Monday, February 9, 2009

office politics or just plain PHD?

Hari Khamis lepas aku baru start keje lepas balik dari Melaka bercuti. Saja, nak tenangkan fikiran, tengok tempat2 yang aku tak penah tengok (I admit, selama ni aku bukan kaki jalan, haaa!). So aku pun masuk ofis pada hari Khamis tu dengan semangat yang lebih berkobar2 & perasaan yang lebih gumbira dan tenang.

But something really made my day turned upside down. Nak tau apa? Nanti jap, aku kena senaraikan dulu semua watak yang terlibat, tak kira la watak putih ke watak hitam ke watak pipih ke:
  • seorang (or sebiji???) mangkuk (pompuan)
  • aku (pompuan, bukan lelaki, hehe...)
  • kawan kepada si mangkuk (pompuan juge)
  • penghuni2 di bilik yang aku huni sama (5 orang pompuan)
  • staf sokongan kepada si mangkuk (lelaki)
  • encik bos kepada si mangkuk (lelaki juge)

Ada ke patut mangkuk tu memandai2 propose kat bos dia untuk masukkan staf sokongan dia kat bilik aku (yang kebetulan dikongsi bersama dengan beberapa orang staf lain, semuanya pompuan). Yang bestnya tu, staf sokongan yang dicadangkan oleh mangkuk tu untuk duduk dalam bilik tempat aku duduk sekarang adalah seorang lelaki (paham ke ni? aku macam pening lak dengan ayat aku sendiri hehe..). Ish ish ish!!! Apa la agaknya yang difikirkan oleh mangkuk tu... Semata2 nak monitor & 'jaga kebajikan' staf dia tu ke atau tak abih2 ada benda tak puas hati kat aku????

Nak dibuat cerita, mangkuk tu dulu pun penah sama2 duduk dalam bilik aku tu selama beberapa tahun. Pastu, ada la something happened between us (& her so-called friends) yang menyebabkan kitorang malas nak bercakap, except pasal keje je, tu pun kalau boleh nak elak2, pakai email je lagi baik. Then, baru2 ni mangkuk tu dapat pindah ke bilik lain yang lebih baik dari segi privacy (sebab bilik baru mangkuk tu cuma share dengan sorang je lagi staf, sedangkan bilik aku kena share sampai 6-7 orang). Aku pun tak heran sangat, jeles pun tak sebab aku memang suka suasana dalam bilik aku sekarang ni (meja aku dekat dengan tingkap, aman damai je tengok pokok2 kat luar tu hehe...)

Pastu mangkuk tu propose lak untuk kawan dia yang duduk sama2 dengan aku dalam bilik tu untuk pindah ke bilik lain yang kebetulan kosong sebab staf yang dulunya duduk kat situ dah tukar keje ke obersi. Elok2 je member sorang ni dalam proses mengemas barang2 dia nak pindah ke bilik baru, mangkuk tu pun apa lagi, terus la propose untuk staf sokongan dia tu masuk duduk kat bilik aku.

Wah wah wah!!! Suka hatinya ko ye!!! Aku yakin kalau mangkuk tu still duduk kat bilik aku tu, sure dia takkan cadangkan supaya staf sokongan dia tu masuk bilik aku. Ye la, aku yakin, dia pun sure tamau duduk sebilik dengan staf lelaki kan? Kan tak manis kalau tiba2 penghuni bilik yang lain keluar (gi lunch ke, masuk lab ke, gi toilet ke, dsb.) & tinggal sorang je staf pompuan dengan staf lelaki dalam bilik tu.

Alo... bilik tu ada dinding, ada tingkap yang cuma mengadap ke luar bukan ke kaki lima, pintu lak sentiasa bertutup. Apa kata orang nanti? Tolong la!!! Tolong la jangan jadi musang berbulu ayam ye... Tolong la jangan jadi hipokrit ye cik puan mangkuk...

Aku pun cepat2 la berbincang dengan staf lain yang sama2 jadi penghuni di bilikku. Diorang pun tak setuju. Bincang punya bincang, aku pun ingat nak ajak at least seorang dua lagi untuk sama2 jumpa encik bos kepada si mangkuk tu untuk bagitau pendapat kitorang. Tapi, salah seorang penghuni cakap tak sesuai buat macam tu sebab nanti nampak macam kita nak menyerang pulak. So penghuni tu mencadangkan supaya aku je yang pegi jumpa memandangkan aku staf paling senior kat bilik tu (macam kelakar la pulak...). So aku pun pegi jumpa & menyatakan yang kitorang tak setuju dengan cadangan mangkuk tu. Tapi aku takde la cakap yang aku tau mangkuk tu yang bagi cadangan yang tak adil tu, aku cuma cakap la yang aku ada dengar yang ada orang bagi cadangan macam tu & kitorang bangkang. Ye la, cover la sikit kan...

Antara alasan2 yang aku bagi (lepas berbincang dengan penghuni2 lain):
  • Kitorang dalam bilik ni semua pompuan. Kalau masuk sorang laki dalam tu, abis la privacy kitorang. Lagipun memang sah2 tak manis dipandang orang sekeliling, kan? Kitorang kat bilik aku tu tak memilih sama ada pegawai atau staf bawahan yang boleh duduk di bilik kitorang, but no guys please!!!
  • Staf sokongan tu dah ada tempat dia sendiri. Tiga minggu lepas masa aku pass down PC lama aku pada staf sokongan, dia sendiri bagitau aku dia dah ada bilik (or at least dah ada meja) kat blok belakang (menurut bos kepada mangkuk tu, ada orang cakap yang staf sokongan tu takde meja dia sendiri...).
  • Kitorang tak puas hati sebab kenapa ada orang lain yang takde kena-mengena dengan bilik kitorang tu tiba2 bagi cadangan macam tu tanpa terlebih dulu mintak pendapat pada kitorang yang duduk dalam bilik tu.
Aku tau la ko (si mangkuk tu la) dah tak duduk kat bilik aku tu lagi, tapi apa hal yang buat macam dah takde orang wujud dalam bilik tu lepas ko keluar dari bilik tu??? Do you think this world revolves around you, & around you only? Macam ada bermotifkan PHD je cara ko tu...

Lepas aku meluahkan apa yang aku nak cakap (bagi pihak penghuni2 bilik aku tu jugak...) pada encik bos kepada si mangkuk tu, aku rasa encik bos tu boleh terima alasan2 aku... Aku dah tak peduli dengan mangkuk tu, aku tau dia berani sebab dia ada geng, aku ni pulak jenis loner, so senang2 la dia ingat dia boleh tolak aku ke kiri ke kanan agaknya.

We'll see about that!

2 comments:

Jospecky said...

perrghh!!!!

mengamok gilerz che moon kite nih.

(",)

org yg jarang mengamok nih kalo mengamok dasat woo!!

(^.^)

al-qamar said...

huh! mmg aku mengamuk sakan masa tu, tp skrg dah cool down la, lepas jumpa dgn encik bos tu, aku rasa tenang sket.. at least dia tau yg kehadiran manusia bernama lelaki tak dialu2kan kat bilik yg aku share dgn lagi 5 org penghuni tu hehehe...

Bantulah Saudara Kita di Palestin. Boikot Israel!

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin