Masa kat sekolah dulu, kelas Izzati sebelah kelas aku, roommate dia kat asrama pulak adalah ex-classmate ku, jadi ada masanya aku datang melepak di bilik dia. Lagi, dia belajar satu universiti dengan aku, di dalam fakulti yang sama walaupun jabatan berbeza - dia farmasi, aku sains bioperubatan. Selama yang aku kenal dia, dia memang seorang yang tough, bukan tough as in kasar tau, tapi tough as in tabah & sangat2 penyabar orangnya. Dia bernikah dengan suaminya semasa masih menuntut, sewaktu kitorang2 yang lain ni masih huhahuha tak tentu hala. Dia memang seorang yang jauh lebih matang berbanding aku & kawan2 yang lain.
Rasanya kali terakhir berjumpa (lebih kepada terserempak) dengan Izzati adalah dalam 3-4 tahun lepas atau 2-3 tahun lepas. Masa tu berselisih kat pasar malam dekat2 dengan rumah aku. Aku tengok dia macam kurus sikit, jadi aku tanya la dia sihat ke tak. Dia kata dia kurang sihat, tapi dia tak kata sebab apa. Aku lak, not wanting to be nosy, takdelah tanya dia sakit apa. Cuma lepas2 tu barulah dapat tau daripada kawan2 yang rakanku itu rupa2nya mengidap barah payudara. Tak lama lepas tu ada kawan yang bagitau yang Izzati dah buat surgeri buang sel2 jahat itu, & dah buat chemo & all. Lepas tu dia sihat... Alhamdulillah.
Tak sangka pulak sel2 jahat tu masih ada di dalam badannya dan telah merebak ke vital organ yang lain. Sekarang Izzati telah 2 minggu berada di Wad Surgeri, Tingkat 3, Hospital Putrajaya.
Aku ingin mendoakan yang terbaik untuknya.
Untuk semua yang membaca posting ini, harap dapat juga mendoakan Nurul Izzati walaupun kalian tidak mengenalinya. Terima kasih banyak2 ye...
~Izzati, bersabarlah menghadapi dugaan Allah untukmu ini. Setiap dugaan kesakitan yang engkau hadapi adalah penghapus dosa. Pasti ada hikmah di sebalik segala yang berlaku, baik untuk dirimu juga untuk diriku dan semua orang yang mengenalimu. ~
