Friday, July 31, 2009

Luahan perasaan (korang taknak baca pun takpe...)

Ada orang ingat aku pedajal dia. Huh??

Haissshhh!!! Tak kuasa la nak pedajal2 orang ni.

Mulut aku memang jahat sikit kadang2 tu, but pedajal2 orang ni is not my thing la babe!

Dia ingat aku yang letak dia satu bilik dengan seseorang yang pada dia menyusahkan dia (dia tak menyusahkan orang ke?).

Siap serkap jarang kat member aku lagi, nak tau sama ada aku ni memang sengaja pedajal dia atau tak.

Siap cakap kat member aku, "Hmmm.. kalau kali ni kena pedajal lagi, nampaknya kursus bulan 11 nanti akak malas la nak gi". Ayat ala2 orang nak merajuk je kan? Aku kena pujuk ke? Hahaha!!!

Taknak gi, lagi bagus! Tak memeningkan kepala otak aku & orang2 sekeliling kau. Lagipun kau bukan terlibat pun dengan kursus tu, cuma big boss dah arahkan semua orang kena gi, so kau pun gi la kan. Lagipun tu la agaknya satu2nya masa kau utk jalan2 makan angin sambil cuti dari kerja kau...

Hellooooo!!! Aku bukan kerja HR oke!!! Kau gi la tanya orang kat HR siapa yang letak kau dengan orang yang kau tak suka tu. Ntah2 orang tu pun tak suka kat kau, tapi orang tu cool je, siap boleh senyum2, sengih2 lagi youuuu...

Lega betul dapat lepaskan perasaan kat sini.

To those who knows who I was talking about (atau tau samar2), please keep it to yourself. You know who you are, mister. I'm counting on you tawww...


p/s: aku dah fed-up kerja macam orang HR walaupun tu bukan kerja aku!!!


Image Hosted by ImageShack.us

Saturday, July 25, 2009

Mad about chocolates!


Siapa suka coklat, sila angkat tangan!

Sekarang ni, ni la coklat yang menjadi kegemaranku. Takyah susah2 gi Langkawi beli coklat, gi je supermarket, insyaAllah ada, hehehe...

Pernah beli kat Guardian, harganya RM4.68 (masa 'sale') per 70g bar, pastu pernah jugak beli kat Carrefour, RM3.99. Baru ni terperasan kat Giant, harganya RM4.49.

First time makan coklat ni, heaven! Bila kena kat atas lidah tu, rasa macam, "inilah coklat yang ku cari2 selama ni, mmmm....".

Orang cakap (kajian pun cakap) coklat dapat menenangkan perasaan yang gundah gulana. Agaknya sebab tu aku suka makan coklat, sebab aku ni mudah stress.

Tapi kan, korang jangan bagi kucing2 kesayangan korang makan coklat lak tau, nanti mati kucing tu. What's good for us may be poisonous to animals.

left-right: Almond, Hazelnut, Fruits & Nuts & Simply Dark

Permukaan coklat jadi tak cun sebab lambat simpan dalam fridge, pastu gi gatal2 pegang pulak



Image Hosted by ImageShack.us

Thursday, July 23, 2009

Di kala sunyi

Midvalley Megamall @ 8.15 am, 22 July 2009. Sunyi kan?




Image Hosted by ImageShack.us

Friday, July 10, 2009

Stesen KTM Kuala Lumpur

Gambo2 ni yang sempat dirakam masa dalam perjalanan menghantar motor ke Stesen KTM Kuala Lumpur untuk dipos ke JB untuk kegunaan adik ipar.

Mengantuk dah ni, so letak gambo je cukuplah ek.

Suka stesen KTM KL ni, binaan lama yang cantik

Commuters waiting for the commuter train

Barisan motor2 yang baru sampai? Ke baru nak dipos ke destinasi? Tak pasti pulak...

Motor sepi...

Ooo... Motor diorang2 ni ke? Hehehe...

Pejabat Pos Besar Kuala Lumpur

Ada lagi gambo2 lain, tapi esok2 la aku letak, ngantuk sangat, dah tak tahan dah ni.

Goodnite...


Image Hosted by ImageShack.us

Nasi Ayam Mancongkam


Last Saturday, gi ke KTM KL hantar motor untuk adik ipar yang bongsu kat JB. Lepas hantar motor tu, tah cemana, jalan punya jalan punya jalan punya jalan, sampai le ke Gombak. Dah sampai kat Gombak, ada la orang tu ajak pi makan nasi ayam. Oke gak tu, memandangkan masa tu pun dah tengahari & perut pun dah shuffling, hehehe...

Aku pun tatau Nasi Ayam Mancongkam tu kat jalan apa, tapi satu jalan la dengan Pasar Besar Gombak. Punya la ramai manusia kat situ. Beza betul dengan kedai mamak kat sebelah - kosoooong je....

Aku order nasi ayam garing, adik ipar pun sama, my significant other order nasi goreng hailam ayam garing.

Personally, aku lebih suka nasi ayam kat Doli. Nasi ayam kat Mancongkam ni biasa je aku rasa, tak cukup mancongkam, tapi ayam garing dia best gilerrr!!! Siap ada kulit ayam goreng garing2 tuhhh.... best, tapi kurang sihat, hehehe...

Nasi goreng hailam dia pulak, biasa2 je, macam nasi goreng biasa (tapi aku rasa nasi goreng bodo yang aku buat sendiri lagi sedap).

Sos yang bersekali dengan nasi ayam adalah sangat tidak pedas, siap kena mintak cili potong pulak kalau nak rasa pedas.

Apa2 pun, harga makanan kat situ memang sangat berpatutan.

Klik gambar untuk lihat harga makanan yang available

Rasanya yang beratur2 tu nak tapau nasi ayam

Muka2 mereka yang kelaparan

Muka ni pun tengah menahan lapar dalam senyuman

Orang meja sebelah dah dapat makanan, huhuhu...

Nasi ayam garing - before

Ayam goreng garing yang sangat menepati selera tekakku

Nasi goreng hailam ayam garing

Nasi ayam garing - after (tak cukup mancongkam pun, licin jugak, hihihi!)


Image Hosted by ImageShack.us

Monday, July 6, 2009

Singgang

Percubaan masak singgang kali ke berapa tah, tapi kali ni baru rasa dia sedap giler (masuk bakul angkat sendiri, hehehe...) sehingga menjilat pinggan (literally speaking!) . Memang orang cakap, masak singgang ni simple je, tapi untuk insan yang kurang berbakat macam aku ni, rasa macam ni satu achievement tawwww...

Resipinya simple je, ni untuk 2-3 orang makan:

* 4 biji bawang merah
* 2 ulas bawang putih
* 1 inci kunyit hidup (dah try pakai serbuk kunyit, tapi rasa tak best langsung!)
* 1/2 inci halia
* 1/2 inci lengkuas
* 10 biji cili padi (best makan pedas2 berasap nih)
2 batang serai - diketuk
3 atau 4 potong ikan nyok2 (apa nama lain ikan ni ek?)
air asam jawa secukupnya
1 sudu kecil pati ikan bilis pati ikan bilis - optional
gula & garam secukup rasa


Cara2nya:

1. Tumbuk bahan2 yang bertanda *. Pastu tumis sampai naik bau sekali dengan serai.
2. Masukkan air dalam 2-3 cawan gitu. Biarkan mendidih.
3. Bila dah mendidih, masukkan pulak serbuk pati ikan bilis, garam & gula secukup rasa.
4. Kacau2 & biarkan mendidih lagi sikit.
5. Pastu masukkan potongan ikan. Bila ikan tu agak2 dah masak, masukkan air asam jawa (ikut la nak masam banyak mana).
6. Didihkan lagi sampai ikan tu masak. kalau tak cukup garam ke air asam ke, silalah tambah apa2 yang patut ye...
7. Tadaaaa!!! Dah boleh makan...


Ni la hasilnya...





Image Hosted by ImageShack.us

Friday, July 3, 2009

Award dari Kak Yong


Terima kasih Kak Yong :))


Image Hosted by ImageShack.us

Terbakar lagi!!!

Ni kejadian dekat2 area taman perumahan aku semalam (020709) lebih kurang jam 1 tengahari. Masa sampai kat tempat kejadian, bomba memang baru sat je sampai, in fact aku follow belakang kereta bomba tu.

Asap macam tak berapa tebal

Abang2 bomba baru sampai, tu yang nampak kempis ke salur air tu

Dengarnya berpunca dari short circuit kat tingkat atas (bilik)

Abis segala bumbung, awning, perabot, tingkap hancur, tapi alhamdulliah tiada kemalangan jiwa...

Memang ramai manusia yang pergi menengok, termasuk la aku...

Tak sempat nak snap gambo ada sorang brader india diri atas bumbung rumah yang kaler pink tu sambil pegang getah paip. Dia bukan sembur api, cuma tolong basahkan dinding & bumbung rumah sebelah tu supaya api tak merebak. Tu pun sebenarnya dah hangus sikit bumbung rumah sebelah tu (tengok kat gambo atas sekali).

Setakat pengetahuan aku, ni kebakaran kedua kat taman perumahan aku. Yang pertama, hutan terbakar.

Harap2 lepas ni takde rumah sesiapa lagi yang terbakar...


Image Hosted by ImageShack.us

Thursday, July 2, 2009

Kenapa la b**g*p sangat

Pagi2 aku dah bengang. Bengang sebab ada manusia2 dalam dunia ni yang tak reti gunakan public toilet dengan betul. Public toilet ni merangkumi la yang kat shopping complex, kat office, kat R&R, etc etc...

Yang aku nak cerita ni kat office aku.

Kat office pagi2 tadi aku sakit perut, so berlari-larian la aku ke toilet (pengakuan berani nih, hehehe...). Sampai kat toilet, aku nampak ada sorang budak pompuan tengah sibuk betulkan tudung kat depan cermin. Aku rasa dia ni student LI sebab tag dia lain daripada tag untuk kakitangan.

Ada dua toilet booth kat dalam tu. So aku pun masuk le ke dalam booth yang aku biasa guna. Tengok2, ada serpihan2 najis kat dalam tu lubang tu. Terus le aku keluar balik, tak selera betul!

Selama ni aku tak berkesempatan menegur atau menanya sesiapa kot2 diorang ke yang flush tak bersih tu, tapi disebabkan ada budak pompuan kat dalam toilet tu, aku pun terus le menanya:

Aku: Tadi adik ke yang guna tandas ni?
Budak pompuan (BP): Ha'ah.
Aku: Akak rasa adik kena flush lagi sekali tu.
BP: Flush tu tak berapa kuat... (sambil tersengih2 macam kerang busuk)
Aku: Memang pun. So, sebelum keluar tu kena la tengok dulu lubang tu dah clear ke belum. Kalau belum clear, tunggu air dalam tangki flush tu penuh, pastu flush lagi sekali.

Aku masuk ke booth lagi satu.

Sementara tu, aku terdengar budak pompuan tu dok menarik tali tangki flush tu 2-3 kali. Air tamau flush (Memang la sebab tangki tu tak penuh lagi dik oiii!!! Sabar le sikit!!!). Kali ketiga baru berjaya flush.

Lepas aku keluar dari toilet booth, aku sempat mengintai dalam booth satu lagi tu. Ada lagi serpihan kecik2 yang tertinggal, adoiyaiiii....

Budak tu (& ada jugak beberapa orang lain) mesti kes lepas flush takde tengok dah lubang jamban tu, terus je bukak pintu, terus keluar.

Dik, tolong le baca reminder yang ditampal oleh sorang hamba Allah (terima kasih banyak2, jasamu sentiasa dikenang walaupun ramai orang tak reti bahasa dalam dunia ni) dalam booth tu. Takkan orang tu tampal reminder tu tanpa sebab kot???

Ni nak cakap sikit. Memang aku pernah dengar orang cakap, kalau melepas jangan tengok najis tu, takut gelap hati. Siapa suruh ko tengok time tengah melepas tu? Yang penting, lepas melepas tu, & lepas flush, silalah ambil sedikit masa, lihat dalam lubang jamban tu clear atau tidak. Kalau belum clear, silalah ambil masa lagi sikit untuk flush lagi sekali.

Kalau mengejar masa sangat, tolong le usahakan supaya tangki flush tu cepat sikit penuh. Kata dah belajar tinggi2, takkan le benda simple camtu pun takleh fikir...

Tiba2 aku teringat kat sorang 'kawan' kepada my significant other. Katanya, "Orang2 masuk U ni kesedaran siviknya tinggi, takde nye nak buat benda2 tak senonoh camni. Yang takde kesedaran sivik ni orang yang tak belajar tinggi je".

Mana ada encik oiii!!! Sebenarnya ko tu yang berlagak bagus sangat sebab dalam kampung ko, ko la antara bintang harapan sebab berjaya masuk U walaupun course yang ko ambik dulu tu course tah hapa2.

Sorry, melepaskan perasaan pulak pagi2.

Ok la, sekian entry kisah bengang aku pada pagi ni.

Image Hosted by ImageShack.us

Wednesday, July 1, 2009

Pesta Buku Karnival Kesenian & Keilmuan Islam

Pesta buku kembali lagi!!!

Sesiapa yang berdekatan, bolehlah merajinkan diri ke Kompleks PKNS Bandar Baru Bangi dari 30 Jun hingga 15 Julai 2009.

Walaupun tak sebesar KLIBF '09 atau Read Malaysia, tetapi tetap ada buku2 menarik yang dijual kat sini.

Untuk melihat jadual penuh aktiviti di pesta buku ni, sila klik di sini.

p/s: Aku sendiri belum berpeluang pergi ke pesta buku ni, insyaAllah akan ku pergi jua sebelum pesta buku ni berakhir... :)



Image Hosted by ImageShack.us

Bantulah Saudara Kita di Palestin. Boikot Israel!

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin