Monday, February 16, 2009

shepherd's pie

Main masak2 lagi.... Kali ni buat shepherd's pie pulak. Ada orang panggil cottage pie. Aku tak kisah nama mana2 asalkan sedap dimakan huahuahua... Tapi aku suka panggil shepherd's pie sebab masa kecik2 dulu mak panggil shepherd's pie jugak.

Compared to easy baked pasta yang aku buat 2 minggu lebih yang lepas (see here), shepherd's pie ni lagi mengenyangkan, aku makan sikit terus kenyang. Bila makan tu macam teringat zaman kecik2 dulu mak buat pai ni. Tapi kali ni aku buat tambah cili padi la, baru syok...

Tapi perasan tak, apasal asyik buat western food je? Sebabnya tekak aku ni memang berkenan kat western food, especially bila dah lama tak pekena, hehehe... Ala, lagipun sekali-sekala je, kalau selalu sangat makan pun muak jugak.

Resipi ni aku ubahsuai sikit2 dari resipi2 yang aku jumpa kat Myresipi (as usual la kan) & yang aku search secara random kat internet.

Bahan2 (untuk 3 orang makan)

  • 1 biji bawang Holland (sederhana besar) - dicincang
  • 5 biji cili padi - dihiris (tambah lagi kalau nak lagi pedas)
  • 150 g daging lembu cincang
  • 1/2 cawan mixed vegies
  • 3 biji cendawan butang - dihiris (suka cendawan? bubuh lagi banyak2 ye)
  • 1/2 kiub lembu - larutkan dalam air suam
  • 5 sudu besar sos tomato (optional)
  • oregano secukup rasa (optional)
  • garam & gula secukup rasa
  • minyak masak/butter - untuk menumis
  • cheddar cheese - diparut (optional)
  • bahan2 untuk kentang lecek:
  • 2 biji kentang
  • 1/2 cawan full cream milk cap Marigold
  • 1 ulas bawang putih - dicincang
  • 1 sudu besar butter
  • 1 sudu besar cream cheese (optional)
  • serbuk lada hitam secukup rasa

Cara2
  1. Untuk buat inti daging, panaskan minyak masak atau butter (ikut la yang mana satu idaman kalbu ye...).
  2. Tumis bawang besar & cili padi. Bila bawang & cili padi dah nampak layu, masukkan daging cincang. Goreng sampai daging nampak keperangan.
  3. Masukkan mixed vegies & cendawan butang. Kacau sekejap.
  4. Masukkan kiub lembu yang dah dilarutkan tadi & oregano (kalau nak la...). Kacau sampai mendidih.
  5. Kalau nak masam2 sikit, masukkan sos tomato. Kalau tamau masam, takyah letak. Pastu kacau lagi.
  6. Sila adjust rasa dengan garam & gula secukupnya (tapi jangan lebih2, nanti sakit jantung la, kencing manis la, macam2 penyakit la...). Tutup api & ketepikan bila dah nampak pekat & rasa dah cun.
  7. Untuk buat kentang lecek pulak, kopek (alo... jangan pikir benda lain ye!) kentang, pastu potong2 la kepada saiz yang sesuai (potong lagi kecik lagi cepat empuk) & rebus sehingga kentang2 tu empuk & lembut.
  8. Bila kentang dah lembut, lecekkan guna pelecek sampai semuanya hancur.
  9. Pastu masukkan full cream milk, bawang putih, butter & lada hitam. Kalau nak tambah garam sikit pun boleh, nak tambah cream cheese pun boleh. Kacau lagi sampai sebati.
  10. Keluarkan mangkuk kaserol yang microwaveable, pastu masukkan inti daging tu semua sekali. Ratakan.
  11. Pastu ratakan pulak kentang lecek tu kat atas inti daging. Tak payah padatkan kentang lecek tu, cuma cucuk2 manja je dengan garpu kat permukaan kentang tu.
  12. Kalau suka, nak tabur shredded/grated cheese kat atas kentang lecek tu pun boleh. Aku suka cheese, so aku tabur le banyak2, hehehe...
  13. Bakar dalam oven sampai keju cair & keperangan. Kalau tak tabur cheese, bakar sampai permukaan kentang keperangan.
  14. Tadaaa!!! Dah boleh makan...
Dah tinggal separuh...

Presentation-wise, kureng sikit la... But taste-wise, yummilicious!!!

Bantulah Saudara Kita di Palestin. Boikot Israel!

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin