Saturday, February 14, 2009

Jalan2 di Melaka

Kitorang gi ronda2 di Melaka lebih kurang seminggu selepas CNY. Duduk kat sana selama 2 hari 3 malam. Selama ni tak penah pun rasa nak jalan2 kat Melaka, tapi sekarang teringin nak bercuti2 Malaysia sekali-sekala, nak menghargai keindahan dan warisan negara... Di samping nak recharge hubungan antara aku & my significant other, hehe...

Ke mana di Melaka? Ke tempat2 biasa yang orang slalu visit je.

Kenapa baru sekarang nak post ke blog? Sebab baru ada mood nak cerita, hehe... Lagipun, 3-4 hari lepas aku macam ada problem nak upload gambar ke blog, adehhh!!! So dah 3-4 hari la entry ni tersimpan sebagai draft sebelum dapat di post ke blog.

First day, cuma gi ke Taman Mini Malaysia (before checking in at the hotel), pastu bila dah lapar, gi lunch pulak, tapi sebenarnya late lunch sebab masa tu dah pukul berapa tah. Malamnya pulak, gi jenguk2 ke tepi Sungai Melaka & Jonker Walk. Wah!!! Boleh tahan gak Sungai Melaka, aku tengok macam ada karnival lak kat area yang dekat dengan Muzium Maritim tu. Dengan replika naga la, rumah Melaka la, Stadthuys la, tah hapa2 lagi la, semuanya mengelip2. Menyusur kat tepi sungai sampai ke Jonker Walk. Hmm, baunya agak kureng sikit (if you know what I mean), but what the heck. Bukannya hari2 kan aku sampai sini, so tahan aje la hidung tu...

Satu lagi, jaga2, parking malam2 memang free (sepatutnya), tapi ada orang kutip duit RM3 per kereta, bila aku tanya bukan free ke, mamat tu (chinese rasanya) cakap apa tah, tapi memang bau arak la, hadoiii... Ni kalau tak bayar ni, abis dia pancitkan tayar ke, calarkan body kete ke, tak pasal2... Pada hal, balai polis kat sebelah je dengan tempat kitorang parking tu. Berani betul diorang! Tah2 diorang dah kawtim dengan polis agaknya...


Dah lama tak jumpa lemari lauk camni kan. Masa kecik2 dulu ada gak lemari lauk yang saiz macam mini fridge tu kat rumah... Nostalgia.

Cantik kan? Tapi bahaya buat dinding rumah camni zaman sekarang ni, banyak perverts yang suka skodeng!

Cik kak & cik abang tengah berdondang sayang kat rumah Melaka.

Eh Cik Kiah, meh la masuk... Apa berdiri kat tangga je? Hihi!

Jonker Walk at night? Loved the view, but hated the smell!!!!

Arent' they cute? :)

Second day, lepas sarapan, terus cari kedai yang jual parking coupons & gerak ke bandar. Parking kat depan Dataran Pahlawan, pastu terus gi ke Mahkota Parade sebab my significant other nak cari sandal baru (sandal lama koyak daaa...). Pastu menyusur dalam Dataran Pahlawan menuju ke jalan yang ada muzium yang banyak2 tu...

Sekali tu terjumpa sandal giant daa...

Hatyai! Hatyai!

The most famous landmark in Melaka.

Dua2 ni namanya Hang Tuah & Hang Jebat. Sejak bila kena sumpah jadi kete kebal kiut ni? Sebab apa kena sumpah? Sebab 'menderhaka' ke? Hehe...

Muzium Istana Kesultanan Melayu Melaka.

Sebahagian dinding kubu yang baru ditemui kat tepi Sungai Melaka.

Kitorang tak dapat nak berlama2 kat kawasan tu sebab bateri kamera aku dah kong pulak, so terpaksa balik hotel untuk recharge bateri, huhu!

On the way back to our car, masa tengah nak melintas jalan, ada la sorang mat saleh ala2 backpacker ni pun lintas dengan kitorang. Tetiba dia tanya kitorang kat mana dia nak naik bas untuk gi ke Melaka Sentral. Aku pun bagitau la kata kitorang tatau sebab kitorang bukan orang sini. My significant other bagi la cadangan supaya amik teksi je, tapi dia macam tamau naik teksi je, sure dia takut kena cekik dek pemandu teksi (aku paham perasaan itew...).

Petangnya kitorang gi semula ke tepi Sungai Melaka sebab nak naik river cruise pada waktu senja. Pemandangan sangat cantik, I loike... Pastu, gi naik Menara Taming Sari, pastu drive ke lokasi Eye On Malaysia pulak... Comparing Menara Taming Sari & Eye On Malaysia, I liked Menara Taming Sari better because the view was much nicer.

All this rides made us really, really hungry. So, ke Umbai pulak! Kiranya malam tu memang late dinner la, apa taknya, lebih kurang pukul 10.40 baru dapat makan, hahaha!

Tengah tunggu turn nak naik bot.

Kampung Morten yang sangat comel rumah2nya...

Eye On Malaysia.

Third & final day, lepas sarapan terus check out, pastu gi semula ke Bandar Melaka untuk masuk mana2 muzium yang tak sempat nak masuk semalam disebabkan bateri kameraku yang kong, hehe... Puas jalan, gi lunch kat area MITC, restoran ikan bakar, lupa lak namanya, dekat jugak la dengan UTeM. Dah kenyang makan, baru le gerak balik ke rumah...

Kincir angin tepi Sungai Melaka.

Pemandangan dari atas St. Paul's Hill. Boleh nampak Menara Taming Sari, Muzium Maritim & Eye On Malaysia kat tepi Selat Melaka.

Muzium Maritim...

Tamatlah entry untuk kali ini... Mintak mahap, aku memang tak reti nak bercerita walaupun masa skolah dulu aku suka buat karangan & dapat markah tinggi, wahahaha!!!

Bantulah Saudara Kita di Palestin. Boikot Israel!

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin