Friday, February 13, 2009

nak lompat ke taknak lompat?

Salam semua...

Kat bawah ni aku salin & tampal sedikit petikan artikel yang aku baca dari website Ustaz Zaharuddin berkaitan isu lompat parti yang melanda negara kita sejak akhir2 ini dan pandangan beliau tentangnya. Secara ringkasnya, Ustaz Zaharuddin memberi pandangan tentang double standard yang mengelilingi isu lompat parti, double standard yang dibenarkan dari perspektif Islam, kekurangan sistem demokrasi yang kita amalkan dan lompat yang dibenarkan & yang tidak dibenarkan. Agak menarik untuk membuka minda kita semua...

Apa2 pun yang kita buat, marilah kita bergerak daripada yang tak baik kepada yang lebih baik, walaupun yang lebih baik tu tak sesempurna mana kerana tiada manusia yang sempurna di dunia ini...

Apakah Hukum Lompat Parti

dan ‘Double Standard' Berkenaannya ?

Oleh

Zaharuddin Abd Rahman

www.zaharuddin.net


Cukup hangat perkembangan politik tanahair. Pihak media tentunya yang paling gembira kerana jualan mereka meningkat, bagi media elektronik pula, lawatan meningkat.

Dalam artikel ringkas ini saya ingin mengajak kita sama-sama berfikir beberapa perkara yang melibatkan perkembangan politik di dalam negara dari perspektif sedikit akademik dan keagamaan. Bukan dari semua sudut tetapi dari beberapa sudut daripada pelbagai sudut sahaja.

Namun demikian, artikel ini mungkin kurang selesa dibaca oleh orang bukan Islam kerana ia meninjau dari perspektif Islam.

SEKITAR ISU LOMPAT PARTI

Ini isu pertama yang patut kita fikirkan. Isu ini sangat hangat diperkatakan sejak dimulakan oleh Dato' Seri Anwar Ibrahim menjelang 16 September 2008, dan kemudiannya 24 Sept 2008 dan terus tertangguh.

Reaksi rakyat adalah pelbagai menjelang 16 September 2008 yang lalu, ada yang : -

· mencela ‘lompat' sebagai keji, tidak bermoral dan khianati pengundi
· tidak bersetuju tetapi tidak begitu membantah,
· ada yang tidak bersetuju tetapi menyerahkan kepada keadaan
· ada yang bersetuju, tetapi kurang selesa,
· ada yang sangat setuju,
· ada yang masih konfius dan mengikut keputusan pimpinan masing-masing tanpa berfikir
· dan macam-macam kelompok lagi.

Apa sebenarnya pendirian anda dan mengapa anda berpendirian begitu?

Kebiasaannya, pihak yang mendapat manfaat beserta penyokongnya akan bersetuju dan mempertahankannya. Namun demikian tidak dinafikan ada sebahagian penyokong dan pendokongnya yang termasuk dalam salah satu kelompok di atas tadi.

Pihak yang akan menerima kesan negatif pula kebiasaannya akan menentang habis-habisan. Namun ada juga penyokong dan pendokongnya dari kelompok di atas juga.

Sebelum kita berbincang lagi berkenaan pendirian wajar atau tidak. Ditaqdirkan Allah swt, tarikh 16 dan 24 September 2008 menemui kegagalan secara fizikalnya, namun justifikasi segera pemimpin PR mengatakan mereka tidak gagal malah berjaya iaitu menembus minda rakyat untuk terbayang kerajaan persekutuan boleh berpindah tangan. Tidak mustahil atau paling kurang memberikan sedikit ‘feel'. Sama ada justifikasi ini rasional, bertaraf tadika atau bertaraf dunia, terpulang kepada anda semua untuk menentukan. Ia bukan tujuan artikel ini ditulis.

Apa yang berlaku tiba-tiba adalah pada awal bulan Februari 2009, beberapa orang ADUN Pakatan Rakyat Negeri Perak pula melompat parti sehingga membawa kekecohan yang masih panas hingga ke hari ini.

Majoriti kelompok pendokong dan penyokong Pakatan Rakat tentunya berang bukan main, dan seribu satu macam hujah dan rasional dihamburkan bagi mengecam tindakan keempat-empat ADUN terbabit [ 3 PR + 1 UMNO (PKR) ]

Baca selanjutnya di sini.


~Let's move from evil to lesser evil, from the bad to the not-so-bad, from good to better~

Bantulah Saudara Kita di Palestin. Boikot Israel!

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin