Tuesday, February 3, 2009

simple baked pasta

Akhirnya, pada minggu lepas (time cuti panjang raya cina tu..) aku telah berjaya merealisasikan impianku untuk membuat baked pasta. Sebenarnya dah lama nak buat, tapi tak terbuat2. Mana nak layan orang datang rumah, mana nak layan keje kat opis & kat rumah, mana nak buat itu, mana nak buat ini, pendek kata busy aje le manjang (atau buat2 busy???). Sedap jugak rasanya walaupun baru 1st time cuba, cuma ada sikit2 hangus la kat cheese layer tu, so macam agak garing gitu. Tapi yang paling best bila mendapat pujian dari my significant other, hehehe... Siap ulang makan 2-3 tambah tuh!!!

Resipi ni aku jumpa kat Myresipi. Sapa2 yang rajin bolehlah try...

Ni bahan2 dan cara2 untuk buat baked pasta ni. Aku dah edit untuk ikut selera tekak kitorang, dan juga mengikut bahan2 yang available kat dapur pada masa tu :)

Bahan2 (untuk 3 orang makan, tapi untuk yang kuat makan, 2 orang je la kot)
  • 150 g macaroni
  • 150 g daging lembu cincang
  • 1 ulas bawang putih - dicincang
  • 1 biji bawang Holland (sederhana besar) - dicincang
  • 5 biji cili padi - dihiris (baru la syok!!)
  • 50 g (atau 1/2 tin kecil) puri tomato
  • 1/2 tin cendawan butang - dihiris
  • 1 biji cili merah - dihiris (guna capsicum merah/hijau/kuning lagi best!)
  • 1/2 kiub daging - larutkan dalam air suam
  • 1/2 batang carrot - dipotong dadu
  • 1 helai bay leaf kering
  • 1/2 blok cheddar cheese - diparut
  • oregano secukup rasa (aku suka oregano yang banyak hehe..)
  • gula dan garam secukup rasa
  • minyak zaitun - untuk menumis
  • bahan2 untuk sos putih:
  • 1 sudu besar mentega
  • 1/2 sudu besar tepung gamdum
  • 250 ml full cream milk cap Marigold
  • garam dan lada hitam secukup rasa

Cara2
  1. Rebus macaroni ikut instructions pada paket dia.
  2. Untuk buat inti daging, tumis bawang putih, bawang besar & cili padi. bila bawang2 & cili padi dah nampak layu, masukkan daging cincang. Sila goreng sampai daging nampak keperangan (maksudnya dah masak la tu ye..)
  3. Masukkan carrot, cili merah dan cendawan butang. Sila kacau.
  4. Masukkan puri tomato. Sila kacau lagi.
  5. Masukkan kiub lembu yang dah dilarutkan tadi, oregano dan bay leaf. Biarkan mendidih sampai naik bau (nak kacau pun takde masalah, hehe..).
  6. Kalau ada kekurangan rasa, sila adjust dengan garam dan gula. Tutup api dan ketepikan bila dah nampak pekat.
  7. Untuk buat sos putih pulak, panaskan mentega guna api kecil (takut hangus daa...). Taburkan tepung gandum bila mentega dah cair sepenuhnya, dan sila kacau cepat2 guna senduk kayu. Kacau beberapa minit, lepas tu masukkan susu.
  8. Masukkan garam dan lada sulah secukup rasa. Sila kacau lagi sampai sos nampak pekat dan melekat pada belakang senduk. Bolehlah tutup api...
  9. Aku gunakan bekas tahan panas yang microwaveable (macam Pyrex, etc...) untuk melapis macaroni dan inti daging tu. Caranya, mulakan dengan lapisan macaroni, pastu lapisan inti daging, pastu ratakan sos putih atas inti daging.
  10. Sila teruskan kerja2 melapis sehingga menjilat jari penuh satu bekas dan tabur keju parut kat lapisan paling atas.
  11. Sila masukkan ke dalam oven dan bakar sampai keju cair dan keperangan.
  12. Siap! dah boleh makan...
Simple Baked Pasta (angle lain lak)

p/s: Teringat shepherd's pie yang mak selalu buat masa aku kecik2 dulu. Rindu, huhu.... Mak tamau buat lagi ke? Kalau mak taknak buat, saya nak buat hujung minggu ni, yeah!


p/s no 2: penah jumpa carbonated drink cap macam kat atas ni? hehehehe....

6 comments:

Jospecky a.k.a. JoaNnA said...

nyum.. nyum..
(",)
1st time try buat sheperd's pie, tambah cili padi sket.

hahaa...

malaysian style!

mo'on said...

ahha... aku lupa lak, dlm baked pasta ni pun aku buh cili padi gak, baru la laju makan hehehe... kena edit la resipi kat atas nun.

bit said...

perut terus menjadi lapo...

mo'on said...

apa lagi bit, sila la buat hehehe... along pakai microwave bodo je, bukan yg canggih2 pun...

wani said...

air tu org puchong yg buat kan???

:-)

mo'on said...

ye wani, org puchong yg buat... :) saya 1st time jumpa air cap tu, yg buat tu bumiputera kan?

Bantulah Saudara Kita di Palestin. Boikot Israel!

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin