Thursday, July 2, 2009

Kenapa la b**g*p sangat

Pagi2 aku dah bengang. Bengang sebab ada manusia2 dalam dunia ni yang tak reti gunakan public toilet dengan betul. Public toilet ni merangkumi la yang kat shopping complex, kat office, kat R&R, etc etc...

Yang aku nak cerita ni kat office aku.

Kat office pagi2 tadi aku sakit perut, so berlari-larian la aku ke toilet (pengakuan berani nih, hehehe...). Sampai kat toilet, aku nampak ada sorang budak pompuan tengah sibuk betulkan tudung kat depan cermin. Aku rasa dia ni student LI sebab tag dia lain daripada tag untuk kakitangan.

Ada dua toilet booth kat dalam tu. So aku pun masuk le ke dalam booth yang aku biasa guna. Tengok2, ada serpihan2 najis kat dalam tu lubang tu. Terus le aku keluar balik, tak selera betul!

Selama ni aku tak berkesempatan menegur atau menanya sesiapa kot2 diorang ke yang flush tak bersih tu, tapi disebabkan ada budak pompuan kat dalam toilet tu, aku pun terus le menanya:

Aku: Tadi adik ke yang guna tandas ni?
Budak pompuan (BP): Ha'ah.
Aku: Akak rasa adik kena flush lagi sekali tu.
BP: Flush tu tak berapa kuat... (sambil tersengih2 macam kerang busuk)
Aku: Memang pun. So, sebelum keluar tu kena la tengok dulu lubang tu dah clear ke belum. Kalau belum clear, tunggu air dalam tangki flush tu penuh, pastu flush lagi sekali.

Aku masuk ke booth lagi satu.

Sementara tu, aku terdengar budak pompuan tu dok menarik tali tangki flush tu 2-3 kali. Air tamau flush (Memang la sebab tangki tu tak penuh lagi dik oiii!!! Sabar le sikit!!!). Kali ketiga baru berjaya flush.

Lepas aku keluar dari toilet booth, aku sempat mengintai dalam booth satu lagi tu. Ada lagi serpihan kecik2 yang tertinggal, adoiyaiiii....

Budak tu (& ada jugak beberapa orang lain) mesti kes lepas flush takde tengok dah lubang jamban tu, terus je bukak pintu, terus keluar.

Dik, tolong le baca reminder yang ditampal oleh sorang hamba Allah (terima kasih banyak2, jasamu sentiasa dikenang walaupun ramai orang tak reti bahasa dalam dunia ni) dalam booth tu. Takkan orang tu tampal reminder tu tanpa sebab kot???

Ni nak cakap sikit. Memang aku pernah dengar orang cakap, kalau melepas jangan tengok najis tu, takut gelap hati. Siapa suruh ko tengok time tengah melepas tu? Yang penting, lepas melepas tu, & lepas flush, silalah ambil sedikit masa, lihat dalam lubang jamban tu clear atau tidak. Kalau belum clear, silalah ambil masa lagi sikit untuk flush lagi sekali.

Kalau mengejar masa sangat, tolong le usahakan supaya tangki flush tu cepat sikit penuh. Kata dah belajar tinggi2, takkan le benda simple camtu pun takleh fikir...

Tiba2 aku teringat kat sorang 'kawan' kepada my significant other. Katanya, "Orang2 masuk U ni kesedaran siviknya tinggi, takde nye nak buat benda2 tak senonoh camni. Yang takde kesedaran sivik ni orang yang tak belajar tinggi je".

Mana ada encik oiii!!! Sebenarnya ko tu yang berlagak bagus sangat sebab dalam kampung ko, ko la antara bintang harapan sebab berjaya masuk U walaupun course yang ko ambik dulu tu course tah hapa2.

Sorry, melepaskan perasaan pulak pagi2.

Ok la, sekian entry kisah bengang aku pada pagi ni.

Image Hosted by ImageShack.us

4 comments:

Sidratul Muntaha said...

betul kata mak moon tiu
yg sakit ati tu
arap muke jer lawa
tpi otak tak boleh pikir ker?!
terpikir gak either depa instinjak n cebok bersih tak
yer arr
bile flush main tggl
mesti yg tak kena kan?
by the way
tolong sekolahkan blik kwn pd significant other you tu.
dia ckp tu reflect pada mak bpk dia jugak.
tak ptut ckp gituw
n then..klu dia tak dpt rezeki smbung sekolah tggi2
dia pun sama ler cam yg dia ckp tu
geramnya.
meh lada mulut tu!

sori emo.
benci ler klu ade org sekolah tggi2 tpi pnagai n mulut bau longkang!

kakyong said...

salam singgah, lama tak jenagh sini..
hahah, kesedaran sivik ni commonsense kan... yg kurang prihatin jer yg xde sivik ni... :D

Anonymous said...

Masa aku kecik2 mak aku selalu leter: sebelum keluar jamban basuh kaki, simbah air (dulu pakai jamban jirus je) banyak2 lepas kencing/ berak, dll. Masa tu memang boring asik kena remind setiap kali masuk jamban. Bila dah besor ni baru realize leteran2 tu memang berguna. Aku jadi orang yg sangat civic-minded dalam bab2 jamban ni. Sekarang aku leter anak2 aku pulak

al-qamar said...

ye betul, walaupun kita tak suka dengar orang berleter, tapi kadang2 tu memang kena berleter kan?

Bantulah Saudara Kita di Palestin. Boikot Israel!

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin