tu? Badan dah la kurus kedengking, muka cekung, rambut highlight sana highlight sini, nampak macam penagih dadah pun ada.

Tak semenggah betul rupanya.

Pompuan tu pun satu hal, takde ke rasa nak tegur orang yang sama2 keje dengan ko kalau orang tu tak puasa? Terang-terangan pulak tu tak puasanya! Aku agak2 pompuan tu tokey budak2 tu, & stail dia "aku tak kesah korang nak puasa ke tak, yang penting korang keje dengan aku baik2". Silap2 dia pun tak puasa, huahuahua...

Isk... Nasib baik le aku lambat kuarkan kamera, kalau tak, aku snap 3-4 keping gambo buat tatapan korang kat sini.

Pasni, kalau ke bazaar ramadan ke pasar malam ke, sori la aku nak beli kat budak2 tak semenggah ni (selama ni aku tak penah beli pun dgn diorang, diorang jual apa pun aku tatau).

Aku harap aku takkan lupakan muka diorang sampai bila2, so that aku tak terbeli makanan berbuka daripada orang yang tak puasa dengan selambanya...


Image Hosted by ImageShack.us

Bantulah Saudara Kita di Palestin. Boikot Israel!

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin